Monday, August 8, 2011

KRISTIANISASI: MEMANG WUJUD

Ekoran peristiwa serbuan JAIS ke atas sebuah gereja di Damansara beberapa hari lalu, maka terfikirlah kita betapa semakin kuatnya kristianisasi di Malaysia. Sebelum ini pun sudah banyak peritiwa yang dapat membuktikan usaha-usaha penganut kristian untuk memurtadkan umat Islam. Antara yang paling kecil ialah penggunaan 'kalimah Allah' yang nampaknya kemengangan berpihak kepada mereka. Kini, perjuangan mereka ke arah itu menjadi lebih mudah dengan adanya platform yang mereka bina. Platform politik yang terkenal sebagai 'Pakatan Rakyat'. Melalui pakatan inilah mereka memperolehi 'lesen'. Jika usaha mereka ini ditentang, Pakatan ini yang terdiri PKR dan PAS akan mempertahankan habis-habisan sebagaimana isu 'kalimah Allah', bacaan ayat2 suci al-Quran oleh bukan Islam, terjemahan hadith2 oleh bukan Islam secara kurang tepat dan rampasan arak di Selangor.
Saya sebenarnya amat tertarik apabila membaca tulisan Dr. Ridhuan Tee berkaitan kristianisasi. Berikut tulisan beliau:


Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus. Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.

Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?

Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.


Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.

Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.

Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.

Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.

Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.

Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.

Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.

Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan.


Dipetik dari blog Dr Ridhuan Tee - 'Awasi Dakyah Kristian'
Sama-samalah kita fikirkan...

Sunday, July 17, 2011

PAS TERTEWAS LAGI...! PAS SUDAH TIDAK berTELUR...PARTI PONDAN..!

Akhirnya PAS terpaksa berkorban lagi dalam isu 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan puasa di Kedah. PAS terpaksa akur dengan desakan yang dilakukan oleh DAP terutama pengerusinya Karpal Singh. Sebenarnya ini bukan lah kali pertama PAS terpaksa mengalah kepada desakan DAP. Setelah terpaksa mengorbankan dasar partinya sendiri dengan mengguggurkan 'negara Islam', kini sekali lagi masyarakat Malaysia meyaksikan peristawa 'pengorbanan suci' terhadap rakan kongsi rapatnya DAP yang diharapkan oleh PAS sama-sama untuk menegakkan Islam di negara ini.
Sudah acap kali PAS telah menjadikan agama Islam yg suci ini sebagai bahan ujiannya terhadap rakan kongsi baiknya DAP, namun setiap kali itulah PAS kalah. Lebih malang, Islam dibuat bahan tawar menawar oleh PAS. Kita ingin bertanya kepada PAS, mana 'semangat juang' yg dilaung-laungkan sebelum ini? Konsep yang PAS bawa kini 'berkorban untuk Islam' apakah sudah ditukar kepada 'Berkorban untuk DAP'? Apa yang kita nampak hanyalah 'Mengorbankan Islam untuk menjaga DAP' Kalau begitu memang dahsyatlah PAS sekarang ni....
Kita masih ingat apa yang dinyatakan oleh pemimpin2 UMNO, bahawa negara kita adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama yang memerlukan kesederhanaan, saling hormat menghormati antara kaum dan agama. Setelah sekian lama, PAS yang jauh ketinggalan nampaknya sudah mula menerima hakikat apa yang dibawa oleh UMNO selama ini betul. Seluruh rakyat Malaysia sedang menyaksikan bahawa PAS sudah mula menerima hakikat itu.
Seperkara lagi yang perlu kita tanya, apakah PAS boleh meneggakkan Islam bersama DAP? Islam yang cuba dilaksanakan oleh PAS di negeri majoritinya umat Islam, di bawah pentadbiran PAS pun DAP campur tangan...dan yang malangnya, DAP menang! PAS kalah dengan tuntutan DAP setiap kali DAP protes. Mana 'telur' PAS? atau sekadar cakap dan berslogan saja? Nampaknya PAS memang jadi juara hanya bila berdepan dengan rakan-rakan seagamanya dalam UMNO. UMNO dianggap seseolah 'kafir harbi' yang wajib diperangi dan dihapuskan sedangkan rakan DAP nya ditatang dengan penuh kasih sayang! PAS sudah lupa orang yang ditatang itu pernah melafazkan "langkah mayat saya dulu kalau nak laksanakan negara Islam" UMNO yang pernah menghulurkan tangan untuk berdamai di 'tampar' oleh PAS...PAS sekarang sudah tidak mengenali antara musuh dan rakan....PAS sudah benar-benar ditimpa penyakit perasan...Merasakan mereka sudah kuat...apatah lagi dikapit oleh PKR dan DAP...PAS tidak mencongak kekuatan yang dimiliki oleh UMNO. Suka dinyatakan bahawa sekiranya UMNO nak 'mati', sebenarnya ia sudah 'mati' pada pilihanraya ke 12. Namun hakikatnya ia tetap segar di hati orang Melayu....Pas perlu mengakui bahawa Datuk Najib kini sudah berjaya membawa kembali kekuatan UMNO...
Dan...setelah satu persatu PAS menggadaikan prinsipnya, maka kita bolehlah melebelkan PAS sebagai sebuah PARTI PONDAN, PENAKUT dan PENGECUT...dan kalau pun berani hanyalah berani dengan UMNO, sebuah parti yang seagama dengannya yang juga sebuah parti yang membela nasib anak bangsa yang beragama Islam! PAS sebenarnya parti PEMUSNAH!

Wednesday, July 6, 2011

BERSIH DAN MEMBERSIHKAN NIAT...

Tujuan utama perhimpunan bersih yang dijadualkan pada 9 Julai nanti adalah bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada YDP Agong. Umum mengetahui bahawa tuntutan yang dipohon adalah mengadakan pilihan raya bersih pada pilihan raya ke 13 nanti. Maka tuntutan tersebut sudah semestinya terhadap pihak SPR agar lebih telus dan memperbaiki kelemahan yang mungkin ada. Namun di sebalik tuntutan tersebut ada beberapa perkara yang menampakkan kepelikannya.
Pertama, orang yang beriya-iya benar nak menuntut pilihanraya bersih adalah Ambiga. Siapa Ambiga? dan kenapa Ambiga? Ambiga adalah seorang peguam dan bukannya seorang politikus yang utama. Maka siapa sebenarnya di belakang Ambiga? Mengapa pada peringkat awal tidak pula dijemput wakil-wakil dari parti pemerintah turut sama berbincang sebelum mengumumkan ingin mengadakan perhimpunan Bersih? Cuma selepas mengadap YDP Agong barulah 'offer' ini dibuka kepada parti komponan BN. Mengapa?
Kedua, Kenapa selepas Bersih 1 2007, Ambiga diberi peluang berbincang dan diberi penerangan oleh SPR tentang perkara-perkara yang dibangkitkan, Ambiga telah mengatakan bahawa dia telah berpuas hati. Kenapa pula isu ini dibangkitkan kembali oleh Ambiga yang dulunya mengakui sudah berpuas hati. Apakah ada agenda lain yang ingin dibawa? Pelik bin ajaib....!
Ketiga, Ambiga dan sekutunya ingin mengadap YDP Agong untuk menyerahkan memorandum.....Bukankah kelmarin sudah diberi perkenan untuk mengadap YDP Agong...? Serah sajalah apa yang ingin diserahkan....nyatakan segala yang terbuku....! Kenapa perlu adakan perhimpunan kalau sekadar ingin menyerahkan memorandum. Kalau tak....mestilah Ambiga 'Ada udang di sebalik mee'.....!
Apapun, kalau Ambiga dan konco2nya ingin juga mengadakan perhimpunan, silakan lah....tapi bertanggungjawablah di atas segala risiko yang bakal mengundang. Buatlah di Stadium Shah Alam yang agak jauh dari kesibukan bandar, lagipun untuk memudahkan urusan Ambiga dan juak-juaknya kerana di sana negeri diperintah oleh parti yang boleh mengikut telunjuk Ambiga...Selamat Menguruskan Risiko!

Thursday, June 30, 2011

HAK BERHIMPUN !

Bak kata Suhakam, Bersih mempunyai hak untuk berhimpun. Saya setuju. Tapi ada beberapa perkara yang perlu diketahui dan difikirkan...
1. Mengapa ingin berhimpun dan berkumpul dijalan-jalan raya dan tempat-tempat awam? Bukankan hak berhimpun boleh saja dilakukan di dalam stadium atau tempat2 yg lebih selamat dan tidak mengganggu lalu lintas, peniaga, harta awam dsb? mengapa...?!
2. Untuk tujuan apa perhimpunan itu diadakan? Menuntut pilihanraya bersih?. Katakan berjayalah diadakan perhimpunan bersih...jutaan orang hadir! Apakah matlamat untuk menuntut pilihanraya bersih akan tercapai? Apakah selepas saja perhimpunan bersih maka SPR pun tak tidur malam bekerja membaiki sistem pilihanraya selaras dengan tuntutan bersih...? Begitu ke?....
3. Kalau lah niat bersih nak menghantar memorendum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agung, apa perlunya berkumpul beramai-ramai sehingga menyusahkan banyak pihak, mengeluarkan modal yg besar semata-mata untuk tujuan itu, apakah tidak ada jalam lain? Kumpul saja tanda tangan....sejuta, dua juta dsb dan hantarlah memorandum tersebut....aman kan...!
4. Mengapa memilih lokasi di Kuala Lumpur?. Mengapa tidak dibuat saja di Kota Bharu atau Alor Star, atau di P. Pinang atau Shah Alam? Bukankah ianya lebih baik kerana negeri2 tersebut telah diperintah oleh parti yang menyokong perhimpunan bersih? Bukankah lebih mudah urusannya dan lebih ramai mendapat sokongan? Kenapa ibu negara?....
5. Tidakkah perhimpunan itu nanti akan melebarkan lagi perpecahan orang Melayu yang beragama Islam? Berdasarkan pengamatan saya yang berkebetulan berada di lokasi pada masa itu bersih 1 berjalan, 95% yang hadir adalah orang2 Melayu. Jadi, kalau yg akan hadir nanti penyokong2 PAS, keadilan....maka akan bertembung dengan patriot UMNO dan ditambah pula dengan PERKASA yang juga Melayu.....Bangsa mana yang akan bertepuk tangan dan mengambil kesempatan? bangsa apa...???
bagi saya, perhimpunan bersih adalah satu perhimpunan politik yang akan merugikan bangsa Melayu dan umat Islam. Bangsa lain telah berjaya memperkudakan bangsa kita! oleh itu sebelum terlambat....HINDARILAH PERHIMPUNAN BERSIH KERANA IA ADALAH PERHIMPUNAN HARAM PARTI POLITIK TERDESAK!!!!

Saturday, June 18, 2011

'KERAJAAN PERIHATIN' PUN BELUM LAYAK....









Saban hari PAS mencipta retorik politik. Terkini adalah 'negara berkebajikan'. Besar bunyinya manfaat untuk rakyat. Namun, di sebalik retorik tersebut PAS sebenarnya tiada persediaan selain buku jingga sebagai 'gula-gula' politik. PAS tidak ada persediaan ke arah itu.
Pada peringkat ini PAS tak payah bercakap pasal negara berkebajikan. Nak bercakap pasal 'kerajaan prihatin' pun belum layak. Apa tidaknya, banyak sekali bukti menunjukkan bahawa kerajaan PAS tidak perihatin terhadap rakyat. Di Kelantan contohnya, masalah air bersih sehingga ke hari ini belum selesai. Bukan setakat tak selesai malah bertambah. Terbaru, penduduk Ulu Kusial telah mengadakan protes terhadap Kerajaan PAS Kelantan yang meluluskan kawasan pembalakan di kawasan tadahan air yang menjadi nadi kehidupan rakyat setempat. Masalah pemotongan bekalan letrik kepada peniaga-peniaga Pasar MPKB pun gagal ditangani dengan baik. Selain itu masalah ladang rakyat saban hari diperkatakan.
Saya ingin menarik dua aspek yang paling kecil, berlaku dalam Majlis Perbandaran Kota Bharu sejak beberapa hari yang lepas. Pertama, apabila saya berhenti di satu kawasan perniagaan buah durian dan tembikai di Kg. Jambu Merah Melor, rata-rata peniaga buah-buahan bermusim itu merungut kerana menerima notis amaran dan terpaksa membayar RM 30 bagi satu gerai buah. Mereka yang kebanyakannya terdiri dari penduduk kampung yang 'kais pagi makan pagi' merasa terbeban kerana gerai-gerai tersebut hanyalah gerai durian yang sementara dan bermusim. Pendek kata mereka hanya berniaga pada musim buah. Sebahagian kecilnya adalah penjual etak dan air tebu.Sepatutnya sebagai sebuah kerajaan yang ingin mewujudkan sebuah 'Negara Berkebajikan', perkara ini tidak berlaku. Kalau nak pungut pun, sekadar RM 2.00 cukuplah....kerana mereka ini adalah golongan yang patut dibantu, bukan ditindas! Nampak sekali 'Negara Berkebajikan' hanyalah pada slogan.
Kedua, apabila sebuah kereta hampir terbakar di Pekan Peringat pada 18 Jun 2011 (sabtu), ramai yang cuba mendapatkan alat pemadam api yang tersangkut pada tiang-tiang dalam kedai tersebut namun hampa apabila kesemua alat tersebut gagal berfungsi. Ada di antara alat tersebut tidak ada tarikh selenggara. Maknanya tidak peduli langsung dengan tarikh luput. Saya tidak tahu siapa yg patut menyelenggara alat tersebut sama ada MPKB atau pihak bomba, namun apa pasti, pada alat tersebut ditulis 'HAK KERAJAAN'. Apa yang saya faham, kerajaan di Kelantan sekarang ialah Kerajaan PAS. Perkara sekecil itu pun gagal diberi perhatian, apatah lagi ingin mentadbir sebuah negara. Maknanya, kalau PAS dapat membina 'Kerajaan Prihatin' pun cukuplah....terlalu jauh untuk bercakap tentang 'negara berkebajikan'.....sungguh PAS tak layak!

Saturday, June 11, 2011

PENYOKONG PAS DAH PENING LALAT

Seronok menyaksikan perlawanan akhir piala FA yang menyaksikan Terengganu menang tipis 2-1 ke atas Kelantan. Perlawanan kedua-dua pasukan sangat menghiburkan dengan saling berbalas serangan. Tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana memberikan satu perlawanan yang baik dan bermutu walaupun masih ada ruang-ruang untuk dikomen. Namun di sebalik kemeriahan bola sepak negara kita, ada perkara yang patut diberi perhatian. Apa yang saya maksudkan ialah adanya penyokong2 PAS yang pening, tak tahu medan apa yang dia sedang duduk. Apa tidaknya, ada penyokong2 PAS yang mengibarkan bendera parti pada setiap perlawanan bola sepak khususnya di Kelantan dan tak terkecuali di Stadium Bukit Jalil.
Kenapa begitu bodoh sangat!, tak kan tak tau bahawa pentas itu adalah pentas sukan, medan bola sepak....bukannya pentas pilihan raya. Perkara ini sudah berlarutan seseolah adanya arahan dari pihak-pihak tertentu. Kalaupun tiada yang menyuruh, kenapa tiada larangan terhadap penyokong2nya yang membawa bendera parti. Tidak kah PAS sedar bahawa orang ramai terbahak-bahak sampai nak terburai urat perut menyaksikan gelagat penyokong PAS....? Ini lah wajah PAS, setiap masa penuh dengan agenda politik. Kehidupan mereka penuh dengan tipu daya politik!...Penyokong2nya berarak membawa bendera parti ke K. Lumpur, seseolah musim pilihan raya, menampakkan pada masyarakat bahawa parti ini adalah sebuah parti yang tolol, bahlul dan tongong...Apa tidaknya, tak tahu tempat nak berpolitik dan tak kira masa. Itulah sebabnya, musim anak2 perantauan yang pulang untuk berhari raya pun disambut dengan slogan2 dakyah PAS. Contohnya, hampir di setiap perkarangan pintu masjid ada spanduk 'Royalti adalah hak rakyat Kelantan', poster2 ceramah PAS dan gambar2 pemimpin PAS . Apakah cuma penyokong PAS saja yang balik berhari raya?. Bila masanya nak suruh mereka merapatkan ukhwah dan persaudaraan sesama muslim, kalau pada musim raya pun dok julang slogan parti....Bukankah persaudaraan itu suruhan Allah? Cukuplah... Islam jangan lagi di jadikan sebagai alat kosmetik. Cukuplah...PAS sudah banyak menjadi ejen pemecah belah masyarakat Islam di negara ini. Ini rialiti....tak siapa boleh sangkal
Berbalik kepada isu bendera PAS dalam stadium, sampai bila agaknya ia akan terus berlaku....Sebenarnya tak ramai pun....sebab ramai yang dah sedar, tak ada apa lagi yang istimewanya menyokong PAS selain untuk menggemukkan DAP... Sampai bila hijau dan putih KOSONG akan terus berkibar di tempat yang tak sepatutnya....Jika masih ada lagi, marilah kita lebelkan parti ini sebagai parti yang 'sesat akal' dan kurang siuman!

Tuesday, May 31, 2011

PAKAR EKONOMI PAKATAN RAKYAT LEMAH MATEMATIK

Sejak semalam blog pro pembangkang telah mula bekerja keras mendapatkan simpati rakyat atas kenaikan minima tarif elektrik. Biasalah...ini kerja pembangkang! Nak katakan penyokong pembangkang ni bodoh-bodoh blaka, nanti mereka marah pulak. Tapi hakikatnya mereka seseolah tidak tahu, tidak faham akan situasi harga gas petrol di pasaran dunia. Agak2nya kalau dalam kedaan sekarang ni, katakan negara ni diperintah oleh kerajaan PR, apakah tidak mungkin mereka menaikkan tarif elektrik ataupun petrol. Bijak sangatkah pakar-pakar ekonomi dalam PAS, DAP dan PKR? Kalau bijak sangat, nah....saya cabar agar negeri2 di bawah pemerintahan PR turunkan harga minyak dan tarif elektrik....! Turunkan juga barang-barang keperluan lain...selaras dengan manifesto PR dalam pilihan raya 2008 dulu..."NEGARA BERKEBAJIKAN". Kalau berjaya diturunkan..... hari ini juga saya isi borang dan berikrar menyokong PR dan akan turut berkempen membantu mereka. Tapi kalau sekadar nak meyalak sana sini menyatakan itu dan ini, sedang mereka juga 'galak' menikmati apa yang disubsidikan oleh kerajaan pusat...baik tak payah lah...

'Negara berkebajikan' nampaknya dah boleh ditukar kepada 'negara berkeBUNCITan'. Apa yg rakyat dapat melalui slogan ini..? Di Kedah, UUM terpaksa membayar RM 1.743 juta hanya utk cukai tanah...Hak pelajar2 utk belajar 'diperniagakan' oleh kerajaan PAS... Di Kelantan, tanah2 milik orang asli sejak turun temurun, bukan saja dinafikan dgn tidak memberikan geran, tetapi sebaliknya dirampas atas nama 'ladang rakyat'....Di tempat-tempat ceramah politik mereka, akan ada petugas khas memungut sejumlah wang dari rakyat yg hadir...seseolah 'Kerajaan meminta dari rakyat, bukannya rakyat dibantu oleh kerajaan...Pendek kata banyaklah kalau nak disebutkan...

Berkaitan kenaikan tarif elektrik sebenarnya sudah 'berbuih' diperjelaskan. Ianya bukan bertujuan untuk mendapat keuntungan tetapi untuk menampung kos operasi yang kian meningkat ekoran dari kenaikan harga bahan bakar di pasaran global. Takkan itupun pakar ekonomi PAS, DAP, PKR tak reti-reti nak faham. Kalau gitu lekeh sangat lah pakar ekonomi mereka....bayangkan kalau dapat memerintah negara nanti, apa kesan ke atas ekonomi...? Sebenarnya kayu pengukurnya sangat mudah.....tanya saja..., apakah Malaysia saja yang mengalami kenaikkan harga bahan bakar? apakah negara-negara lain tidak terlibat? Mana lebih tinggi harga petrol di Malaysia dibandingkan dengan negara-negara ASEAN yang lain termasuk Brunei yg merupakan pengeluar minyak di rantau ini? Janganlah jadi dungu sangatlah...bercakap biarlah rialistik! jangan cari pakar ekonomi yang lemah matematik....!