Thursday, June 30, 2011

HAK BERHIMPUN !

Bak kata Suhakam, Bersih mempunyai hak untuk berhimpun. Saya setuju. Tapi ada beberapa perkara yang perlu diketahui dan difikirkan...
1. Mengapa ingin berhimpun dan berkumpul dijalan-jalan raya dan tempat-tempat awam? Bukankan hak berhimpun boleh saja dilakukan di dalam stadium atau tempat2 yg lebih selamat dan tidak mengganggu lalu lintas, peniaga, harta awam dsb? mengapa...?!
2. Untuk tujuan apa perhimpunan itu diadakan? Menuntut pilihanraya bersih?. Katakan berjayalah diadakan perhimpunan bersih...jutaan orang hadir! Apakah matlamat untuk menuntut pilihanraya bersih akan tercapai? Apakah selepas saja perhimpunan bersih maka SPR pun tak tidur malam bekerja membaiki sistem pilihanraya selaras dengan tuntutan bersih...? Begitu ke?....
3. Kalau lah niat bersih nak menghantar memorendum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agung, apa perlunya berkumpul beramai-ramai sehingga menyusahkan banyak pihak, mengeluarkan modal yg besar semata-mata untuk tujuan itu, apakah tidak ada jalam lain? Kumpul saja tanda tangan....sejuta, dua juta dsb dan hantarlah memorandum tersebut....aman kan...!
4. Mengapa memilih lokasi di Kuala Lumpur?. Mengapa tidak dibuat saja di Kota Bharu atau Alor Star, atau di P. Pinang atau Shah Alam? Bukankah ianya lebih baik kerana negeri2 tersebut telah diperintah oleh parti yang menyokong perhimpunan bersih? Bukankah lebih mudah urusannya dan lebih ramai mendapat sokongan? Kenapa ibu negara?....
5. Tidakkah perhimpunan itu nanti akan melebarkan lagi perpecahan orang Melayu yang beragama Islam? Berdasarkan pengamatan saya yang berkebetulan berada di lokasi pada masa itu bersih 1 berjalan, 95% yang hadir adalah orang2 Melayu. Jadi, kalau yg akan hadir nanti penyokong2 PAS, keadilan....maka akan bertembung dengan patriot UMNO dan ditambah pula dengan PERKASA yang juga Melayu.....Bangsa mana yang akan bertepuk tangan dan mengambil kesempatan? bangsa apa...???
bagi saya, perhimpunan bersih adalah satu perhimpunan politik yang akan merugikan bangsa Melayu dan umat Islam. Bangsa lain telah berjaya memperkudakan bangsa kita! oleh itu sebelum terlambat....HINDARILAH PERHIMPUNAN BERSIH KERANA IA ADALAH PERHIMPUNAN HARAM PARTI POLITIK TERDESAK!!!!

Saturday, June 18, 2011

'KERAJAAN PERIHATIN' PUN BELUM LAYAK....









Saban hari PAS mencipta retorik politik. Terkini adalah 'negara berkebajikan'. Besar bunyinya manfaat untuk rakyat. Namun, di sebalik retorik tersebut PAS sebenarnya tiada persediaan selain buku jingga sebagai 'gula-gula' politik. PAS tidak ada persediaan ke arah itu.
Pada peringkat ini PAS tak payah bercakap pasal negara berkebajikan. Nak bercakap pasal 'kerajaan prihatin' pun belum layak. Apa tidaknya, banyak sekali bukti menunjukkan bahawa kerajaan PAS tidak perihatin terhadap rakyat. Di Kelantan contohnya, masalah air bersih sehingga ke hari ini belum selesai. Bukan setakat tak selesai malah bertambah. Terbaru, penduduk Ulu Kusial telah mengadakan protes terhadap Kerajaan PAS Kelantan yang meluluskan kawasan pembalakan di kawasan tadahan air yang menjadi nadi kehidupan rakyat setempat. Masalah pemotongan bekalan letrik kepada peniaga-peniaga Pasar MPKB pun gagal ditangani dengan baik. Selain itu masalah ladang rakyat saban hari diperkatakan.
Saya ingin menarik dua aspek yang paling kecil, berlaku dalam Majlis Perbandaran Kota Bharu sejak beberapa hari yang lepas. Pertama, apabila saya berhenti di satu kawasan perniagaan buah durian dan tembikai di Kg. Jambu Merah Melor, rata-rata peniaga buah-buahan bermusim itu merungut kerana menerima notis amaran dan terpaksa membayar RM 30 bagi satu gerai buah. Mereka yang kebanyakannya terdiri dari penduduk kampung yang 'kais pagi makan pagi' merasa terbeban kerana gerai-gerai tersebut hanyalah gerai durian yang sementara dan bermusim. Pendek kata mereka hanya berniaga pada musim buah. Sebahagian kecilnya adalah penjual etak dan air tebu.Sepatutnya sebagai sebuah kerajaan yang ingin mewujudkan sebuah 'Negara Berkebajikan', perkara ini tidak berlaku. Kalau nak pungut pun, sekadar RM 2.00 cukuplah....kerana mereka ini adalah golongan yang patut dibantu, bukan ditindas! Nampak sekali 'Negara Berkebajikan' hanyalah pada slogan.
Kedua, apabila sebuah kereta hampir terbakar di Pekan Peringat pada 18 Jun 2011 (sabtu), ramai yang cuba mendapatkan alat pemadam api yang tersangkut pada tiang-tiang dalam kedai tersebut namun hampa apabila kesemua alat tersebut gagal berfungsi. Ada di antara alat tersebut tidak ada tarikh selenggara. Maknanya tidak peduli langsung dengan tarikh luput. Saya tidak tahu siapa yg patut menyelenggara alat tersebut sama ada MPKB atau pihak bomba, namun apa pasti, pada alat tersebut ditulis 'HAK KERAJAAN'. Apa yang saya faham, kerajaan di Kelantan sekarang ialah Kerajaan PAS. Perkara sekecil itu pun gagal diberi perhatian, apatah lagi ingin mentadbir sebuah negara. Maknanya, kalau PAS dapat membina 'Kerajaan Prihatin' pun cukuplah....terlalu jauh untuk bercakap tentang 'negara berkebajikan'.....sungguh PAS tak layak!

Saturday, June 11, 2011

PENYOKONG PAS DAH PENING LALAT

Seronok menyaksikan perlawanan akhir piala FA yang menyaksikan Terengganu menang tipis 2-1 ke atas Kelantan. Perlawanan kedua-dua pasukan sangat menghiburkan dengan saling berbalas serangan. Tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana memberikan satu perlawanan yang baik dan bermutu walaupun masih ada ruang-ruang untuk dikomen. Namun di sebalik kemeriahan bola sepak negara kita, ada perkara yang patut diberi perhatian. Apa yang saya maksudkan ialah adanya penyokong2 PAS yang pening, tak tahu medan apa yang dia sedang duduk. Apa tidaknya, ada penyokong2 PAS yang mengibarkan bendera parti pada setiap perlawanan bola sepak khususnya di Kelantan dan tak terkecuali di Stadium Bukit Jalil.
Kenapa begitu bodoh sangat!, tak kan tak tau bahawa pentas itu adalah pentas sukan, medan bola sepak....bukannya pentas pilihan raya. Perkara ini sudah berlarutan seseolah adanya arahan dari pihak-pihak tertentu. Kalaupun tiada yang menyuruh, kenapa tiada larangan terhadap penyokong2nya yang membawa bendera parti. Tidak kah PAS sedar bahawa orang ramai terbahak-bahak sampai nak terburai urat perut menyaksikan gelagat penyokong PAS....? Ini lah wajah PAS, setiap masa penuh dengan agenda politik. Kehidupan mereka penuh dengan tipu daya politik!...Penyokong2nya berarak membawa bendera parti ke K. Lumpur, seseolah musim pilihan raya, menampakkan pada masyarakat bahawa parti ini adalah sebuah parti yang tolol, bahlul dan tongong...Apa tidaknya, tak tahu tempat nak berpolitik dan tak kira masa. Itulah sebabnya, musim anak2 perantauan yang pulang untuk berhari raya pun disambut dengan slogan2 dakyah PAS. Contohnya, hampir di setiap perkarangan pintu masjid ada spanduk 'Royalti adalah hak rakyat Kelantan', poster2 ceramah PAS dan gambar2 pemimpin PAS . Apakah cuma penyokong PAS saja yang balik berhari raya?. Bila masanya nak suruh mereka merapatkan ukhwah dan persaudaraan sesama muslim, kalau pada musim raya pun dok julang slogan parti....Bukankah persaudaraan itu suruhan Allah? Cukuplah... Islam jangan lagi di jadikan sebagai alat kosmetik. Cukuplah...PAS sudah banyak menjadi ejen pemecah belah masyarakat Islam di negara ini. Ini rialiti....tak siapa boleh sangkal
Berbalik kepada isu bendera PAS dalam stadium, sampai bila agaknya ia akan terus berlaku....Sebenarnya tak ramai pun....sebab ramai yang dah sedar, tak ada apa lagi yang istimewanya menyokong PAS selain untuk menggemukkan DAP... Sampai bila hijau dan putih KOSONG akan terus berkibar di tempat yang tak sepatutnya....Jika masih ada lagi, marilah kita lebelkan parti ini sebagai parti yang 'sesat akal' dan kurang siuman!