Sunday, December 13, 2009

Seperti Biasa...Kesilapan Ditenggekkan Kepada Orang Lain...

Nampaknya sekali lagi PAS menyalahkan pihak lain apabila berdepan dengan masalah. Kali ini pihak media pula dipersalahkan.Isu ini telah dibangkitkan oleh YB Nik Amar,di mana beliau telah menyalahkan media kerana dikatakan memperbesar-besarkan isu. Bagaimanapun beliau mengakui memang terdapat masalah dalam PAS.Imej TGNA dikatakan telah tercemar kerana perbuatan pihak media.

Barangkali pemimpim-pemimpin PAS terlupa, bahawa selama ini PAS telah banyak mencemarkan imej pemimpin-pemimpin UMNO dengan tuduhan-tuduhan liar. Cuma bezanya PAS bukan saja menggunakan media miliknya, tetapi juga melalui-ceramah-ceramah di seluruh pelusuk negara. Yang paling peliknya ialah...apabila ada masalah dalam kain PAS, orang lain lah yang selalunya jadi mangsa tuduhan, seseolah PAS tak salah..yang salahnya orang lain yang meyebabkan PAS salah...

Dalam senario semasa, apabila TGNA dalam khutbahnya meminta supaya rakyat Kelantan berdoa agar ditimpa musibah kepada PM sekiranya tidak memberikan royalti kepada Kelantan, apakah patut pihak media dipersalahkan kerana melaporkan berita tersebut? Bukankah perkara tersebut benar-benar diucapkan oleh TGNA. TV3 dan ASTRO AWANI sememangnya menyiarkan visual ucapan TGNA. Jadi masalah ini sebenarnya dicetuskan sendiri oleh TGNA selaku mursyidul Am PAS. Di mana resionalnya Nik Amar menyatakan kemelut yang berlaku ini dicetuskan oleh media? Demikian juga isu menantu TGNA...perkara ini asalnya dibangkitkan oleh Syed Azidi melalui bloknya 'KICKDEFELLA' kerana marah kepada Abdul Ariffahmi (menantu TGNA)kerana menyingkirkannya dari PMBK. Keseluruhan kes ini disiarkan dalam blog Syed Azidi...dan kes ini juga kes 'dalam kain PAS' Apabila berita dah tersiar di blog-blog, maka media cetak dan letronik mengambil peluang melaporkan berita yang sama. Apakah media membuat kesalahan apabila menyiarkan berita tersebut?

Masalah 'kedegilan' TGNA menerima nasihat dari YB Mahfuz Omar sekali lagi menelanjangkan PAS. Seperti biasa TGNA melontarkan 'kata-kata berbisa' terhadap Mahfuz. Subjeknya adalah masalah TGNA dengan Mahfuz...Media melaporkan berita...aleh-aleh media pulak yang dipersalahkan...? Mengapa selama ini media yang selalu melaporkan berita tentang pemimpin-pemimpin UMNO...tentang rasuah politik contohnya, tidak pula PAS menuduh media bersikap sedemikian. saya juga yakin, Nik Amar dan PAS pasti akan gembira apabila membaca berita-berita tentang keburukan UMNO. Namun apabila terjadi pada PAS, nampaknya dah jadi macam cacing kepanasan, menggelupur tak tentu hala...

Agaknya jika timbul lagi masalah dalaman PAS, siapa lagi akan menjadi mangsa 'kambing hitam' demi menutup kesilapan sendiri.Sudah terlalu kerap PAS meletakkan kesalah pada orang lain tanpa memikir dan muhasabah diri sendiri. Semasa tiada kuasa, sememangnya PAS dilihat bersih dari segala gejala yang buruk, kerana tiada apa yang nak di kritik,tiada projek itu dan ini, tiada siapa yang nak bagi rasuah...sebab tiada tugas dan kerja...Tetapi kini, setelah dua negeri ditadbir oleh PAS, dalam jangka masa pentadbiran yang begitu singkat...sudah banyak perkara yang dipersoalkan, termasuk rasuah dan salah guna kuasa yang dulunya mereka menuduh UMNO yang melakukan perkara tersebut. UMNO mentadbir negara sudah menjangkau angka 50 tahun...bayangkan betapa besarnya cabaran yang dihadapi, pelbagai masalah terpaksa diselesaikan...Kalaupun ada sedikit sebanyak masalah....sebagai sebuah parti yang besar dan sudah memerintah begitu lama ianya adalah lumrah. Langkah mengatasi sentaiasa dicari namun tidak sekali-kali menyalahkan orang lain...

Masalah akan terus berlaku... Syed Azidi tidak akan berhenti menulis akan kepincangan menantu TGNA dalam mengurus tadbir PMBK, kerana beliau telah menjadi 'mangsa' kepada menantu Menteri Besar. Kemelut akan terus berlaku...Agaknya sudah bersediakah Nik Amar mencari 'objek-objek lain' untuk diletakkan kepincangan-kepincangan yang akan dizahirkan...Kita tunggu dan lihat!

1 comment:

  1. lain kali kalau ada masalah dalaman dalam PAS..
    salahkan 'kambing putih'...ini tidak.. semua nak dijadikan 'kambing hitam'

    ReplyDelete