Sunday, February 7, 2010

NIK AZIZ, MORAL DAN IMEJ NEGARA...

Telah agak lama saya tidak menulis ekoran kerosakan talian telefon angkara vandalisme. Sampai kini pun saya menggunakan CC untuk melayari internet. Apa pun untuk menulis artikel-artikel politik di CC adalah kurang 'Ummmmmph!'

1. Saya baru saja selesai baca Harakahdaly milik PAS. Hampir setiap hari saya baca. Apa yang menari hari ini ialah berita yang berkaitan dengan laporan polis yang dibuat ke atas penulis blog jeffrydamien09.blogspot.com. Saudara jefrry telah 'menghasilkan karikator yang menggambarkan TGNA dan Anwar Ibrahim' dalam keadaan yang agak 'melucukan'. Ini telah menimbulkan kemarah pada TGNA dan konco2nya.

2. Saya masih ingat ketika era reformasi, bagaimana gambar2 Tun Mahathir dilukis berkepala babi, berbadan anjing dan bayak lagi, termasuk dilukis sebagai firaun. Dalam akhbar rasmi PAS, Harakah, terdapat gambar2 Mahathir dengan lukisan 'hidung panjang' apabila dikatakan Tun Mahathir berbohong. Zunar sebagai pelukis karikator tersebut. Pada waktu itu, Tun Mahathir tidak pun buat laporan polis!. Walau pun Mahathir bukan ulama', namun tahap kesabarannya nampak begitu tinggi. Tak kan pada Tun Mahathir, Dato' Najib, Khir Toyo yang dilukis dengan pelbagai karikator yang melambangkan kejijikan,halal dan boleh...tidak pula ditegur oleh TGNA, namun apabila keadaan yg sama menimpanya, terus buat laporan polis.

3. Nik Aziz memberi alasan bahawa blogger tersebut telah mencemarkan imej negara dan tidak melambangkan identiti masyarakat negara ini. “Sampai begitu sekali rakyat Malaysia sehingga tidak tahu halal haram serta nilai murni dan moral begitu rendah sekali,” ujarnya.
Persoalannya...apakah gambar-gambar yang dibuat oleh pengikut PAS ini bermoral dan menaikkan imej negara..?
Masih terdapat jutaan gambar2 yg memburukkan pemimpin UMNO. Apakah ini bermoral?