Thursday, December 31, 2009

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Nampaknya perjuangan TG Nik Aziz ingin melihat nama Allah diguna pakai oleh orang bukan Islam sudah termakbul. Pengumuman oleh mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang membatalkan larangan KDN terhadap penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, menunjukkan kemenangan PAS juga. Mereka beriya-iya benar menyokong orang-orang bukan Islam dengan mengatakan bahawa nama Allah boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja. Asal saja oarang yang menyokong PAS, walau salah sekalipun tetap dikatakan benar...Inikah ulama'. Sekarang sudah jelas dan terang bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang-orang bukan Islam. Allah pada mereka adalah mungkin Allah yang boleh beranak, boleh beristeri dan apa-apa sahaja mengikut fahaman mereka.Atas alasan apa yang TGNA begitu bersungguh-sungguh menyokong bukan Islam atas isu ini kalau bukan untuk meraih undi. Jadi nampaklah bahawa agama pada mereka begitu nipis dan boleh digadai-gadaikan demi kepentingan politik. Inikah parti yang boleh diamanahkan untuk menjaga agama..? kalaulah beginilah sikap PAS, kita percaya Islam ini akan tergadai di tangan mereka. Cukup Bahaya! Bukan setakat memberikan tanah selama 999 tahun, tetapi kalimah 'Allah', tuhan yang maha agung, juga sanggup diperjudikan.Masyaallah....

Sehari dua lepas, TGNA Menteri Besar Kelantan itu,telah dengan mudah mengumumkan bahawa akan meminda undang-undang tubuh negedri Kelantan agar jawatan menteri besar boleh dipegang oleh orang bukan Melayu.Apakah Nik Aziz sudah ketandusan idea untuk bercakap. Bercakaplah atas apa yang boleh mendatangkan kepentingan kpd bangsa dan agama. Fikir lah...berapa kerat sangat bukan Islam kat negeri Kelantan ni jika dilihat dari peratusannya...Apakah undang-undang tubuh negeri Kelantan yang sekian lama dipraktikkan sudah begitu lemah..? Lihatlah....! betapa sanggup menggadaikan apa saja...termasuk yang sudah berada di dalam mulut kita pun ingin di berikan kepada orang lain...Bukankah ini membelakangkan Tuanku Sultan...? Pada saya, PAS sudah begitu tersasar jauh dari matlamat asal mereka...

Kepada semua, saya merayu....bangunlah dan pertahankan apa yang ada pada kita kini, kerana apabila sudah terlepas ke tangan orang lain, tak mungkin lagi dapat dirampas semula...lihat contoh paling mudah...nun di seberang Tambak Johor...betapa Melayu hidup merempat di bumi sendiri!
Sedarlah wahai bangsaku!...Cukuplah...Janagn sesekali bersekongkol dengan petualang bangsa dan agama...merekalah sebenarnya pencetus kemusnahan!

Wednesday, December 30, 2009

HUSAM DAN KERAJAAN ANAK BERANAK...

Membaca tulisan exco kanan Datuk Husam Musa dalam blognya telah menjelaskan kepada kita bahawa kronisme dalam PAS tidak dapat disembunyikan lagi. Ianya melibatkan pemimpin tertinggi negeri Kelantan. Nampaknya agak kronik juga masalah ini. Sukar diselesaikan walaupun nampak mudah. Ianya sudah berlarutan sehingga mengundang campur tangan PAS Pusat. Apa yang menyedihkan, campur tangan tersebut tidak mampu menyelesaikan kemelut yang berlaku. Ini menampakkan bahawa bercakap lebih mudah dari mempraktikkannya. Betapa selama ini PAS yang menuduh itu dan ini terhadap orang lain, nampaknya sudah mulai 'demam panas' apabila masalah ini melanda partinya.

Mengapa kronisme berlaku?. Tidakkah selama ini PAS, PKR dan DAP mencanangkan ke seluruh pelusuk negara bahawa mereka anti kronisme? Mengapa pula masalah ini mula melada mereka?. Tanya DAP...tanya PKR...tak ada kronisme ke dalam parti mereka? Rupanya mereka yang selama ini menuduh UMNO yang mengamalkan kronisme 10 kali lebih hebat amalan kronismenya.

Kembali kepada persoalan tadi, mengapa perkara ini berlaku dalam PAS? sedangkan selama ini mereka melalak mengatakan UMNO mengamalkan kronisme. Senang saja... kata orang, 'mulut tak hangus berkata api'. Semasa kita kenyang, lebih mudah berniat untuk berpuasa...sebab dah kenyang, berbeza untuk niat berpuasa sewaktu kita lapar...Maksud saya begini, bila kita tidak ada kuasa apa-apa...senang saja kita bagi teori itu dan ini, nak buat itu dan ini...namun lihatlah! betapa teori yang dilaungkan selama ini tidak mungkin sehebat yang kita laungkan apabila berapa ditampuk kuasa. Mentadbir negeri yang sekangkang kera ini pun sudah kalut ribut...bayangkan nak uruskan 26 juta rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa. Memang PAS tak mampu!. Husam sendiri yang menulis pun banyak juga dicemari dengan kes-kes salah laku. Kalau dipetik dari blog Nik Amalina 'Serisuri', betapa terlalu banyak kesalahan salah laku Husam sendiri dalam mengurus tadbir negeri Kelantan. Pepatah Melayu ada mengatakan 'kokok berderai-derai, ekor dilumuri najis' Berteori cukup mudah, tapi bila peringkat perlaksanaan....HANCUR! Ini baru lihat satu perkara...jika dilihat pada perkara-perkara lain, terlalu banyak cacat celanya. Terlalu banyak contoh boleh diambil...Dalam bab arak, lihatlah betapa PAS tidak mampu untuk menghapuskannya. Pada hal dulu sebelum menang, nak tutup kilang arak!...sekarang dah menang...nak tutup kedai pun dah tak mampu. Lihatlah di Selangor dan di Kelantan. Kedah pun sama juga...Jangan cakap pasak P.Pinang....PAS tak mungkin mampu melakukannya.

Kepada bangsaku, janganlah dengar guruh di langit, air ditempayan dicurahkan!. PAS, DAP, PKR ini hanya berteori sahaja...mereka tak mungkin mampu melakukannya, lihatlah bukti-bukti yang ada di depan mata kita. Ayuh! mari kita bergerak ke hadapan dengan agenda-agenda pembangunan bangsa Malaysia, pembagunan rohani yang selama ini telah kita bina sekian lama. Kita sebenarnya di landasan yang betul...Salam tahun baru 2010.

Monday, December 21, 2009

Untungkah Jika Pembangkang Menang Besar...?

Tidakkah terasa oleh kita bahawa suasana negara sejak akhir-akhir ini begitu berkocak. Suasana ini mula dirasai selepas pilihanraya ke 12 di mana pembangkang telah memenangi kerusi DUN dan Parlimen dengan begitu banyak. Di sesetengah negeri, pembangkang telah menjadi kerajaan. Bermula dari sinilah, suasana hingar bingar dalam negara kita mula dirasai. Keadaan sebegini telah menjadikan masyarakat menjadi serabut dan kurang teratur. Kehidupan sering saja diganggu dengan suasana politik yang semakin hari semakin bercelaru.

Jika kita masih ingat, semasa pembangkang tidaklah begitu kuat, suasana negara sentiasa berada dalam keadaan harmonis, aman damai tanpa diserabuti oleh masalah politik. Masyarakat tidak ditonjolkan dengan pelbagai masalah remeh temeh, menuntut hak itu dan ini.Namun suasana ini sudah begitu jauh dari kita. Ini lah natijah apabila kita telah memberikan kemenangan yang begitu besar kepada pembangkang.

Perlu juga kita sedari bahawa tugas pembangkang ialah membangkang. Lantaran itu setiap dasar yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan pasti tidak kena di mata pembangkang. Buatlah apa dasar sekalipun malah jika diambil pemimpin dari langit sekalipun untuk membuat dasar, pasti tidak disokong oleh pembangkang. Paling malang lagi apabila dasar ini bukan saja dibangkang di parlimen, tetapi juga dibawa pengikut-pengikutnya ke jalan-jalan raya untuk berdemostrasi. Inilah ajaran dari 'mahaguru' pembangkang. Selain itu isu-isu perkauman dibakar agar ia menyala dan membara disetiap hati rakyat. Lihatlah hari ini, lahirlah pelbagai tuntutan itu dan ini, di samping rasa tidak puas hati kaum itu dan kaum ini sehingga merobek kepentingan bangsa Melayu sendiri. Jika kita mengingati semula sejarah keruntuhan Kota Melaka, ia disebabkan oleh ada orang Melayu Melaka sendiri yang menjadi dalang kepada pihak musuh. Nampaknya sejarah itu mula muncul kembali dalam masyarakat kita. Apa tidaknya, sejak kebelakangan ini kerajaan terpaksa menjawab dan menyesaikan isu-isu yang sengaja ditimbulkan oleh pembangkang. Contoh terbaru ialah apabila ada golongan yang telah mencetuskan permusuhan antara Indonesia dengan negara kita Malaysia, sehinggakan rakyat kita di Indonesia sendiri dalam bahaya...Siapa tokoh ini...semua orang tahu!

Selain apa yang dinyatakan di atas, banyak lagi keburukan yang jika kita terus-menerus memberikan kemenangan kepada pembangkang, antaranya:

1. Mempertikaikan hak-hak orang Melayu dan bumiputra atas alasan memperjuangkan hak sama rata
2. Institusi raja-raja Melayu diganggu-gugat, diperbahas dan diperlekehkan sehingga sanggup untuk mengheret raja-raja Melayu ke mahkamah.
3. Wujudnya demontrasi jalanan yang sudah tentu bertentangan dengan undang-undang negara.
4. Wujudnya golongan-golongan subvesif/akstremis kaum yang sentiasa menggugat keselamatan negara seperti Hindraf.
5. Pepecahan dalam masyarakat semakin membesar
6. Wujudnya fitnah-fitnah terancang yang boleh mencemarkan imej negara di mata dunia
7. Kedatangan pelabur-pelabur semakin mengecil akibat hasutan dan aktiviti memburukkan negara oleh pembangkang terutama oleh 'boss'nya yang akibatnya mendatang keburukan kepada ekonomi negara
8. Agenda membantu rakyat dan membangunkan negara terbantut.
9. Hak-hak orang Islam dipersenda dan diperdebatkan seperti mempertikaikan peruntukan masjid, melarang laungan azan dan sebagainya
10. Memperlekehkan agenda untuk menyatukan rakyat seperti gagasan 1Malaysia seseolah penyatuan kaum itu tidak penting.
11. Dan beratus-ratus lagi keburukan jika nak disenaraikan...

Inilah hasilnya jika kita banyak memenangkan pembangkang yang sudah tentu mempunyai agenda untuk memerintah negara. Pada saya lebih baik jangan terlalu banyak memenangkan mereka kerana akibatnya kita boleh saksikan sendiri apa yang terjadi kini...Percayalah...UMNO tidak mungkin ditumbangkan oleh mereka, kerana kalau UMNO boleh ditumbangkan sudah tentu pilihanraya ke 12 baru-baru ini ianya sudah terjadi memandangkan inilah pilihanraya yang paling 'getir' bagi UMNO. Kini usaha memperkuatkannya kembali sedang giat dilakukan dan ternyata ianya sudahpun menampakkan hasil...'BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH

Friday, December 18, 2009

PAS, DAP DAN PKR BARU NAK DAPATKAN LESEN 'L'

Hari ini, gabungan 3 parti iaitu PAS, DAP dan PKR akan mengadakan konvensyennya yang pertama.Sudah pasti ucapan-ucapan yang akan dibuat adalah berkisar bagaimana untuk memantapkan gabungan 3 parti tersebut.Memandangkan ini adalah konvensyen yang pertama, maka sudah pastilah langkah pertamanya ialah mencari penyesuian antara mereka.

Kalau seandainya penggabungan tiga perti ini menjadi kenyataan, bertanding di atas satu lambang, maka sangat jelas memperlihatkan kepada kita bahawa kredibiliti PAS sangat-sangat tercemar. Apa tidaknya, seluruh dasar keislaman yang dicanangkan sebelum ini hanyalah setakat di bibir sahaja. Bermula dari dasar menegakkan negara Islam, sehinggalah melaksanakan hukum hudud, semuanya akan dilacurkan semata-mata ingin bersama DAP dan PKR. Apakah mungkin PAS masih boleh mempertahankan pendiriannya setelah menggadaikan matlamat negara Islam kerana semata-mata ingin bersekongkol dengan DAP dan PKR dalam PRU 12. Apakah harapan PAS untuk melihat hukum hudud dilaksanakan bila berada sebaris dengan DAP yang terang dan jelas lagi nyata pendiriannya terhadap hukum tersebut?. Sudah lupa kah PAS apa yang pernah diucapkan Karpal Singh dan Lim Kit Siang berkaitan hudud. Antara ketiga-tiga parti tersebut, PAS lah yang paling banyak menggadaikan prinsipnya. Lihat saja di P. Pinang dan Selangor, apakah DAP dan PKR menghormati pendapat PAS? Secara jujur dan mengusap dada, cuba ahli-ahli PAS jawab...seikhlas mungkin...

Dalam soal memperkuatkan Islam,apakah PAS lebih baik memilih DAP berbanding UMNO? Apakah UMNO sudah lebih teruk dari DAP dalam soal-soal keislaman. Kalau begitu anggapan PAS, patutlah PAS sangat setia kepada DAP kerana PAS memberi harapan negara Islam akan tertegak, hudud akan terlaksana, syiar Islam akan terjunjung, kilang arak akan ditutup...bila berasama DAP...Tapi jika kita bertanya, Besar benarkah pengaruh PAS dalam gabungan tersebut sehingga PAS boleh mendominasi DAP dan PKR? Tetapi jika dilihat di Selangor dan P. Pinang, Pas diletakkan di belakang...lihat sajalah dalam soal isu arak di Selangor, ada PKR dengar pandangan PAS?...Jangan sampai nanti menjadi pejuang yang 'ghurur'...Tetapi pada saya, PAS sebenarnya telah jauh tertipu! Paling menyedihkan apabila PAS menolak gagasan Perpaduan yang dicetuskan sendiri oleh presidennya, demi setianya kepada DAP dan PKR.

Namun apa pun, hari ini mereka cuba duduk semeja...baru belajar nak mencari formula untuk mentadbir negara. Kita tidak tahu hasilnya sehingga ke tahap mana, tetapi percayalah mereka baru 'try and error'. Kalau dalam permuafakatan pun baru nak mencuba, apatah lagi dalam nak mentadbir sebuah negara yang mereka sememangnya tidak ada pengalaman. hari ini baru nak dapatkan lesen 'L'. Apakah kita boleh menaruh harapan yang tinggi pada sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mereka...maksud saya begini, apakah kita yakin kepada orang yang belum pernah mentadbir negara berbanding dengan orang sudah 50 tahun mentadbir? Kita yakin mereka akan tercari-cari formula bagaimana untuk mentadbir 26 juta rakyat Malaysia, berteraskan formula 'try and error'. Saya selalu bagi analogi begini, seorang yang belum pernah menjadi 'pilot' ingin cuba untuk memandu kapal terbang, memang sebelum ini tak pernah memandu....hanya ingin cuba-cuba pandu, berbanding dengan orang sudah lama mempunyai sayap terbang, ada lesen...cukup berpengalaman.....yang mana satu kapal terbang yang akan kita pilih...? Jawablah sendiri...

Akhirnya, janganlah kita menggadaikan masa depan kita, menggadaikan prinsip kita semata-mata kerana ingin memberi ruang untuk satu gabungan yang entah bagaimana, yang hanya berteraskan 'try and error' tadi...Slogannya sedap didengar, namun rialitinya belum pasti sesedap itu...

Thursday, December 17, 2009

PAS, DAP dan PKR Hidup Di Atas Caci Makinya Terhadap UMNO

Jika anda sering mengikuti perkembangan pembangkang, isu yang dibangkitkan adalah memburukkan UMNO dan kerajaan. Apa saja dasar yang dibuat tidak kena. Selain dasar kerajaan, UMNO sendiri dituduh sebagai:

a. Parti yang rasuah
b. Parti yang mengamalkan napotisme dan kronisme
c. Parti yang tidak Islamik, menolak hudud
d. Parti yang bersemangat kebangsaan
e. dan sejuta tuduhan yang semuanya nagetif (tak larat nak ditulis)

Di celah-celah hentaman memburukkan UMNO, Pas cuba membina imej mereka, kononnya mereka adalah:
a. Parti yang Islamik bertunjangkan Islam (masa saya bersama PAS bermatlamatkan negara Islam)
b. Parti yang anti rasuah
c. Parti yang boleh membela nasib rakyat
d. Parti yang bersih,baik, cekap dan seribu kebaikan lagi..., tidak sebagimana UMNO tadi yang mereka lebelkan sebagai kotor, rasuah dan sebagainya.

Mereka telah membawa mesej ini ke seluruh pelusuk negara dan dicanangkan kepada rakyat. Akibatnya sebahagian kecil termakan juga dengan apa yang dinyatakan tanpa membuat analisis terperinci.Ini terbukti apabila pada PRU 12, mereka berjaya menawan Kedah dan Kelantan. (Saya tidak berminat untuk membincangkan soal Keadilan, kerana pemimpim mereka sendiripun belum dibersihkan oleh mahkamah)

Jika seseorang yang baru terlibat dengan politik, generasi muda contohnya, mereka sangat mempercayai bahawa PAS adalah sebuah parti yang bersih. Sebelum ini saya juga mengakui begitu, namun setelah membuat penelitian yang mendalam, kebersihan PAS adalah disebabkan mereka tidak berbuat-apa-apa. Mereka tidak ada kuasa memerintah. Tidak ada projek, tidak ada program yang boleh dijayakan selain mempergunakan aktiviti agama untuk menghidupkan partinya. Hanya sejak kebelakangan ini sajalah PAS telah diamanahkan oleh rakyat Kelantan untuk memerintah. Kedah masih terlalu awal untuk dinilai. Di Kelantan, baru beberapa penggal saja PAS memerintah, sudah pun bergelumang dengan masalah itu dan ini. Bayangkanlah betapa UMNO yang memerintah sudah melepasi 50 tahun, dengan jumlah penduduk Malaysia yang melebihi 26 juta, kalaupun berdepan masalah, ianya sudah dikira lumrah. Masalah ini sememangnya dihadapi oleh seluruh pemerintah di dunia, dan usaha menanganinya sentiasa dibuat.

Dalam masalah rasuah, UMNO sebagai sebuah perti memerintah yang mempunyai kuasa, sudah barang pasti sedikit sebanyak terjebak juga. Selagi manusia ada kepentingan, selagi itulah masalah rasuah tetap ada. Usaha pencegahannya sentiasa dibuat, namun usaha ini bukanlah mudah. Seorang polis trafik contohnya, dirasuah agar siperasuah dilepaskan daripada kesalahan lalu lintas. Seorang penguatkuasa JPJ, dirasuah agar kenderaan perasuah tidak disita. Mengapa mereka ini dirasuah? jawapannya kerana mereka mempunyai 'kuasa'. Dalam UMNO pun begitu...Siapa yang nak beri rasuah pada PAS, sebab PAS tidak mempunyai apa-apa...Nak dapatkan apa daripada PAS?. Adakah anda pernah mendengar ada seseorang yang beri rasuah pada seorang pengemis? Untuk apa nak beri rasuah, sebab pengemis tidak mempunyai apa-apa kepentingan pada perasuah...Nampaklah bahawa pengemis ini lebih bersih dari polis trafik, lebih bersih dari penguatkuasa JPJ...Begitu jugalah dengan UMNO dan PAS...Akhirnya sebahagian kecil terpikat juga dengan PAS pada hal PAS diibaratkan sebagai pengemis tadi...Nampaklah iannya bersih...

Dalam masalah ini juga, UMNO sepatutnya tidak boleh dipersalahkan. Yang salah ialah individu perasuah itu sendiri. UMNO hanyalah nama bagi sebuah parti politik. Yang salah ialah individu dan bukan organisasi. Jika PAS mengatakan UMNO yang rasuah, mereka perlu memohon maaf kepada seluruh warga UMNO yang tidak melakukan rasuah. Analoginya sudah saya berikan dulu...Seorang Islam yang mencuri, apakah Islam itu jahat..? Jika ada seorang Islam yang membuka aurat, apakah Islam itu yang salah..? Yang salah ialah individu Islam dan bukan agama Islam sebab agama Islam sentiasa mengajak manusia itu ke arah kebaikan. Demikian juga UMNO...Gagasannya adalah untuk membela nasib rakyat...jika ada yang melakukan kesalahan, itu adalah individu dalam UMNO...Harap PAS faham ini dan jangan sekali-kali meletakkan kesalahan pada seluruh warga yang menjadi ahli pada organisasi UMNO.

Menyentuh soal rasuah juga, PAS yang belum pun cukup empat penggal memerintah Kelantan...sudah ada individu dalam PAS yang mengamalkan rasuah. Berbalik kepada apa yang saya katakan tadi...kerana PAS sudah mempunyai kuasa secara kecil-kecilan, peringkat negeri. Maknanya siapa saja yang ada kuasa, masalah ini pasti akan ada...Saya petik rencana ini dari blog Nik Amalina Nik Aziz (anak TGNA), blognya Seri Suri, pada ruangan komen...(Sekarang komen ini sudah di delete)sebagai bukti...


Seperti yang telah kami janjikan sebelum ini, sekarang ini kami akan mendedahkan salah-laku Husam Musa seperti berikut:

1. Mempergunakan syarikat di bawah Perbadanan menteri Besar Kelantan (PMBK)
Global Media Channel Sdn Bhd atau ipglobal.tv

Syarikat ini ditaja oleh Husam Musa, alamat syarikat ini ialah:Tingkat 6, Bangunan PMBK,Jalan Kuala Krai,Kota Bharu 15050 Kelantan
Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dan Hisham yang menguruskan syarikat ini.
Committe Chairman sayrikat ini adalah Dr Mohd Fadhli Hassan (PAS-Temangan)
Syarikat ini mempunyai 40 orang pekerja yang terdiri dari wartawan, jurugambar video serta kakitangan IT. Web syarikat ini adalah – http://www.globalmediachannel.tv, manakala untuk Youtube mereka menggunakan alamat Global Media Channel TV.
Kroni-kroni Husam telah menggelapkan duit syarikat ini tanpa membuat caruman kepada EPF dan PERKESO untuk pekerjanya. Syarikat ini juga pernah memberhentikan pekerjanya tanpa notis. Antara majalah yang diterbitkan oleh syarikat ini adalah majalah Qiadah, iaitu majalah rasmi Kerajaan negeri Kelantan.

2. PMBK Sawit Sdn Bhd
Dalam syarikat ini pula Husam Musa telah meletakkan beberapa kroninya sebagai Lembaga Pengarah, dan di antara mereka adalah seperti berikut:

2.1 YBDato Haji Husam Musa
2.2 YB Haji Mohd Fauzi Che Mat
2.3 YAB Tuan Haji Ramli Abu Bakar
2.4 YAB Ir. Abdul Ariffahmi Abd Rahman
2.5 Yang Berbahagia Haji Wan Yahya Wan Salleh
2.6 Yang Berbahagia Tuan Haji Buni Yamin Hamzah
Sementara itu kakitangan PMBK Sawit Sdn Bhd adalah terdiri daripada:
Pengurusan Kanan – Fauzi Mohamad
Pengurus Besar – Abd. Razak Ghani
Timbalan Pengurus Besar – Che Soh Harun
Pengurus Perolehan & Pemasaran – Kamarulzaman Abdullah
Pengurus Komunikasi Korporat – Abdul Hamid Aziz
Pengurus Pembangunan & Teknikal – Mohd Nuri Md Yaakob (4hb Mei 08)
Pengurus Modal Insan – Alias Sulaiman
Pengurus Ladang Pasir Mas – Haji Ramli Jidin
Pengurus Ladang Gua Musang – Anuar Ismail
Inilah di antara nama-nama yang terlibat dalam syarikat PMBK Sawit Sdn Bhd

3.Projek Kambing Jamnapari
Husam sangat berminat dengan kambing jamnapari hingga dibeli tiga ekor kambing secara tunai, melalui laci mejanya bernilai RM 66,400. Husam telah dibawa berkenalan dengan peniaga kambing jamnapari, Mohd Amin Pipit di Beranang, Negeri Sembilan.
Husam sendiri turut melihat kawasan penternakan itu dan telah meluluskan satu tapak penternakan projek kambing jamnapari di Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan.
Pada mulanya urns niaga usahasama berjalan dengan baik di antara syarikat projek kambing Negeri Sembilan(usahasama Mohd Amin-Fauzi Daud)dengan projek jamnapari Kelantan yang dinamakan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Bhd.(APKBB), milik
Zulkifli Yaakob kroni Husam.
Husam mengarahkan Fazli Abd Samat, bekas Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPKSB) untuk menggunakan duit KPKSB sebanyak RM 6 juta untuk dimasukkan ke dalam akaun APKBB sebagai modal untuk Projek Kambing Jihad Ternak.
Namun pada akhirnya, projek Jihad Ternak itu menemui kegagalan kerana berlaku perselisihan faham dan masing-masing ingin menjadi pemilik autonomi.Akhirnya projek itu difailkan ke mahkamah.
Ia masih dalam perbicaraan di mahkamah antara Mohd Amin-Fauzi dan APKBB. Kedua pihak sedang dalam proses mahkamah untuk memiliki ladang dan kambing berkenaan. Buat masa ini Mohd Amin-Fauzi sedang menguasai kandang berkenaan.
Manakala pihak APKBB tidak dibenarkan masuk atau melakukan apa-apa aktiviti seperti sebelum ini. APKBB sedang memohon perintah Mahkamah untuk mengenepikan injuksi yang diperolehi oleh Mohd Amin.

4. Menerima Wang Tunai dari Pengarah Urusan Cam Contract Work And Development (M) Sdn Bhd.
Husam telah menerima wang tunai berjumlah RM 7000 dari Pengarah Urusan Cam Contract Work And Development (M) Sdn Bhd pada akhir tahun 2005. Pemberian wang tunai itu adalah untuk melanjutkan tempoh kontrak syarikat berkenaan bagi menyiapkan projek menaiktaraf paip dari tangki air Bukit Hangus dan pembinaan tangki air Bukit Peraksi oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) iaitu syarikat yang dimiliki oleh PMBK.

5. Menerima wang tunai dari Syarikat SBJ Development Sdn Bhd
Husam juga menerima sumbangan dari Syarikat SBJ Development Sdn Bhd bagi membiayai pembinaan garaj kereta rumahnya dan pagar tanah perkuburan Islam yang terletak di hadapan rumahnya iaitu di Kampung Kota, Kota Bharu.
Syarikat SBJ Development Sdn Bhd mempunyai kepentingan mendapatkan projek dari Kerajaan negeri Kelantan.
Cukup sudah pendedahan untuk siri 1 ini dahulu, nantikan siri seterusnya dari kami The Unspinners!
Reply
o
serisuri, on December 14th, 2009 at 4:05 pm Said:
saya tidak akan memberi komen kepada mana-mana artikel daripada blog lain, tq
Reply
2.
Mohd Faisal, on December 14th, 2009 at 10:14 am Said:

6. Rasuah didalam Projek Pembinaan loji Rawatan Air Merbau Chondong, Machang
Pembinaan tangki simpanan air di Bukit Ambiran, Machang sebenarnya tiada dalam perjanjian asal dan ianya juga tidak mengikut spesifikasi oleh kontraktor sehingga menyebabkan ianya gagal berfungsi untuk menyalurkan air ke kawasan yang sepatutnya.
Ini menyebabkan kerugian kepada AKSB serta pembinaan paip retikulasi di sekitar daerah Machang yang tidak mengikut spesifikasi (terlalu kecil) oleh kontraktor tetapi dibayar dengan harga normal oleh AKSB yang menelan kerugian RM 750,000.
Asalnya tangki ini tiada dalam kontrak tetapi waktu projek loji Merbau Chondong sedang dibuat, tiba-tiba AKSB mengarahkan kontraktor membina tangki ini. Ia juga dibina terlalu rendah menyebabkan tekanan air sama ada tiada langsung atau terlalu rendah (1-2 meter sahaja sedangkan mengikut piawaian ia patut lebih 10 meter).
Dalam kontrak juga, sepatutnya ada satu tangki sedutan (booster pump) tetapi ia tidak dibuat oleh kontraktor terbabit dan sepatutnya bayaran kepada kontraktor perlu dipotong lebih RM 1 juta (kos membina tangki sedutan ini) tetapi potongan yang dikenakan AKSB hanya RM 300,000 sahaja menyebabkan AKSB kerugian lebih RM 700,000.
Kontraktor terlibat ialah Roadbuilders.
Pembinaan tangki simpanan air di Bukit Peraksi, Pasir Puteh sebenarnya tidak mengikut spesifikasi (mengikut kontrak, ia asalanya dicadang untuk dibina di tempat melihat anak bulan di puncak Bukit Peraksi tetapi pembinaannya dialih ke anak bukit yang jauh lebih rendah) oleh kontraktor.
Ini menyebabkan air gagal disalurkan melalui Jambatan Tok Bali dan terpaksa dialih menggunakan laluan alternatif melibatkan tambahan paip sepanjang 16km dengan kos RM
10 juta (paip tambahan ini telah dibeli dari awal lagi menunjukkan perkara ini mungkin memang sengaja dilakukan untuk memberi keuntungan mudah kepada individu tertentu).
Mengikut kontrak satu tangki sedutan (booster pump)juga patut dibina di kaki bukit tetapi ianya tidak dibina menyebabkan kontraktor jimat lebih RM 1 juta.
Kontraktor terlibat ialah CAM Contract Works And Development.

7. Menyalahguna Media Alternatif
Terbongkarnya kisah Husam menguasai media alternatif apabila terjadi pertikaian sengit antara Husam dengan seorang pekerja Pegawai Urusetia Penerangan SUK Kelantan yang bernama Ramli Abdul Halim.
Ramli juga merupakan pemilik akhbar tabloid berjudul “Wasilah”.
Husam melalui anak buahnya Khir Zahari Abd Ghani(bekas Pegawai Urusetia Penerangan SUK) telah mengutip duit KPK dan AKSB untuk membeli permit akhbar-akhbar tabloid bagi mempromosi PAS dan dirinya.
Ramli telah meletakkan jawatan sebagai Pegawai Urusetia Penerangan SUK Kelantan dan menarik balik permit miliknya Wasilah yang pernah disewa kepada syarikat kroni Husam.
Ramli tidak berpuas hati kerana berita-berita dalam Wasilah dipenuhi dengan propaganda politik yang melampaui sempadan (sepertimana yang digariskan oleh KDN), sedangkan pemilik asal permit itu adalah namanya.
Selepas itu Ramli menulis kritikan-kritikannya kepada Husam menggunakan blog yang bernama melikapakjangak.blogspot.com. Antara pendedahan Ramli (melikapakjangak)adalah dia tidak berpuas hati dengan layanan double standard Husam dengan membuat bayaran memilih bulu.
Kata Ramli, permit miliknya Wasilah hanya dibayar RM1000 sebulan sedangkan permit Siasah (milik kawannya Mohd Sayuti Omar dibayar RM 6000 sebulan).

Reply
3.
Mohd Faisal, on December 14th, 2009 at 10:16 am Said:
Percaturan Kroni Husam Musa. Berikut adalah nama-nama kroni tersebut:
Kroni No 1. – Mohd Fazli Ab. Samat

Mohd Fazli Ab Samat pernah dicaturkan Husam sebagai Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK). Walhal penama ini mempunyai rekod buruk dan terlibat dengan korupsi.
Dia didakwa menyalahgunakan wang syarikat untuk Projek Kambing Jamnapari. Sekarang dia telah dipecat daripada menjawat jawatan Pengarah Urusan KPK.

Kroni No 2. – Mohd Fauzi Abdullah
Mohd Fauzi Abdullah dilantik sebagai Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) hingga sekarang walaupun tidak disukai oleh pekerja bawahan. Beliau secara tidak sah mengarahkan kakitangan AKSB memasang dan membaiki paip secara percuma di rumahnya sendiri di Taman Sari, Kota Bahru pada tahun 2005 sedangkan beliau tidak berhak ke atas kemudahan itu.
Beliau juga secara tidak sah mengarahkan pengurus projek syarikat yang diberikan kontrak memasang paip retikulasi oleh AKSB, memberikannya sebuah telefon bimbit berjenama Nokia berharga kira-kira RM2,00 kepadanya pada tahun 2006 sedangkan beliau tidak berhak ke atas kemudahan itu.
Beliau sekali lagi secara tidak sah telah membuat satu tuntutan ke atas satu hadiah peribadi yang diberikannya kepada Pengarah Kastam Negeri Kelantan berharga kira-kira RM200 sedangkan beliau tidak berhak ke atas kemudahan itu. Rekod tuntutan ini boleh dilihat dalam akaun AKSB.
Penyalah gunaan Fauzi yang seterusnya adalah apabila beliau secara tidak sah mengarahkan AKSB memberikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada Persatuan Murid Tua Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCOBA) bagi tujuan membeli permaidani sedangkan beliau tidak berhak ke atas kemudahan itu kerana permintaan MCOBA adalah dibuat atas sifat peribadinya sebagai ahli MCOBA dan bukan sebagai Pengarah Urusan AKSB. Rekod tuntutan ini boleh dilihat dalam akaun AKSB (pembayaran dibuat oleh AKSB pada 10 Mac 2005)
Beliau secara tidak sah mengarahkan AKSB memberikan sumbangan kepada Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi, Kota Bharu. Sedangkan beliau tidak berhak ke atas kemudahan itu kerana permintaan sekolah dibuat atas sifat peribadinya sebagai bapa kepada seorang pelajar di situ dan bukan sebagai bapa kepada seorang pelajar di situ dan bukan sebagai Pengarah Urusan AKSB!
Pembayaran dibuat oleh AKSB sebanyak RM200 pada 26 mac 2003, RM500 pada 15 April 2003, RM1,000 pada 17 April 2003, RM600 pada 6 Februari 2005 dan RM350 pada 25 mei 2005 dan yang terakhir pada 10 Mac 2005.
Beliau secara tidak sah mengarahkan kakitangan AKSB memasang dan membaiki paip air secara percuma di rumah emak Ahli Dewan Undangan Negeri Kijang, YB Datuk Husam Musa di kampung Kota, Kota Bharu pada 24 Mei 2007 dan di rumah ayah ADUN Kemahang, YB Mejar Anizam Abdul Rahman di kampung Salor, Pasir Mas pada tahun 2005 sedangkan mereka tidak berhak ke atas kemudahan itu.
Kedua-dua kroni Husam itu telah disiasat oleh BPR.
Reply
4.
Mohd Faisal, on December 14th, 2009 at 10:19 am Said:

Kroni No 3. – Anual Bakri Haron
Anual Bakri Haron merupakan kawan Husam ketika di Universiti Malaya (UM). Anual Bakri telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar untuk menggantikan jawatan asal Husam sebagai ‘penjaga pintu pejabat Tok guru’
Anual Bakri juga pernah ditampar oleh cikgu Kadir @ Hamid Musa (Pegawai Pejabat Pelajaran Negeri) di Kg Bunut payong kerana menuduh cikgu itu sebagai kafir dan perlu mengucap semula sebab masuk UMNO.
Menurut Nik Abduh(anak Nik Aziz), Anual Bakri memberi nasihat salah kepada Nik Aziz dengan melaga-lagakan Nik Aziz dan Haji Hadi (Presiden PAS)

Kroni No 4. – Saifuddin Nasution Ismail
Saifuddin Nasution diambil semula oleh Anwar menjadi Pengarah Strategik PKR dan sekarang ini menjadi Pengarah Pilihanraya PKR. Saifuddin adalah anak buah Husam.
Pada tahun 2005-2007, Saifuddin telah dilantik menjadi Pengarah Urusan Yayasan Tabung Tok Kenali. Husam telah membayar Saifuddin sebanyak RM8,000 sebulan menggunakan duit PMBK.
Tabung Tok Kenali digunakan sebagai platform untuk memperkasakan parti selepas PAS menang dengan majoriti tipis di Kelantan (hanya majoriti satu kerusi).
Saifuddin pula menjadi ‘orang perantaraan’ antara Husam dengan Anwar ibrahim. Dari peranan Saifuddin selama tiga tahun di Kelantanm di bawah naungan Husam maka muncullah kumpulan Erdogan yang sangat dikenali hari ini.

Kroni No 5. – Syed Azidi Syed Abdul Aziz Al-Bukhary
Syed Azidi Syed Abd Aziz (Sheikh Kickdefella) adalah bekas Ketua Pemuda UMNO cawangan Sri Hartamas yang pro-Anwar. Husam berminat dengan Sheikh Kickdefella, walaupun wataknya dan kehidupannya tidak sesuai dengan PAS.
Kickdefella sendiri mengakui dalam blognya bahawa kehidupannya bebas bergaul dengan artis dan terlibat dengan minuman keras, namun Husam berfikir sebaliknya, ‘latar belakang seperti itu’ adalah aset kepada PAS.
Husam telah membeli Sheikh Kickdefella dengan harga RM6,000 sebulan menggunakan wang PMBK dan ditugaskan menggunakan media internet untuk menyerang musuh PAS dan musuh-musuh Husam.

Kroni No 6. – Zulkifli Sulong
Zulkifli Sulong adalah bekas Ketua Pengarang Harakah yang tidak disambung kontraknya kerana menggunakan pengaruhnya dan menjadikan berita-berita Anwar sebagai berita muka depan Harakah.
Sekarang Zulkifli menjadi Ketua Editor Siasah, media alternatif PAS. Kini Siasah merupakan salah satu media tabloid alternatif yang berpengaruh di negara ini.
Walaupun pada asalnya milik Mohd Sayuti Omar, tetapi pemain disebalik tabir Siasah adalah kroni Husam iaitu Zulkifli Sulong.
Begitulah Husam yang terlampau. Kami berharap maklumat ini dapat diwar-warkan supaya rakyat tidak tertipu untuk menganggap ia seorang pemimpin yang hebat.
Apa komen puan yang duduk sekelambu???????
Reply
o
serisuri, on December 14th, 2009 at 4:10 pm Said:
jika ada teguran daripada pengunjung blog ini untuk saya menarik balik ‘copy & paste’ ini, insyaAllah saya akan lakukannya.
saya cuba bersikap adil…
hanya komen-komen yang bersifat pondan sahaja tidak mendapat tempat di dalam blog saya, tq



Demikianlah petikan daripada blog anak Menteri Besar Kelantan sendiri. Anda boleh membaca dan menilainya....

Saya akan menyambung lagi bagi menjawab tuduhan-tuduhan pihak PAS terhadap UMNO...tunggu!

Mengapa Najib 'Masuk Bakul Angkat Sendiri'?

Apabila PM melahirkan rasa puas hatinya terhadap KPI yang diperkenalkannya sendiri, ramai pengulas-pengulas 'parlimen kedai kopi' menyatakan 'Najib masuk bakul dan angkat sendiri'.Tidak kurang juga penulis-penulis blog pro pembangkang memberikan komen yang hampir sama. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, semua rakyat bebas bersuara dan melahirkan pendapat mereka sendiri. Cuma, apa yang lebih penting, apakah pendapat ini berkualiti dan boleh dipakai?

Kita kena faham, Dato' Najib adalah orang politik. Sesiapa saja yang bergelar ahli politik tidak mungkin 'memburukkan' tindakannya sendiri. Apa lagi kalau perkara yang dinyatakan itu sesuatu yang menepati fakta. Apakah pembangkang menunggu untuk PM menyatakan bahawa kabinet yang dibentuknya sendiri tidak berkualiti? Sepanjang saya berada dalam PAS dulu pun, tidak ada seorang pemimpin pun yang mengatakan bahawa sesuatu yang dibuat oleh PAS tidak berjaya. Cuba nyatakan kepada saya, siapakah pemimpin-pemimpin dalam PAS atau DAP atau Keadilan yang sanggup mengatakan bahawa perjuangan atau usahanya tidak berjaya?.Kita ambil satu contoh, Anwar Ibrahim dengan begitu angkuh bercakap kepada media bahawa beliau akan membentuk kabinet barunya pada 16 September, padahal 'habuk pun tarak!' Tapi mengapa pihak pembangkang tidak mengatakan bahawa Anwar masuk bakul angkat sendiri, padahal jauh dari fakta sebenar? Demikian juga dalam hal-hal yang lain yang melibatkan pembangkang.

Pada saya, apapun yang dibuat oleh kerajaan ianya akan sentiasa dimanipulasi oleh pembangkang demi sekelumit kepentingan politik. Datangkan lah pemimpin dari langit sekalipun, dan buatlah dasar apapun, pembangkang akan 'lanyak' habis-habisan. Namun untuk melihat satu dasar yang benar-benar mantap yang dilaksanakan di negeri-negeri yang mereka tadbir, memang 'habuk pun tarak!' umpama kata pepatah, 'kokok berderai-derai, ekor dilumuri najis'...Fikirkan lah...

Sunday, December 13, 2009

Seperti Biasa...Kesilapan Ditenggekkan Kepada Orang Lain...

Nampaknya sekali lagi PAS menyalahkan pihak lain apabila berdepan dengan masalah. Kali ini pihak media pula dipersalahkan.Isu ini telah dibangkitkan oleh YB Nik Amar,di mana beliau telah menyalahkan media kerana dikatakan memperbesar-besarkan isu. Bagaimanapun beliau mengakui memang terdapat masalah dalam PAS.Imej TGNA dikatakan telah tercemar kerana perbuatan pihak media.

Barangkali pemimpim-pemimpin PAS terlupa, bahawa selama ini PAS telah banyak mencemarkan imej pemimpin-pemimpin UMNO dengan tuduhan-tuduhan liar. Cuma bezanya PAS bukan saja menggunakan media miliknya, tetapi juga melalui-ceramah-ceramah di seluruh pelusuk negara. Yang paling peliknya ialah...apabila ada masalah dalam kain PAS, orang lain lah yang selalunya jadi mangsa tuduhan, seseolah PAS tak salah..yang salahnya orang lain yang meyebabkan PAS salah...

Dalam senario semasa, apabila TGNA dalam khutbahnya meminta supaya rakyat Kelantan berdoa agar ditimpa musibah kepada PM sekiranya tidak memberikan royalti kepada Kelantan, apakah patut pihak media dipersalahkan kerana melaporkan berita tersebut? Bukankah perkara tersebut benar-benar diucapkan oleh TGNA. TV3 dan ASTRO AWANI sememangnya menyiarkan visual ucapan TGNA. Jadi masalah ini sebenarnya dicetuskan sendiri oleh TGNA selaku mursyidul Am PAS. Di mana resionalnya Nik Amar menyatakan kemelut yang berlaku ini dicetuskan oleh media? Demikian juga isu menantu TGNA...perkara ini asalnya dibangkitkan oleh Syed Azidi melalui bloknya 'KICKDEFELLA' kerana marah kepada Abdul Ariffahmi (menantu TGNA)kerana menyingkirkannya dari PMBK. Keseluruhan kes ini disiarkan dalam blog Syed Azidi...dan kes ini juga kes 'dalam kain PAS' Apabila berita dah tersiar di blog-blog, maka media cetak dan letronik mengambil peluang melaporkan berita yang sama. Apakah media membuat kesalahan apabila menyiarkan berita tersebut?

Masalah 'kedegilan' TGNA menerima nasihat dari YB Mahfuz Omar sekali lagi menelanjangkan PAS. Seperti biasa TGNA melontarkan 'kata-kata berbisa' terhadap Mahfuz. Subjeknya adalah masalah TGNA dengan Mahfuz...Media melaporkan berita...aleh-aleh media pulak yang dipersalahkan...? Mengapa selama ini media yang selalu melaporkan berita tentang pemimpin-pemimpin UMNO...tentang rasuah politik contohnya, tidak pula PAS menuduh media bersikap sedemikian. saya juga yakin, Nik Amar dan PAS pasti akan gembira apabila membaca berita-berita tentang keburukan UMNO. Namun apabila terjadi pada PAS, nampaknya dah jadi macam cacing kepanasan, menggelupur tak tentu hala...

Agaknya jika timbul lagi masalah dalaman PAS, siapa lagi akan menjadi mangsa 'kambing hitam' demi menutup kesilapan sendiri.Sudah terlalu kerap PAS meletakkan kesalah pada orang lain tanpa memikir dan muhasabah diri sendiri. Semasa tiada kuasa, sememangnya PAS dilihat bersih dari segala gejala yang buruk, kerana tiada apa yang nak di kritik,tiada projek itu dan ini, tiada siapa yang nak bagi rasuah...sebab tiada tugas dan kerja...Tetapi kini, setelah dua negeri ditadbir oleh PAS, dalam jangka masa pentadbiran yang begitu singkat...sudah banyak perkara yang dipersoalkan, termasuk rasuah dan salah guna kuasa yang dulunya mereka menuduh UMNO yang melakukan perkara tersebut. UMNO mentadbir negara sudah menjangkau angka 50 tahun...bayangkan betapa besarnya cabaran yang dihadapi, pelbagai masalah terpaksa diselesaikan...Kalaupun ada sedikit sebanyak masalah....sebagai sebuah parti yang besar dan sudah memerintah begitu lama ianya adalah lumrah. Langkah mengatasi sentaiasa dicari namun tidak sekali-kali menyalahkan orang lain...

Masalah akan terus berlaku... Syed Azidi tidak akan berhenti menulis akan kepincangan menantu TGNA dalam mengurus tadbir PMBK, kerana beliau telah menjadi 'mangsa' kepada menantu Menteri Besar. Kemelut akan terus berlaku...Agaknya sudah bersediakah Nik Amar mencari 'objek-objek lain' untuk diletakkan kepincangan-kepincangan yang akan dizahirkan...Kita tunggu dan lihat!

Friday, December 11, 2009

Antara Doa Laknat dan Puji Semangat...

Sebagai sebuah Parti Pembangkang di peringkat pusat, PAS sentiasa mengutarakan masalah-masalah yang berlaku dalam kerajaan, bermula dari yang sekecil-kecilnya sehinggalah masalah yang menggunung besarnya. Tidak ada satu pun yang baik dalam kerajaan, (malah individu dalam UMNO) pada pandangan PAS melainkan buruk semuanya. Saya berpendapat demikian kerana hampir setiap hari saya membaca akhbar HARAKAH, lidah rasmi PAS. Jika tidak percaya, lihatlah rencana-rencana dan berita-berita yang ditulis sebelum ini dalam akhbar tersebut.

Pada hari ini, saya rasa terkejut apabila membaca satu tajuk 'Kelantan Sokong PM Bantu Selesai Konflik di Selatan Thailand'. Rencana ini telah memuatkan rencana berkaitan pujian TGNA terhadap usaha PM membantu dan menyelesaikan masalah Selatan Thai. Malaysia juga telah bersetuju menghulurkan bantuan (kewangan) untuk membantu sekolah-sekolah pondok di sana.

Ironinya, belumpun sepurnama isu doa supaya Dato' Najib dibinasakan sekiranya tidak memberi wang royalti kepada Kelantan, rupa-rupanya orang yang didoakan itu sedikit sebanyak juga ada sumbangan terhadap Islam. Namun dari segi Fardhu Kifayah, PM banyak sekali menyelesaikan tuntutannya terhadap hukum tersebut. Terlalu banyak... Jadi, kalau PM dapat memberi sedikit sebanyak sumbangannya terhadap Islam atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri, apa perlunya anjuran supaya meyebut nama 'Najib' dalam doa dengan tujuan untuk dibinasakan? Dato' Najib telah melaksanakan tugasnya 'sekadar yang dia mampu'. Bukankah ini sumbangannya terhadap agama? Jasa dan usaha gigihnya memakmurkan negara, menjaga keamanan agar rakyat berada dalam kesenangan...apakah ini bukan dari tuntutan Islam? Merancang dan membina sekolah-sekolah dengan tujuan memberi ilmu kepada setiap warganya...bukankah ini ajaran Islam? Atau...Berkumpul dan berdemostrasi, membantah sehingga menyusahkan penduduk awam dan menambahkan kerja polis...apakah ini lebih mulia dan perlu disokong? Atau wujudkan suasana hingar bingar dan tidak harmoni...muliakah begitu..? Ingat...Islam ini boleh diamalkan dan diperjuangkan kerana suasana negara kita aman sentosa hasil dari titik peluh para pejuang inilah..Kalau negara dah jadi kucar kacir...nak bercakap Islam pun dah tak sempat!

Berbalik kepada isu pujian terhadap PM...Rasanya perlu juga diberikan ruang dalam HARAKAH untuk artikel-artikel sebegini diterbitkan supaya dilihat lebih adil. Kalau selama ini PAS menuntut supaya akhbar-akhbar tempatan berlaku adil, maka apa salahnya PAS juga melaksanakan perkara yang sama. Jangan asyik mengkritik dan mengutuk! kerana inginkan undi...semua yang dibuat oleh kerajaan 'ditidakbetukan' oleh PAS.Ingatlah...selain menilai kerajaan, rakyat juga menilai pembangkang!

Wednesday, December 9, 2009

Tokong, Kuil Perlu Sama Banyak Dengan Masjid: PAS setuju?

Dalam tempuh 8 tahun, iaitu bermula 2000 hingga 2008 kerajaan telah membina 611 buah masjid dengan kos berjumlah RM 748.26. Pada masa yang sama, peruntukan untuk rumah-rumah ibadah bagi agama-agama lain tidak pula sama dengan perbelanjaan tersebut. Mudahnya, mengapakah Kerajaan tidak membelanjakan peruntukan yang sama jumlahnya kepada agama-agama lain untuk menunjukkan keadilan, dan menunjukkan ianya nampak adil dan mudah, maka secara logiknya rumah-rumah ibadah bagi agama-agama lain juga perlulah sama banyak dan sama besarnya dengan masjid.

Perkara inilah yang telah dibangkitkan oleh YB Nga Kor Ming (DAP Taiping) yang pernah membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Beliau jugalah orang 'kesayangan' PAS kerana PAS habis-habisan mempertahankan beliau ketika membacakan ayat-ayat suci Al-Quran (PAS kata tak apa dia baca Quran, tapi saya kata tak boleh sbb dia tak mandi wajib!)Perkara tersebut telah dibangkitkannya sewaktu Persidangan Dewan yang sedang berlangsung. Beliau juga dilaporkan berkata, sepatutnya kerajaan pusat meniru kerajaan PAS,DAP dan PKR Perak yang lalu,di mana telah menawarkan banyak tapak-tapak tanah untuk rumah-rumah ibadah bagi orang-orang bukan Islam. Beliau juga memuji 'rakannya' iaitu kerajaan PAS Kelantan kerana telah meluluskan pembinaan patung terbesar di Asia.

Secara ikhlas, saya ingin bertanya kepada pihak PAS, apakah PAS bersetuju dengan pendapat 'rakan' sepernikahannya ini? Apakah takrif keadilan itu mesti sama banyak? Jumlah penduduk yang paling ramai di negara ini adalah penduduk yang beragama Islam...Biarpun penganut-penganut agama lain lebih kecil peratusannya (dalam konteks negara kita),maka pembinaan rumah ibadahnya mesti sama banyak? Jika nak diberikan contoh...Apakah kalau terdapat di kawasan Kota Bharu 10 buah masjid, maka jumlah kuil mesti 10 dan tokong juga mesti 10?. PAS setuju?...

Pada saya YB Nga Kor Meng jauh dari memahami Perlembagaan Malaysia...tolong lah PAS memahami memahamkannya tentang Perlembagaan...Jangan biarkan ia hanyut...Ingat, Itu adalah rakan kongsi anda!

Tuesday, December 8, 2009

Rasuah : Pembasmiannya Harus Bermula Dengan Diri Kita

Atas sebab-sebab tertentu, hari ini saya berada di rumah lebih awal dari kebiasaannya. Di pejabat tadi, saya menyemak borang tuntutan perjalanan yang dihantar untuk saya tanda tangani.Saya sangat mengenali staf-staf di bawah saya, malah mengetahui di mana tempat tinggalnya. Mereka juga tahu yang saya mengetahuinya.Namun dalam soal tuntutan perjalanan yang dibuat, seseolah saya sedikitpun tidak mengetahui jarak perjalanan dari rumah mereka ke pejabat.Apa pun tidak semua staf begitu...

Apa yang mendorong saya menulis, kerana terdapat seorang staf saya yang selama ini kononnya kuat berjuang membasmi rasuah, rupa-rupanya dia lah paling banyak 'menipu kilometer'. Bukan sikit-sikit! Dia adalah 'tokoh perjuangan' yang kuat membidas dan mencanangkan tentang 'rasuah dalam UMNO'. Kononnya dia tahu belaka...Padanya, UMNO adalah 'parti paling kotor atas dunia kerana mengamalkan rasuah' Setahu saya, beliau sebenarnya orang belajar ilmu agama...Hampir setiap minggu beliau memberi perkhidmatan pengangkutan membawa orang-orang kampungnya ke tempat kuliah Tok Guru. Saya sokong itu...bagus.

Namun, dalam menganggap diri kita bagus, membenci perkara-perkara yang rasuah, janganlah pula kita terlupa mengitung diri sendiri.Kita sememangnya mudah untuk menyuruh orang berbuat baik, namun terlalu sukar untuk mengarahkan diri kita supaya berbuat baik juga. Sama seperti ada orang yang menyuruh Tun Mahathir meletakkan jawatan dulu atas alasan sudah lama dan sudah berusia...Tapi bila tiba masanya untuk dia diminta turun atas alasan sama,dia menolaknya secara mutlak. Demikian jugalah amalan rasuah, jangan kita hanya menilai dan menuduh orang lain, lihatlah pada diri sendiri... Dosa dan pahala tidak terletak pada parti apa yang dia sokong..tapi pada hati dan amalannya...

Monday, December 7, 2009

"Kenapa Najib Yang Umumkan Dividen Tabung Haji?"

Malam tadi saya berada di kedai kopi bersama-rakan-rakan lama dalam perjuangan. Mereka dari aliran politik yang berbeza...Lama juga saya bersembang mengingatkan kisah-kisah silam. Dalam banyak perkara yang dibualkan, timbul persoalan yang dikeluarkan oleh salah seorang rakan berkaitan Tabung Haji. Ada yang dipuji dan tidak kurang juga yang dikutuk. Tak kisahlah tentang itu. Menariknya ada seorang rakan lain yang membuka persoalan itu lebih meluas..."kenapa Najib(PM) yang mengumumkan dividen Tabung Haji baru ni?, bukan ada kena mengena dengan dia pun..., nampak sangat nak menonjolkan diri!"...Banyaklah keburukan-keburukan Dato' najib dibincangkan... Demi nak meraikan pandangan dan pendapat, saya cuma mengangguk...

Banyak sekali jawapan yang boleh diberikan mengenai persoalan tersebut.tapi cukuplah sekadar memberi contoh satu dua perkara...Pertama, Dato Najib adalah Perdana Menteri. Beliau tidak ada sekatan dalam mana-mana organisasi milik kerajaan atau badan-badan berkanun. Cuma nak mengumumkan, apa salahnya...

kedua, Dato Najib adalah orang politik. Biasalah bagi orang politik...apa yang dibuat sedikit sebanyak akan kembali kepada politik. Bagi orang politik, mereka sangat-sangat memerlukan sokongan baru agar sokongan bertambah. Dalam PAS pun keadaan yang sama berlaku. Contohnya, apa perlunya gambar menteri besar Kelantan TGNA sedang tunduk berdoa dipaparkan besar-besar dipondok-pondok menunggu bas? Dua tiga bulan lepas, semasa bulan ramadhan, gambar itu merata ke seluruh pelusuk negeri, di tiang-tiang lampu dan di tempat-tempat awam...apa perlunya? Ada juga kain-kain spanduk yang diletakkan ditepi-tepi jalan,berbunyi "Banyakkan membaca Al-Quraan di bulan Ramadhan" dimasukkan pula gambar-gambar ADUN-ADUN PAS mengikut kawasan masing-masing. Kalau ikhlas, tak payahlah masukkan gambar...Dari perkataan itu sendiripun sudah difahami maksudnya. Maknanya, sudah pastilah inginkan sokongan untuk 'klim'dapatkan keuntungan politik!. Pada saya, perkara tersebut lebih kepada politik, sebab Tok Guru sendiripun orang politik.Di mana-mana saja kita lihat gambar TGNA...lihatlah contoh-contoh spt spanduk Koridor Depu,(iklan Harakah dah ternyata sangat..),Selamat pulang perantau dan terkini 'Kelantan Membina Generasi Al-Quran'...Tidakkah ini nak mencari populariti politik...? Cuba jangan masukkan gambar...biar tak tahu siapa yang buat...lagi ikhlas nampaknya.

Kesimpulannya, janganlah pada orang lain kita sentiasa nampak keburukan sementara pada diri sendiri merasakan sejuta keindahan. Takbur namanya kalau begitu...

Thursday, December 3, 2009

Perjuangan PAS ikut cara Rasulullah...?

Pernah pada suatu ketika, Rasulullah ditawarkan oleh kaum kafir Quraisy tiga perkara iaitu harta, takhta dan wanita dengan syarat Rasulullah menghentikan dakwah Islam. Namun ketiga-tiga perkara tersebut telah ditolak oleh baginda. Tidak siapapun boleh mempertikaikan penolakan tawaran tersebut kerana baginda Rasulullah adalah seorang yang sentiasa mendapat hidayah Allah. Penolakannya tentulah berpaksikan kebenaran. Perlu apa Rasulullah kepada semua itu...hanyalah keduniaan semata-mata.
Mangambil iktibar dari penolakan Rasulullah,bahawa tidak mungkin hukum Allah ditegakkan melalui pentadbiran negara semata-mata. Maksudnya begini, sekiranya Rasulullah menerima 'takhta'yang ditawarkan, nescaya baginda akan menjawat jawatan paling tinggi dalam pentadbiran negara. 'Raja' adalah puncak kuasa. Rasulullah boleh 'bermain politik' jika banginda mahu.Berpura-pura mahu berhenti menyebarkan Islam. Nah...setelah jawatan menjadi Raja diperolehi, Rasulullah sudah mempunyai kuasa tertinggi yang pastinya boleh mengarahkan apa saja yang baginda mahu. Tentu saja pada waktu itu baginda boleh menggunakan kedudukannya untuk menyebarkan Islam, malah lebih mudah, kerana sesiapa sahaja yang menolaknya,hukuman terus boleh dilakukan terhadap sipenolak tersebut.Rasulullah boleh menggubal pelbagai akta untuk menjatuhkan hukuman atau setidak-tidaknya untuk menyusahkan sipenentang Islam. Namun..hakikatnya Rasulullah menolak taktik sedemikian kerana ummat manusia perlu ditarbiah dan didakwah terlebih dahulu untuk menerima Islam. Usaha dakwah mesti diteruskan...Memberi fahaman tentang hukum-hukum Islam sehingga tertanam dalam hati setiap insan...Rasulullah menjadi pemimpin setelah amanah dakwah dilakukan sekian lama. Rasulullah tidak meminta untuk memimpin...Inilah sirah Rasulullah.
Saya ingin bertanya, apakah usaha PAS selama ini untuk memahamkan ummat manusia di bumi Malaysia tentang Islam? Apakah betul perjuangan PAS adalah perjuangan Islam sebagaimana sirah Rasulullah?. Jika Rasulullah (pada awalnya)tidak mendidik manusia melalui penguatkuasaan undang-undang, apakah PAS lebih tahu caranya dari Rasulullah? Apakah sekiranya PAS dapat mentadbir negara, semua aspek dalam Islam akan beres?
Saya sekadar ingin bertanya...jawapannya ada pada anda... Namun sebenarnya, jika Rasulullah sendiri lebih menekankan dakwah dalam menyebar dan memartabatkan Islam, tidak mungkin cara politik PAS lebih baik dari cara Rasulullah.PAS hanya memperjuangkan satu cabang dalam Islam iaitu pecahan dari bab 'Jinayat'. Mengapakah bab-bab lain iaitu bab Ibadah,Muamalah, Munakahat tidak diperjuangkan secara jelas. Apakah penekanan terhadap bab tersebut akan diberi setelah PAS berjaya merebut takhta politik Malaysia? Tidakkah ini menimbulkan fitnah kepada Islam itu sendiri?
Dalam sistem politik di Malaysia, sesebuah parti politik yang ingin bertanding dalam pilihanraya mestilah terlebih dahulu meletakkan 'wang cagaran'. Wang ini akan dikembalikan sekiranya jumlah undi tertentu diperolehi, namun jika tidak wang ini akan hilang. Bukankah ini satu perjudian?. Mempertaruhkan dua pertaruhan adalah judi. Bagaimana mungkin Islam akan tertegak melalui judi.Islam adalah suci dan perbuatan meletakkan Islam pada sesuatu yang kotor adalah zalim. Di dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara. Matlamat menegakkan Islam adalah baik, namun wadah perjuangannya adalah kotor. Natijah juga akan pasti tersasar. 'Bagaimana acuan, begitulah kuihnya'.
Dalam memperjuangkan Islam, Rasulullah penuh berakhlak. Kesantunan yang ada pada Rasulullah telah menjadikan Islam berkembang luas. Baginda cukup menjaga tutur katanya. Berbeza sekali akhlak pejuang-penjuang Islam melalui politik kepartian.Dalam konteks politik di Malaysia, untuk memenangi pilihanraya terpaksa berkempen, yang tidak boleh tidak mesti memperlekehkan lawan. Kadang-kadang sehingga membawa kepada mencerca, memaki,memfitnah kepada seseorang. Nama-nama tertentu diumpat dan diperlekeh dan dikutuk sejelas-jelasnya. Dituduh itu dan ini. Selain UMNO, PAS juga mengikut jalan yang sama. Apakah Islam membenarkan umpat keji?. Apakah Islam membenarkan fitnah?...Berdasarkan syak, dituduh itu dan ini...?, Apakah demi untuk meneggakkan Islam, sudah tiada dosa jika melakukan perkara-perkara sebegitu? Apakah ianya selaras dengan Islam?. Apakah kita terlupa, Islam tidak memandang berapa panjang lilitan serban di kepalanya?...Jadi, apakah perjuangan PAS merupakan perjuangan yang selaras dengan Islam yang mengikut sirah Rasulullah? Setahu saya, jika seseorang itu memperlekehkan orang lain dan mengatakan 'pilihlah aku...aku lebih segala-galanya dari dia..'perbuatan ini sudah dikira 'ujub'yang sudah menyeleweng jauh dari ajaran Islam...Nilailah sendiri...