Tuesday, March 2, 2010

DEBAT UMNO-PAS DALAM BLOG...

HUJAH 1

Salam buat John..
Bolehkah Islam tertegak melalui politik semata2?. Pertanyaan ini sengaja dilontarkan kerana nmpaknya PAS beriya-iya benar mengatakan ianya memperjuangkan Islam. Pada kami, Pas dengan jelas menggunakan Islam bg tujuan politik, lps tu canang kpd rakyat kononnya tak boleh pisah Islam dgn politik. Kita setuju Islam mmg tidak boleh dipisahkan dgn politik sbb dlm kehidupan, mmg tak dpt lari dari politik spt dlm nikah kahwin, jual beli dsbnya kena ada politik. Tapi nak royak ko John dan sekutunya, boleh kita pisahkan Islam dgn PARTI politik. Maknanya kalau pisahkan PAS dgn Islam tak ada masalah!. Di Thailand tak ada pun PAS, di Singapura tak ada pun PAS malah di Mekah sndiri pun tak ada pun PAS...Apakah org di Mekah telah memisahkan politik dgn Islam?
John,
PAS tak payah cakap banyak...PAS tidak ikhlas perjuangkan Islam, hanya nk menggunakan Islam utk tujuan politik semata2. ..Buktinya:
Islam tertegak atas empat syariat yg asas iaitu ibadah,muamalat, munakahat dan jinayat. Kita boleh tanya PAS, mengapa hanya ranting dari bab jinayat yg di perjuangkan habis-habisan, sdgkan bab-bab lain yg tiga lagi ditinggalkan. Ada kah John pernah melihat pada kain-kain rentang PAS yg berbunyi " Ceramah PAS: Tajuk: Bab jual beli, sila hadir beramai-ramai" atau " Ceramah PAS, Tajuk: Bab nikah kawin. Semua dijemput hadir" Kalaupun ada, hanya menggunakan taklid iaitu spt: "Ceramah Mulidur-rasul. Sila hadir beramai2", tapi isinya adalah ceramah politik PAS. Yang lain, memang tak ada, yg ada hanyalah ceramah2 politik! Saya ulang pertanyaan, Apakah Islam ini akan tertegak dengan hanya memperjuangkan bab politik sahaja dan meninggalkan bab-bab lain yang berkali ganda luasnya?. Janganlah menunjukkan hanya kita saja yg alim. Orang di luar PAS seseolah semuanya bodoh...cubalah belajar bertawadhuk. Jangan ego dan ria'. Tuhan marah John...Dalam UMNO, ada yg baik dan ada yg buruk. Demikian juga dalam PAS. Mustahil semuanya 'perfect'. Individu pun begitu...di celah2 kejahatan akan ada jg yg baiknya. Ambillah yg baik, jgn tolak semua walaupun kita benci pd nya. Belajarlah jd org bersyukur, bukan org yg sentiasa menghina...sy selalu mengikuti komen2 John...semuanya negetif...Tak betul tu. TGNA pun sy hormati kerana ada kebaikan yg dibawa olehnya. Yg buruk pun ada juga...tp apakah yg buruk itu nk ditimbulkan. Demikian juga pemimpin2 negara yg lain. Berlapang dada lah wahai saudara! wassalam
February 24, 2010 9:27 AM

JAWAPAN PENYOKONG PAS

Anom February 24, 2010 9:27 AM, .. Ini satu lagi aktivis ideologi sekular... agama suku... politik suku......

Islam---> addin wa siasah ----> daulah Islamiyyah ----> khalifah Islamiyyah ( salah satu sunnah Rasul SAW, diwarisi kepada para khulafa' arrasyidin & Imamu ssolehin, imamul adil..... ) ....

Apa guna Saidina Abu bakar, Umar, Osman, Ali, dll ... jadi khalifah kalu tidak kena mengena dengan Islam atau syariat Allah atau sunnah Rasul?

Cuma hari ini... perjuangan politik Islam perlu wadah baru ... dalam konteks demokrasi semasa... mako perlu parti politik! Kalu dinegara2 arab, patani, india, pakistan, iran dll ... ada parti politk Islam masing2.... walaupun tidak nama PAS.... bagi Malaysia untuk masa kini... ada beberapa parti politik Islam, ... antara lain yang menonjol adalah PAS. Mako ramai pejuang & aktivis Islam dokongi PAS.... mungkin satu masa ada parti lain yang lebih mantap dari PAS dalam perjuangan Islam, kita ikut parti itu pulok!... parti hanya satu wadah saja... yang maududnya (pokoknya) adalah perjuangan politik Islam... ini tanggungjawab semua umat Islam diseluruh dunia....

Kerana menganut ajaran ideolologi pemisahan Islam @ agama dengan politik inilah umat Islam seluruh dunia dikuasai oleh puak2 Sekular yang berkiblatkan Zionis, Kapitalis /imperialis USA, Kolonialis Barat, .......

February 24, 2010 9:48 PM


JAWAPAN PENYOKONG UMNO

salam buat anom February 24, 2010 9:48 PM

Anda tak faham statment yg saya buat. Jangan guna kepala lutut utk berfikir! Apa yg saya katakan bahawa kita tidak boleh memisahkan politik dengan Islam, tapi memisahkan parti politik dgn Islam mmg boleh. Dalam kehidupan, politik sangat penting dan sy bagi contoh spt dlm nikah kahwin, jual beli yg semuanya ada politik di dalamnya. Bagaimana nak menjadikan beras menjadi nasi, hendaklah ada kaedah yg tertentu iaitu menggunakan api utk menjadikan ianya masak. Ini sebahagian dari politik (sekadar contoh mudah). Inilah sebahagian konsep politik di dalam Islam. Jangan sekali-kali menyempitkan konsep politik. Saya nak tlg bagi tahu, tidak pernah ada politik kepartian di zaman Rasulullah SAW. Maknanya tidaklah ada pilihanraya. Cuba baca sirah rasulullah, tidak pernah ada pengundian pada zaman baginda. Saya cabar anda...tunjukkan kpd sy Parti apa yg ada pd zaman rasulullah?. Dalam al-Quran disebut hanya perkataan 'hisbullah' disebut dua kali iaitu dalam surah al-mujadalah ayat 22 dan at-taubah ayat 56, tetapi tidak membawa mksud kepartian. Saudara perlu faham dan jgn jadi ahli taklid semata-mata.

kedua, saya menyatakan bahawa kita boleh memisahkan 'parti PAS' daripada Islam. maknanya memisahkan parti daripada Islam tidak berdosa. Kalau berdosa memisahkan parti PAS daripada Islam, bagaimana dgn org2 yg tinggal di Pakistan, di Mesir, di Brunei malah di Mekah? Alangkan berdosanya mereka krn di sana tidak wujud pun parti PAS! Apakah saudara ingin MEWAJIBKAN semua org patuh dan taat kpd parti PAS dan kalau tak pilih PAS bermakna seseorang itu berdosa? Saya harap saudara jgn terkeliru antara parti politik dgn Islam. Saya tegaskan sekali lagi. PAS itu PARTI POLITIK manakala ISLAM itu adalah AGAMA yg suci. Untuk menjadi ahli PAS perlu mendaftar, ttapi untuk menjadi Islam seseorg perlu mengucap dan menerima syariat Islam. Apakah saudara ingin menyamakan antara agama dan parti?,

ketiga, (tambahan) Oleh kerana saudara begitu keliru dgn konsep dan istilah politik...maka perbandingan yg dibuat juga terlalu keliru!. Contoh: Kalau kita membandingkan seekor kucing, hendaklah kita bandingkan sesama kucing, spt kucing hitam dengan kucing putih...jangan sekali-kali kita bandingkan kucing dengan lembu...untuk mempelihatkan kecantikan kucing, maka kita bandingkan kucing tersebut dengan lembu. Sangat tidak tepat! kalau kita banding juga menampakkan keBODOHan kita. Analogi sy tadi boleh difahamkan begini: PAS tidak membandingkan partinya dengan UMNO, terlalu jarang...yg PAS selalu bandingkan ialah UMNO dengan ISLAM. Hasilnya PAS akan canangkan kpd masy bahawa UMNO tak selari dgn Islam. Mmg takkan sama...UMNO mmg mempunyai beribu kelemahan, kerana ianya ciptaan manusia, berbanding Islam yg diturunkan oleh nabi. Demikian juga PAS, jika dibandingjkan dengan Islam, mmg takkan sama...PAS juga mempunyai beribu2 kelemahan kerana PAS bukan agama!...Jd jgnlah keliru permainan politik! Kalau saudara keliru, akibatnya jadilah sembahyang dua imam di trengganu pada tahun2 80an, menikah 2 imam, darah org UMNO adalah halal! dan pelbagai lagi. salam buat anom February 24, 2010 9:48 PM

Perlu diingat!...PAS juga telah terang-terangan menolak isi Al-Quran. Perpaduan yg sgt dianjurkan oleh Allah,dijempt dan diulang berkali-kali oleh UMNO diketepikan begitu saja, sebaliknya mengambil org bukan Islam sebagai sahabat. PAS lebih memilih kepentingan parti melebihi kepentingan agama. Mana nas yg membenarkan begitu...?
Dalam Al-Quran Allah berfirman:

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Anfal, ayat 61).

Jelaslah bahwa Islam adalah agama perdamaian, Islam tidak menghendaki kehancuran yang diakibatkan pertikaian, pertentangan dan peperangan. Karena itulah menjadi kewajiban kita sesama muslim untuk senantiasa memelihara perdamaian, membina persatuan dan kesatuan ummat (QS. Al Ahzab (33) : 70-71).


dan banyak lagi...
hadith2 pula:
"Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

"Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri ".

dan banyak lagi...

Akhirnya, janganlah menunjuk-nunjuk yg hanya kita yg tahu dan pandai...sedarlah bahawa dosa itu tidak dikira atas dasar parti politik, tapi atas dasar niat dan amalan. Fikir dua tiga kali!


JAWAPAN PENYOKONG PAS

Anom February 26, 2010 9:45 PM kata ... "Anda tak faham statment yg saya buat. Jangan guna kepala lutut utk berfikir! Apa yg saya katakan bahawa kita tidak boleh memisahkan politik dengan Islam, tapi memisahkan parti politik dgn Islam mmg boleh." ....

MEMANG SOHIH, PEMIKIRAN ANOM INI... SEKULAR... UMUM TELAH MAKLUM ... BILA MEMISAHKAN POLITIK DENGAN ISLAM, MAKA SEKULARLAH IA. MAKA TEORI ANOM INI CUBA MEMISAHKAN PARTI DENGAN ISLAM, BOLEH. TAPI DIA TERLUPA PULAK BILA PARTI TERPISAH DARI ISLAM, MAKA TERPISAH LAH POLITIK DARI ISLAM! DENGAN KATA LAIN PARTI TERPISAH DARI POLITIK PULA.....

WAHAI Anom February 26, 2010 9:45 PM yang terasa dirinya amat bijaksana tu, MU SEBUT MANA DIA PARTI POLITIK DIMALAYSIA YANG TIADA AGENDA POLITIK DIDALAM.... UMNO kah? PAS kah? BERJASA kah? HAMIM kah? ..... seingat aku.. "parti ubi kayu" atau "parti sagu" saja yang tiada politik didalamnya..... mu pangkahlah parti tu nanti... hehehe.... Aku tetap pangkah parti yang ada "politik Islam" didalamnya... aku niat pangkah pilih ketua kerajaan/imam negara ni satu ibadah! Aku pangkah pemimpin2 yang beriman, soleh dan adil.... atau sokong pemimpin2 bukan Islam yang bersekutu dengan pemimpin2 muttaqin ( aku ambil hujjah sunnah- seperti nabi pertahana kabilah2 bukan Islam yang bersekutu dengan beliau dari segi strategi politik...) .... Aku pohon redha Allah bukan yang lain...... Aku harap mu kaji dalam2... kerana mu berfikiran tinggi tidak seperti aku yang mu kata berfikir dengan kepala lutut nih... heh..heh..heh..

Anom February 26, 2010 9:45 PM kata lagi ... "kedua, saya menyatakan bahawa kita boleh memisahkan 'parti PAS' daripada Islam. maknanya memisahkan parti daripada Islam tidak berdosa." ... idea tinggi anom ini.... kalunok pisahkan dari Islam ... maka PAS mungkin akan jadi PKKS=parti kristian katolik semalaysia.... @ PHS=parti hadari semalaysia @ P1MS=parti 1Malaysia....hehehe... baru tenag hati anom nii... UMNO bagi anom ni tak kesah la kerana terang2 tak sebutkan namanya dengan Bahasa Melayu atau perkataan Islam didalam namanya...... umno memang pewaris penjajah inggeris.. hahaha.. bijak2..

Anom February 26, 2010 9:46 PM kata lagi ... "Perlu diingat!...PAS juga telah terang-terangan menolak isi Al-Quran. Perpaduan yg sgt dianjurkan oleh Allah,dijempt dan diulang berkali-kali oleh UMNO diketepikan begitu saja, sebaliknya mengambil org bukan Islam sebagai sahabat. PAS lebih memilih kepentingan parti melebihi kepentingan agama. Mana nas yg membenarkan begitu...?"

MU PASTIKOH UMNO TU 100% AHLINYA & PRINSIP PARTINYA IKUT ALQURAN & HADIST? SAMPAI MENOLAK UMNO MU KATO MACAM MENOLAK ALQURAN &ALHADIST RASULULLAH? MU PASTKAH UMNO MENGAJAK "PERPADUANG" DENGAN PAS UNTUK KEMBALI KEPADA SELURUH AJARAN ISLAM YANG BERPANDUKAN ALQURAN & ALHADIST? ATAU MU PASTIKAH PAS BERSAHABAT DENGAN PARTI BUKAN ISLAM ITU DILAKU DENGAN CARA YANG TIDAK SYARIE SEPERTI PUOK2 UMNO BUAT SEBELUM INI? ATAU MU PASTIKAH DALAM DAP & PKR TIADA SEORANG PUN ORANG ISLAM/ MELAYU SEPERTI MU .... SEHINGGA HARAM BERBAIK DENGAN MEREKA? MU PASTIKAH BAHAWA ORANG2 ISLAM DALAM UMNO LEBIH BAIK & MULIA DARI ORANG2 MELAYU/ISLAM DALAM DAP, PKR, PAS ...SEHINGGA MEREKA SETENGAHNYA DILAYAN BAGAIKAN KUCING KURAP OLEH PEMIMPIN/PUAK2 SEKULAR ASSOBIYYAH UMNO...?

Anom February 26, 2010 9:45PM & 9:46 PM Aku harap mu kaji dalam2... kerana mu berfikiran tinggi tidak seperti aku yang mu kata berfikir dengan kepala lutut nih... heh..heh..heh..Anom February 26, 2010 9:45 PM & 9:46 PM ..... Aku raso mu bercakap pun tunggang terbalik hujjah mu sendiri... sekali mu kata "pisahkan Parti dengan Islam" ... kemudian mu kata PAS tak mau perpaduang dengan UMNO demiIslam .... bermakna mu akui yang PAS tu parti Islam pulok..... jenis mu ni tak boleh jadi pasukan perunding bagi pihak negara.. kerana boleh jual negara sebab orang lain senang lipat hujjah kontang dan songsang mu nih....

Aku memang tak berapa gheti jugak bab politik Islam ni... tapi dalam bodo2 aku ni la .... setakat hari la... aku tak nampak UMNO lebih baik Islamnya dari PAS..... atau UMNO lebih baik Islam dari PKR .... bahkan ramai tok2 alim/ ilmuan Islam dalam PKR lebih hebat, strategik & berkesan dakwah mereka kepada masyarakat plural di Malaysia hari ni...

Anom February 26, 2010 9:45PM & 9:46 PM Aku harap mu kaji dalam2... kerana mu berfikiran tinggi tidak seperti aku yang mu kata berfikir dengan kepala lutut nih... heh..heh..heh..

February 27, 2010 9:58 AM


JAWAPAN PENYOKONG UMNO


anom February 27, 2010 9:51 AM
dan anom February 27, 2010 9:58 AM..
anda adalah lambang politik keras keng..anda tidak cuba faham dulu apa yg dihujahkan. Tak baca smpai habis apa yg saya tulis. Cuba perhatikan...

1. Apa yg saya tulis begini:

"Apa yg saya katakan bahawa kita TIDAK boleh memisahkan politik dengan Islam, tapi memisahkan PARTI politik dgn Islam mmg boleh".

yg dia jwb begini:

MEMANG SOHIH, PEMIKIRAN ANOM INI... SEKULAR... UMUM TELAH MAKLUM ... BILA MEMISAHKAN POLITIK DENGAN ISLAM, MAKA SEKULARLAH IA. MAKA TEORI ANOM INI CUBA MEMISAHKAN PARTI DENGAN ISLAM, BOLEH. TAPI DIA TERLUPA PULAK BILA PARTI TERPISAH DARI ISLAM, MAKA TERPISAH LAH POLITIK DARI ISLAM! DENGAN KATA LAIN PARTI TERPISAH DARI POLITIK PULA.....

-nmpak sangat penulis ni dangkal pemikirannya, sbb dgn jelas sy katakan BAHAWA kita TIDAK BOLEH memisahkan politik dari Islam. Anda telah meyempitkan konsep politik. Ini tak lain kerana ajaran yg diterima adalah kurang tepat. Cukup sy jwb dgn pertanyaan ini...
a. Apakah politik itu hanya pada pilihanraya? Apakah Islam tidak mengajar politik dalam bab-bab yg lain, perkara-perkara yg lain spt yg sy contohkan. Dlam jual beli ada politik, dlm nikah kahwin ada politik dan sebagainya... maka politik dengan Islam mmg tidak dpt dipisahkan. Tetapi yg sy hujahkan ialah PARTI dengan Islam...memang boleh terpisah. PARTI tidak datang sekali dengan Islam. Berbeza dengan politik yg datang bersama Islam... jadi, nampaknya tak faham sangat lg ttg Islam bila anom menulis begini:
”TAPI DIA TERLUPA PULAK BILA PARTI TERPISAH DARI ISLAM, MAKA TERPISAH LAH POLITIK DARI ISLAM! DENGAN KATA LAIN PARTI TERPISAH DARI POLITIK PULA..... ”

Anom telah menyempitkan konsep politik dalam Islam. Pada dia, politik hanyalah dalam pilihanraya...politik kepartian...Apakah zaman Tok Kenali dulu sudah ada PARTI PAS, UMNO, PKR, DAP dsb..? UMNO ditubuhkan tahun 1946, PAS tahun 1951 sedangkan Tok Kenali hidup lebih awal dari itu. Bagaimana hukumnya Tok Kenali yg tidak pun sempat masuk mana-mana parti? Apakah Tok Kenali tidak berpolitik?. Jawapannya, Tok Kenali juga berpolitik, tetapi tidaklah politik kePARTian...Ini jelas menunjukkan bahawa politik itu BUKAN dengan hanya menganggotai mana-mana parti politik atau mengundi dlm pilihanraya. Konsep politik ini sangat luas dan mencakupi semua bidang dalam Islam...Jelas hujah saya...bahawa PARTI politik boleh dipisahkan dari Islam! , yg tidak boleh pisah ialah politik dgn Islam...Ianya berjalan serentak...

b. Kalau fahaman anda bahawa politik hanya ada pada parti politik dalam pilihanraya, apakah ada pilihanraya pada zaman Rasulullah? Kalau ada, tolong bagi tahu saya, Parti apa yg bertanding?

c. Masih dalam ungkapan ini...

"TAPI DIA TERLUPA PULAK BILA PARTI TERPISAH DARI ISLAM, MAKA TERPISAH LAH POLITIK DARI ISLAM! DENGAN KATA LAIN PARTI TERPISAH DARI POLITIK PULA....."

Saya tanya...PARTI apa tu..? Sampaikan bila terpisah PARTI dari Islam maka seseorang jadi sekular?. Apakah memisahkan PAS dari Islam kita akan jadi sekular? Siapa yg tubuhkan PAS? apakah ianya seorg nabi? Kalau kita tidak boleh memisahkan PARTI politik dari Islam, maka sama juga kita tidak boleh memisahkan UMNO, DAP, PKR dll dari Islam, kerana semuanya setaraf dgn PAS iaitu ianya juga sebuah PARTI POLITIK...Kalau dikatakan bahawa kita tidak boleh memisahkan PAS dari Islam, maka sama juga kita tidak boleh memisahkan DAP dari Islam...kerana DAP adalah rakan kongsi kpd PAS. Demikian juga kalau dikatakan bahawa kita mesti memilih PAS kerana ianya membawa ideologi Islam, bagaimana dengan kawasan yg tidak diwakili PAS tetapi diwakili oleh DAP? apakah kita mengatakan bahawa ianya mendokong idelogi Islam? Sedangkan pernah Mursyidul Am PAS mengharamkan umat Islam mengundi bukan Islam...Macam mana ni?...Nampaknya cukup keliru...! "The world of contrast"...Apa nak kata lagi..kecuali ungkapan arab yg berbunyi 'Tahaluf Siyasi', satu ungkapan yg nak mengHALALkan apa yg pernah di HARAMkan oleh mereka sendiri...'Tahaluf Siyasi' sndri pun masih khilaf dan yg khilaf inilah dijadikan sumber hukum oleh PAS. Pada saya, 'tahaluf siyasi' yg PAS buat sebenarnya bukan ditegakkan atas dasar Islam, malah mereka telah mengorbankan Islam dengannya! Contoh, selepas pilihan raya ke 12, lima buah negeri telah mereka menangi, dapat dilihat spt Di P. PINANG, PAS langsung tidak dapat bersuara kerana diperintah oleh parti kufur. Namun mereka tetap menyokong parti kufur ini kerana tahaluf. Aneh!. Begitu juga di Perak, suara mereka tenggelam terus, hanya Nizar digunakan untuk mengelabui mata PAS. Di Selangor, baru beberapa hri menang, sudah ada larangan azan. Arak yg dirampas oleh Hassan Ali terpaksa dipulangkan semula....Tahluf Siyasi?

2. Saya juga menulis begini...

"Dalam UMNO, ada yg baik dan ada yg buruk. Demikian juga dalam PAS. Mustahil semuanya 'perfect'. Individu pun begitu...di celah2 kejahatan akan ada jg yg baiknya. Ambillah yg baik, jgn tolak semua walaupun kita benci pd nya. Belajarlah jd org bersyukur, bukan org yg sentiasa menghina..."

Tengok betapa jwpan anom ni begitu bengong sekali...

MU PASTIKOH UMNO TU 100% AHLINYA & PRINSIP PARTINYA IKUT ALQURAN & HADIST? SAMPAI MENOLAK UMNO MU KATO MACAM MENOLAK ALQURAN &ALHADIST RASULULLAH?

Sedangkan apa yg hujahkan bahawa, PAS sering munuduh UMNO menolak Islam...dan mereka sendiri tidak sedar bahawa mereka juga telah membelakangkan Al-Quran... tengok tulisan saya...

"Perlu diingat!...PAS juga telah terang-terangan menolak isi Al-Quran. Perpaduan yg sgt dianjurkan oleh Allah,dijempt dan diulang berkali-kali oleh UMNO diketepikan begitu saja, sebaliknya mengambil org bukan Islam sebagai sahabat. PAS lebih memilih kepentingan parti melebihi kepentingan agama. Mana nas yg membenarkan begitu...?"
(Saya juga telah mengambil ayat2 Al-Quran sebagai contoh...)

3. anom ni tanya lagi...

"SAMPAI MENOLAK UMNO MU KATO MACAM MENOLAK ALQURAN &ALHADIST RASULULLAH?"

Tolong jawab...mana statement yg saya kata begitu?... Ni statement yg mu reka sendiri. Saya tak pernah tulis begitu....Faham mmolek! Kalau nak berhujah, biar secara ilmiah, baru nmpk kita ni cerdik...kalau kurang cerdik, jangan berhujah!

Anom.... anda jgn keliru dengan permainan politik. Kadang-kadang anda telah terperap dgn jerat syaitan, membelakangkan ajaran Islam... Persaudaraan Islam adalah melebihi kepentingan politik. Ketahuilah bahawa sistem politik di Malaysia bukanlah dari sistem Islam, ianya dibawa oleh barat. Anda tersalah masuk gelanggang...gelanggang dakwah adalah lebih jauh dan luas medannya bagi tujuan menegakkan Islam. Kalau anda menganggap orang UMNO adalah musuh utama yg perlu ditentang, anda silap...Orang UMNO juga adalah orang Islam dan bermatlamatkan Islam...cuma caranya adalah berbeza dan tidak sekali-kali diberi label ’Islam’. Ada hikmahnya...

4. Untuk pengetahuan anom ni.., sistem politik di Malaysia adalah diwarisi dari penjajah, kerana telah ditakdirkan oleh Allah kita terjajah oleh Barat. Mana-mana calon yg ingin bertanding dalam pilihanraya hendaklah terlebih dahulu membayar ’ wang petaruhan’. Tidak ada siapa pun yg boleh menafikan bahawa ini adalah judi!...Kalau menang, boleh dapat balik, kalau kalah...wang tersebut hangus...Takrif judi adalah ’mempertaruhkan dua petaruhan’. Macam mana Islam nak ditegakkan melalui sistem judi. Dalam kaedah Islam, matlamat tidak menghalalkan cara. Anda ingin perjuangkan Islam dalam satu sistem yg kotor umpama anda telah memasukkan sebiji kek yg sedap ke dalam sebiji pinggan yang berulat! Mungkin timbul persoalan, mengapa sistem ini tidak dihapuskan?. Jawapan yg panjuang lebar mmg boleh diberi, tapi cukup sy tanya, berapa kali PAS membawa usul ini ke Parlimen...tak pernah pun!.

Kadang-kadang malas nak berhujah dgn org PAS. Mereka hanya bertaklid tanpa membuat kajian dan rujukan...kalau nak jawab memang banyak lagi sy boleh jwb...tapi tulisan anom ni pun tidak lah menggambarkan tulisan yg ilmiah, hanyalah ammarah...pakai hentam jer... Tak larat nak layan!

Wassalam.

-DIPETIK DARI:

http://melikapakjangak.blogspot.com/