Friday, January 29, 2010

SUDAH NAMPAK PERTENTANGAN YANG BEGITU JELAS...

'Pernikahan' PAS, DAP, PKR belumpun sampai setahun. Namun dalam usia yang masih 'bayi' ini, sudah terlalu banyak pertentangan pendapat di kalangan mereka. Kita boleh melihat masalah ini timbul hampir setiap hari. Situasi ini menjelaskan kepada kita bahawa betapa terlalu sukar bagi mereka mentadbir negara sekiranya diberikan kemengangan oleh rakyat.Apa tidaknya, sememangnya mereka hanya 'tidur sebantal tapi mimpi yang berlainan'

Dalam perkembangan terbaru, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang telah menuduh Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai 'diktator'. Kenyataan ini sudah pasti menunjukkan berlakunya krisis dalaman PR yang semakin membarah. Sudah ada sesuatu yang tidak kena pada pemerhatian Datuk Seri Zahrain terhadap rakan 'sepernikahan'nya dalam DAP. Pada saya, jurang perbezaan yang begitu besar dalam matlamat perjuangan antara mereka telah memungkinkan 'rumah tangga' mereka tidak akan kekal lama. Demikian juga dengan PAS yang bermatlamatkan negara Islam akan lebih melebar jurangnya dengan DAP dan PKR.

Dalam isu semasa yang masih panas diperkatakan yang berkaitan penggunaan nama 'Allah', betapa antara mereka pun tidak sekata. PAS kata lain, PKR kata lain, DAP pula lain. Hasil perdebatan antara mereka sehingga membawa perkara tersebut ke mahkamah. YB Khalid Samad telah beriya-iya membenarkan kalimah Allah diguna pakai oleh bukan Islam yang sekaligus dilihat sebagai mewakili golongan libral dalam PAS. Pada masa yang sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah membolehkan penggunaan kalimah 'Allah' pada awalnya, namun tidak lama kemudian, telah meletakkan syarat apabila isu ini semakin panas. Manakala DS Anwar Ibrahim dengan jelas membolehkan penggunaannya sehingga mewar-warkannya ke luar negara. Akhir-akhir ini pula, dikatakan perkara tesebut adalah 'khilaf'. Kenyataan ini sudah pasti bertentangan sekali dengan pendapat Dr. Harun Din, di mana beliau sekali-kali tidak membenarkan kalimah 'Allah' ini digunakan oleh orang bukan Islam. Demikian juga YB Zulkifli Nordin dari PKR, sehingga mengheret isu ini kemahkamah. Dalam isu yang begini mudah pun, mereka boleh bertelagah dan gagal menyelesaikannya. Apakah jaminan bahawa mereka boleh menyelesaikan perkara yang lebih besar kalau diberi mandat oleh rakyat? Berbeza dengan UMNO, mereka solid menyatakan bahawa perkara tersebut 'tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam'

Dalam bab yang lebih besar, yang melibatkan agama, PAS dan DAP umpama langit dan bumi- 'the world of contrast'.Bagaimana teruk sekalipun gambaran PAS terhadap UMNO, belum ada lagi ahli parti gabungannya MCA dan MIC menghina Islam. Tetapi 'boss besar' parti DAP rakan gabungan PAS dengan angkuh dan lantang menyatakan ' kalau nak laksanakan hukum hudud, langkah mayat saya dulu'. Pada kita, penghinaan ini adalah 'menentang' Islam dan boleh digolongkan dalam 'kafir harbi' yang boleh diperangi. Tapi hairannya PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam telah menjadikan DAP sebagai rakan karib malah Nik Aziz nampak 'bulan' pada dada Karpal Singh. Untuk menghalalkan kerjasama ini,PAS telah menggunakan istilah 'Thalluf Siyasi'. Dicarinya kaedah-kaedah dan alasan untuk 'membolehkan' penggabungan mereka biarpun 'Tahalluf Siyasi' sendiri masih khilaf di kalangan ulama'. (Jika diizinkanNya, saya akan menulis tentang 'Tahalluf Siyasi')

Perkembangan terbaru dalam PAS, dua tokoh utama PAS Selangor, YB Dato' Dr Hassan Ali telah dikenakan amaran oleh Jawatan Kuasa Disiplin, manakala YB Khalid Samad telah digantung tugas selama 6 bulan. Dalam PAS sendiri pun terlalu besar 'gap' antara mereka.Tidak dapat satu titik persefahaman. Bagaimana mereka boleh diyakini untuk memikul tugas memimpin 27 juta rakyat dalam negara yang mempunyai kepelbagaian bangsa dan budaya?. Sudahlah tiada pengalaman memerintah, diselangi pula dengan perbezaan antara ahli parti dan juga parti-parti gabungan yang terlalu jauh beza dan matlamatnya. Sudah pasti risikonya terlalu besar! Oleh itu jangan terlalu meyakini mereka, kerana sekarang pun kita sudah dapat melihat kesan gabungan tersebut. Hanya bermatlamatkan menjatuhkan UMNO, parti keramat orang-orang Melayu Islam.

Kepada rakyat Malaysia, jangan mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan...Betapa hidup kita selama 52 tahun ini telah begitu makmur. Dengan izin Allah, ia dimakmurkan oleh UMNO. Negara bagaimanakah lagi yang ingin dicari? atau kebahagiaan yang bagaimana lagi yang dikehendaki?. Belum tentu yang akan datang lebih baik dari yang ada sekarang...Oleh itu marilah kita sama-sama bertekad bahawa UMNO perlu dipertahankan demi servival bangsa Melayu Islam di Malaysia.

1 comment:

  1. sy ingat pasal keretakan PAS-DAP-PKR lebih kpd disensasikan oleh UMNO..but bile tgk soal-jawab ditv3 bersama YB Zulkifli Nordin -PKR, ape yg dikatakan BN mmg 100% betul, tiada tambah perisanye..

    ReplyDelete