Friday, January 29, 2010

SUDAH NAMPAK PERTENTANGAN YANG BEGITU JELAS...

'Pernikahan' PAS, DAP, PKR belumpun sampai setahun. Namun dalam usia yang masih 'bayi' ini, sudah terlalu banyak pertentangan pendapat di kalangan mereka. Kita boleh melihat masalah ini timbul hampir setiap hari. Situasi ini menjelaskan kepada kita bahawa betapa terlalu sukar bagi mereka mentadbir negara sekiranya diberikan kemengangan oleh rakyat.Apa tidaknya, sememangnya mereka hanya 'tidur sebantal tapi mimpi yang berlainan'

Dalam perkembangan terbaru, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang telah menuduh Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai 'diktator'. Kenyataan ini sudah pasti menunjukkan berlakunya krisis dalaman PR yang semakin membarah. Sudah ada sesuatu yang tidak kena pada pemerhatian Datuk Seri Zahrain terhadap rakan 'sepernikahan'nya dalam DAP. Pada saya, jurang perbezaan yang begitu besar dalam matlamat perjuangan antara mereka telah memungkinkan 'rumah tangga' mereka tidak akan kekal lama. Demikian juga dengan PAS yang bermatlamatkan negara Islam akan lebih melebar jurangnya dengan DAP dan PKR.

Dalam isu semasa yang masih panas diperkatakan yang berkaitan penggunaan nama 'Allah', betapa antara mereka pun tidak sekata. PAS kata lain, PKR kata lain, DAP pula lain. Hasil perdebatan antara mereka sehingga membawa perkara tersebut ke mahkamah. YB Khalid Samad telah beriya-iya membenarkan kalimah Allah diguna pakai oleh bukan Islam yang sekaligus dilihat sebagai mewakili golongan libral dalam PAS. Pada masa yang sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah membolehkan penggunaan kalimah 'Allah' pada awalnya, namun tidak lama kemudian, telah meletakkan syarat apabila isu ini semakin panas. Manakala DS Anwar Ibrahim dengan jelas membolehkan penggunaannya sehingga mewar-warkannya ke luar negara. Akhir-akhir ini pula, dikatakan perkara tesebut adalah 'khilaf'. Kenyataan ini sudah pasti bertentangan sekali dengan pendapat Dr. Harun Din, di mana beliau sekali-kali tidak membenarkan kalimah 'Allah' ini digunakan oleh orang bukan Islam. Demikian juga YB Zulkifli Nordin dari PKR, sehingga mengheret isu ini kemahkamah. Dalam isu yang begini mudah pun, mereka boleh bertelagah dan gagal menyelesaikannya. Apakah jaminan bahawa mereka boleh menyelesaikan perkara yang lebih besar kalau diberi mandat oleh rakyat? Berbeza dengan UMNO, mereka solid menyatakan bahawa perkara tersebut 'tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam'

Dalam bab yang lebih besar, yang melibatkan agama, PAS dan DAP umpama langit dan bumi- 'the world of contrast'.Bagaimana teruk sekalipun gambaran PAS terhadap UMNO, belum ada lagi ahli parti gabungannya MCA dan MIC menghina Islam. Tetapi 'boss besar' parti DAP rakan gabungan PAS dengan angkuh dan lantang menyatakan ' kalau nak laksanakan hukum hudud, langkah mayat saya dulu'. Pada kita, penghinaan ini adalah 'menentang' Islam dan boleh digolongkan dalam 'kafir harbi' yang boleh diperangi. Tapi hairannya PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam telah menjadikan DAP sebagai rakan karib malah Nik Aziz nampak 'bulan' pada dada Karpal Singh. Untuk menghalalkan kerjasama ini,PAS telah menggunakan istilah 'Thalluf Siyasi'. Dicarinya kaedah-kaedah dan alasan untuk 'membolehkan' penggabungan mereka biarpun 'Tahalluf Siyasi' sendiri masih khilaf di kalangan ulama'. (Jika diizinkanNya, saya akan menulis tentang 'Tahalluf Siyasi')

Perkembangan terbaru dalam PAS, dua tokoh utama PAS Selangor, YB Dato' Dr Hassan Ali telah dikenakan amaran oleh Jawatan Kuasa Disiplin, manakala YB Khalid Samad telah digantung tugas selama 6 bulan. Dalam PAS sendiri pun terlalu besar 'gap' antara mereka.Tidak dapat satu titik persefahaman. Bagaimana mereka boleh diyakini untuk memikul tugas memimpin 27 juta rakyat dalam negara yang mempunyai kepelbagaian bangsa dan budaya?. Sudahlah tiada pengalaman memerintah, diselangi pula dengan perbezaan antara ahli parti dan juga parti-parti gabungan yang terlalu jauh beza dan matlamatnya. Sudah pasti risikonya terlalu besar! Oleh itu jangan terlalu meyakini mereka, kerana sekarang pun kita sudah dapat melihat kesan gabungan tersebut. Hanya bermatlamatkan menjatuhkan UMNO, parti keramat orang-orang Melayu Islam.

Kepada rakyat Malaysia, jangan mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan...Betapa hidup kita selama 52 tahun ini telah begitu makmur. Dengan izin Allah, ia dimakmurkan oleh UMNO. Negara bagaimanakah lagi yang ingin dicari? atau kebahagiaan yang bagaimana lagi yang dikehendaki?. Belum tentu yang akan datang lebih baik dari yang ada sekarang...Oleh itu marilah kita sama-sama bertekad bahawa UMNO perlu dipertahankan demi servival bangsa Melayu Islam di Malaysia.

Thursday, January 28, 2010

MENGAPA PAS TIDAK MEMBAWA ISU ROYALTI KE MAHKAMAH?

Disebalik keghirahan PAS menuntut royalti minyak di Kelantan, sebenarnya ada beberapa perkara menarik untuk dibincangkan. Perkara tersebut seseolah ingin ditutup oleh PAS dari dibincangkan oleh masyarakat sekaligus sengaja memperbesarkan isu royalti. Isu ini telahpun diperjelaskan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan dengan hujah-hujah ilmiah. Sekiranya PAS merasakan hujah mereka lebih kukuh, maka Pengerusi UMNO Kelantan itu mencabar PAS agar segera membawanya ke mahkamah dan di situlah segala kebenaran akan terjawab. Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Dato' Ibrahim Ali pula memberi masa sebulan untuk PAS membawanya ke mahkamah dan sekiranya PAS gagal berbuat demikian, maka beliau sendiri akan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Kadang-kadang kita juga terfikir, mengapa PAS tidak segera membawa kes ini ke mahkamah sedangkan mereka adalah 'juara' mahkamah. PKR dan DAP juga begitu. Lihat saja dalam kes Nizar di Perak, mereka sanggup turun naik ke mahkamah kerana dikatakan kebenaran milik mereka. Tetapi dalam isu royalti minyak, sudah pasti mereka juga mengatakan kebenaran di pihak mereka, namun usaha membawa ke mahkamah tidak berlaku. Apakah ada rahsia tersirat di sebalik perkara tersebut?

Dalam ceramah-ceramah yang sering saya ikuti sepanjang bersama PAS, tidak pernah tidak ada 'kopiah' berjalan. Setiap kali ditengah-tengah ceramah, si penceramah akan berhenti sekejap untuk dan meminta ahli-ahli yang telah dilantik untuk berjalan dengan membawa kopiah yang ditelentangkan untuk memungut derma daripada ahli-ahli PAS yang hadir. Setiap kali ceramah, PAS mendapat 'untung' yang begitu besar.

Dalam bab royalti minyak, sekali lagi telah memberi 'lesen' kepada PAS untuk mencari dana. Isu ini sengaja diperbesarkan agar ianya mendapat rangking 'tip-top'. Isu ini nampaknya benar-benar ingin dimanipulasi oleh PAS untuk keuntungan segera. Mereka telah mula menggerakkan roadshow mereka dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dengan cara begini mereka sebenarnya sudah mendapat 'royalti' dari isu royalti ini.Dana inilah yang akan digunakan untuk pilihanraya.

Namun bagi kita, rakyat sebenarnya sudah tertipu. Fungsi kerajaan sebenarnya untuk menolong rakyat. Kerajaan yang dibentuk harus memberi kebajikan kepada rakyat, bukan hanya berslogan 'Negara Kebajikan'. Pas nampaknya telah menterbalikkan fungsi kerajaan, di mana kerajaan meminta dan rakyat memberi. Si kaya sepatutnya menolong si miskin, namun dalam kontek PAS, si miskin telah membantu si kaya. Mana perjuangan membantu rakyat?. Rakyat yang dha'if di kampung-kampung yang hanya memperoleh pendapatan dengan cara bertani, menternak, nelayan, pengayuh beca telah bersusah payah untuk ke majlis ceramah PAS, sepatutnya dibantu, namun PAS meminta dari mereka atas nama 'jihad', sabil, derma dan pelbagai nama yang bunyinya kearaban. Perlu diingat bahawa golongan-golongan ini tidaklah setinggi mana ilmunya, maka apabila PAS menyatakan perjuangan mereka kononnya atas dasar Islam, mereka merelakan segala-galanya termasuk wang ringgit. Tidakkah ini sebahagian agenda menipu rakyat...?

Kepada umat Islam di Malaysia, jangan lah lagi tertipu dengan agenda-agenda yang dibawa oleh PAS. Mereka sebenarnya bukan bermatlamatkan Islam.Banyak bukti telah saya bawa sebelum ini. Negara Islam contohnya, tidak ada lagi dibibir mereka apabila bergabung dengan DAP dan PKR. Apakah mereka telah gadaikan satu matlamat perjuangan semata-mata demi politik? Islam tertegak melalui dakwah, bukan melalui caci maki dan kata nista. Bukan juga melalui politik kepartian.Tidak ada parti politik yang namanya 'PAS' pada zaman rasulullah. Dalam Islam, terlalu banyak bab yang perlu diperjuangkan, bukan hanya bab politik yang hanya merupakan cabang dari bab 'jinayat'. Mengapa PAS tidak memperjuangkan bab Muamalat,bab Munakahat, bab-bab akhlak melebihi bab politik? Inilah menunjukkan bahawa mereka tidak ikhlas.
Marilah kita bersatu dengan menolak politik meminta-minta. Carilah kerajaan yang membantu, bukan kerajaan yang meminta dari rakyat. Pilih lah yang boleh 'menolong' bukan memilih yang 'ditolong'

Sunday, January 24, 2010

YANG LUCU DAN LICIK...

Dalam minggu ini banyak peristiwa yang kadang-kadang boleh melucukan selain adanya usaha-usaha licik dalam menjatuhkan air muka UMNO. Perkara pertama yang agak melucukan ialah apabila Menteri Besar Kelantan, TGNA telah menasihatkan agar dijauhi amalan kronisma...Apa lucunya..? Menyuruh orang lain mecuci najis selepas buang air besar supaya bersih...dalam masa yang sama, lupa yang dibontot sendiri ada najis yang tidak dibasuh! Isu menantu TGNA belum pun reda, malah makin membarah dalam PAS, apa perlunya TGNA menegur orang lain atas perkara yang dia sendiri tidak lakukan...selama ini PAS dan sekutunya begitu kuat bersuara tentang kronisma, tiba-tiba mendokong pula idelogi tersebut.Siapa tak kenal dengan Ariffahmi...CEO PMBK yang hangat diperkatakan adalah seorang menantu TGNA, suami kepada Nik Amalina anak kepada Nik Aziz.Siapa tak kenal dengan Nik Abduh bin Nik Aziz...cuba tanya apa jawatan dia dalam MPKB..? Sebab itulah bagi saya, jangan terlalu memburukkan orang kerana panau dan kurap yang selama ini terlihat pada badan orang lain, kini sudah ada di badan sendiri...

Dalam peristiwa lain, TGNA bercakap tentang 'cah keting' satu amalan cantas mencantas dalam politik. Dalam laporan berita tempatan menyiarkan bagaimana NIK Aziz mengakui tentang berlakunya amalan ini dalam PAS.Kenyataan ini pula disokong oleh beberapa orang kanan dalam PAS...Ternyata ianya diucapkan oleh Nik Aziz sendiri...!. Namun apa yang melucukan...selang beberapa hari, NIK Aziz menafikan pula kenyataannya sendiri...kononnya wartawan telah salah mentafsir kenyataanya...Memang inilah PAS, sejak saya berada dalam PAS dulu lagi...tabiaat ini sememangnya tidak habis, sentiasa meletakkan kesilapan sendiri pada orang lain. Pada saya ianya sudah menampakkan bagaimana TGNA tidak konsisten dalam pendiriannya. Sekejap ya...sekejap tidak. Lihat bagaimana dalam isu kalimah 'Allah' dulu...TGNA sendiri pada awalnya mengatakan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah 'Allah'...tidak salah! Bila isu ini agak panas, TGNA kata 'boleh tapi takut disalah gunakan'. Apa maksudnya...? 'Boleh' tapi 'tak boleh...' Nampaknya demi kepentingan politik, dalam isu agamapun masih ingin diputar belitkan...

Perkara ketiga, dalam beberapa hari yang lepas kita dapat meyaksikan betapa seorang Menteri Besar yang tidak ada apa-apa lagi jawatan dalam bahagiannya. Bahagian MB ini telah di 'gadai' oleh pengikut-pengikuitnya sendiri. MB Saya maksudkan ialah MB Selangor...
Yang lucunya...anak-anak buah dia sendiri pun dia tak boleh jaga...bagaimana agaknya memerintah negeri...sebab itu selepas beberapa bulan sahaja menjadi MB...telah nampak ketidakaturan dalam pentadbirannya. Tidak ada ketegasan...lihat saja isu babi di Selangor, isu arak dan sebagainya...Kini anak buah MB selangor ini sudah buat protes...lucu sungguh! sekangkang kera kawasannya pun tak dapat nak uruskan...bagaimana nak uruskan negeri dengan baik, lihatlah bagaimana negeri Selangor diurus..! TADIKA di halau, Tanah nak dirampas...dan banyak lagi...rakan-rakannya dari kaum tionghua, dijaganya cukup-cukup...ditimang bagai menatang minyak yang penuh...kawasan sendiri ditinggalkan!

Perkara keempat, isu saman YB Zulkifli Nordin terhadap YB Khalid Samad. Seorang YB dari PKR telah menyaman seorang YB dari PAS. Lihatlah betapa tidak ada persefahamannya mereka...Bagaimana Nak uruskan pentadbiran negara kalau menang...? hal kecil yang semacam ini pun sampai bawa ke mahkamah...sungguh melucukan. PKR dan PAS bolehlah dianggap sebagai suami dan isteri...kini suami telah meyaman isterinya! kita lihat lah nanti gelora rumah tangga mereka...

Yang liciknya ialah bagaimana pembangkang telah menyebarkan berita angin bahawa COLA dan ITKA bagi kakitangan awam akan dihapuskan. Mereka telah memutar belit dan membuat isu supaya rakyat membenci BN. Namun kelicikan mereka nampaknya dapat dihidu oleh BN. Kononnya kerajaan tak ada wang...hanya bertahan selama lima bulan sahaja...lepas itu akan bangkrap. Kita lihatlah nanti kerajaan mana yang akan bangkrap...

Kepada rakyat Malaysia... lihatlah permainan pembangkang. Usaha-usaha mereka jika dikaji semuanya akan membawa musibah kepada negara. Oleh itu jangan sekali-kali memberi mereka ruang. Percayalah, mereka tidak akan mampu untuk memerintah dengan baik kerana pentadbiran mereka di negeri-negeri yang dikuasainya, hanyalah berteraslan kepada 'try and error'. Pilihlah orang yang boleh berlari dalam perlumbaan ini dan jangan sekali-kali kita memilih orang yang baru nak belajar bertatih...kita akan ketinggalan!

Sunday, January 17, 2010

KETUMPULAN, KECETEKAN DAN KEDANGKALAN PAS JELAS TERBUKTI...

(iv) Rakyat Dibelenggu Ketakutan Dengan Akta-Akta Zalim
Rakyat dibelenggu dengan rasa takut untuk mendapatkan maklumat. Maklumat adalah penting bagi memahami urus-tadbir negara yang melibatkan kepentingan rakyat. Pelbagai undang-undang dan akta zalim seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPA) mengekang pengetahuan rakyat. Media perdana pula menyogokkan maklumat yang hanya mewakili kepentingan pemerintah dan tidak ada ruang bagi memuatkan pandangan lain. Hak asasi rakyat tidak dibela dan kini semakin ditakutkan dengan pelbagai ugutan

Petikan di atas adalah salah satu manifesto PAS dalam pilihanraya ke 12. Apa yang boleh difahami dari perenggan ini adalah kerajaan PAS dan sekutu-sekutunya sangat menentang akta ISA dan akta OSA termasuk juga akta mesin Cetak dan penerbitan, atas kepentingan rakyat umum. Dari sini dua ulasan boleh saya buat:

1. Apabila orang kuat YB Dato'Husam Musa, Syed Azidi dalam blognya 'kickdefella' mendedahkan tentang kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran TGNA, maka sudah ada ura-ura akta rahsia rasmi (OSA) akan dikenakan ke atas penulis ini. Sudah pasti orang yang ingin mengenakan hukuman tersebut merasakan ada kepentingan berbuat demikian. Kalaupun tidak kerana mengancam kerajaan negeri, ianya juga penting dilakukan untuk kepentingan politik. Apapun alasan yang akan diberikan, hari ini PAS sudah mengakuai bahawa akta tersebut adalah perlu demi menjaga keselamatan negeri, apatah lagi keselamatan negara. Jelas bahawa kecerdikan UMNO telah diakui oleh PAS. Langkah untuk menghapuskannya adalah satu kesilapan, sebagaimana juga kesilapan kerajaan Kelantan di bawah kerajaan PAS yang menanggung kerugian kira-kira RM50 juta akibat kesilapan urus tadbir oleh pemimpinnya.Ini satu lagi petunjuk bahawa pemimpin-pemimpin PAS tidak ada wawasan dan gagal membaca suasana masa depan negara. Pemikiran mereka terlalu tumpul dalam hal yang berkaitan dengan urus tadbir sesebuah negeri. Belum pun sampai empat penggal mentadbit Kelantan, terlalu banyak kecacatan yang dapat dilihat antaranya kesilapan dalam projek membina Bazar Tok Guru yang terpaksa menanggung kerugian sebanyak 23 juta. Sebelum ini Kerajaan Kelantan juga menanggung kerugian puluhan juta yang terpaksa dibayar kepada 'Kelantan water'akibat kelemahan mengurus tadbir negeri. Terbaru, Kerajaan Kelantan terpaksa membayar RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan atas perintah mahkamah. Biar apa pun alasan, ianya sangat menampakkan kelemahan pentadbiran yang diterajui TGNA.Alangkah baiknya jika kita berikan posisi yang lebih mulia kepada TGNA iaitu menjaga hal-hal yang berkaitan agama Islam, daripada terus menjadi MB yang tak tahu mentadbir akibat kejahilan dalam ilmu-ilmu ekonomi. Perlu diingat, orang yang pandai ilmu agama, tidak semestinya pandai mengurus negeri...apatah lagi bagi saya, TGNA hanyalah seorang ahli politik yang pandai berbahasa arab dan bukannya seorang ulama' sebagaimana yang digembar gemburkan oleh pengikut taksubnya. Arahan untuk menggunakan gelaran 'Tuan Guru' itu sebenarnya adalah melalui sepucuk surat pekeliling kerajaan negeri. Bagi generasi yang terkemudian, mungkin mereka mengkin menganggap gelaran 'tuan guru'itu diberikan secara sukarela oleh orang ramai...sebenarnya tidak...gelaran tersebut terpaksa dipanggil kerana ianya adalah arahan kerajaan Kelantan melalui sepucuk surat rasmi ke jabatan-jabatan kerajaan....

2. Apabila berlakunya kekecohan yang berkaitan dengan penggunaan nama Allah oleh sebuah akhbar kristian, maka sudah kedengaran dari pihak pembangkang sendiri, terutama individu-individu dalam PAS sendiri agar akta ISA digunakan bagi mereka yang mengancam negara ini. nah...! mengapa sekarang baru nak sedar...sedangkan mereka berarak berdemonstrasi agar ISA dihapuskan. Kalu seorang dua yang mengancam keselamatan, mungkin langkah menangkap adalah lebih mudah, tetapi jika ramai dan berkumpulan...atau sesuatu kaum contohnya, apakah akta yang boleh digunakan agar kekalutan itu tidak merebak sehingga boleh mengancam keselamatan negara? Sudah pastilah akta ISA...Sekali lagi nampaknya PAS dan sekutu-sekutu mereka cetek pemikiran. Mereka hanya mahukan kuasa, namun terpaksa menggadai masa depan negara....

Terlalu banyak jika nak disenaraikan tentang perjuangan PAS yang dauble standard...perinsipnya yang berubah-ubah...sekali boleh, sekali tak boleh...sekali haram, sekali halal....sekali buruk, sekali baik...dan entah apa-apa lagi....

Kepada rakyat Malaysia, sekali lagi saya berseru agar kita pupuk kedamaian yang kita rasakan kini...kita wariskan keamanan ini kepada anak cucu kita dan gengamlah erat-erat, jangan sampai ianya terlepas dari kita...Setelah 52 tahun kita merdeka...langkah pengisian kemerdekaan telahpun dilaksanakan dan kini ianya semakin baik dan maju...apa lagi yang kita mahukan...atau apakah kita ingin digolongkan dalam katogori orang2 yang tidak bersyukur..? Ayuh...bangunlah dan bersama kita bina negara bangsa yang tercinta ini dengan mengekalkan pemerintah yang sedia ada...sudah ada bukti dan jasanya yang ditunjukkan kepada kita....!jangan sampai jadi seperti kata pepatah 'MENDENGAR GURUH DI LANGIT, AIR DI TEMPAYAN DICURAHKAN....

Thursday, January 14, 2010

SENGAJA PERSOALAN INI DITIMBULKAN SEMULA...

Banyak persoalan yang perlu ditanya kpd PAS dan dijawab olehnya. Antaranya:

1. Dalam ceramah-ceramah PAS tahun-tahun 90an menyatakan bahawa orang Islam tidak boleh sekali-kali mengundi orang bukan Islam dalam erti kata mengangkatnya menjadi pemimpin. Hukumnya HARAM. Tok Guru juga pernah berceramah tentang hal ini. Persoalannya, mengapa pula sekarang ni boleh...?. Dah halal pulak ker?...Dah tak ape plak ke..?Buktinya Tok Guru sendiri berkempen untuk DAP. Mengapa jadi begini..?

2. Dulu, PAS tidak boleh bergabung dengan UMNO atas alasan UMNO ada pakatan dengan MCA, MIC dan parti-parti politik yang ahlinya non muslim. Tidak boleh untuk PAS berada bersama kerana percampuran itu hukumnya HARAM. Tok Guru bagi contoh, tak boleh daging babi dan daging lembu digulai sekawah (satu periuk), HARAM hukumnya, tak boleh makan. Masih basah amaran yang diberikan itu dalam ingatan saya...tapi sekarang...pelik pulak..! Buat pakatan dengan DAP yang terang-terang menentang negara Islam. Kenapa ni...? dah halal ker sekarang ni..?, Kitab mana plak ni..? Ayah Zid (Tok Guru) tolong jawab ni..

3. Dulu, PAS tidak membenarkan orang perempuan jadi pemimpin. Dengan kata lain tak boleh jadi calon. Dibacanya hadis "Lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita" Bukan setakat itu saja, malah wanita tidak dibenarkan kerja malam. Itu dulu...tapi sekarang, boleh plak..? Sekarang dah ada wakil rakyat perempuan plak...apa ni...apa dah jadi dengan PAS, sekejap boleh sekejap tidak...Alasan kononnya untuk kesesuaian dengan keadaan masa sekarang, untuk menjaga kaum wanita...Kalau gitu sama lah dengan alasan yang diberikan oleh UMNO dulu...Tapi waktu itu kenapa PAS menentang dan tak dapat terima? sekarang dah tiru..

4. Bila orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci Al-Quran... PAS bukan main mempertahankan dan membolehkan perkara tersebut. Habis tok-tok guru PAS mempertahankannya. Dicarinya hukum-hukum yang membolehkannya dan menghalalkannya. Secara logiknya, orang bukan Islam yang membacakan ayat-ayat Al-Quran tentulah tidak elok kalaupun tidak sampai haram...kenalah beri tahu perkara sebenar...Pertama, kesucian diri orang bukan Islam itu sendiri, tentu mereka tidak belajar bab toharoh (bersuci), atau dengan bahasa mudah tak pernah mandi wajib pun! apatah lagi iktiqadnya tidak menerima Al-Quran...jadi perlu apa dia membaca ayat suci tersebut kalau tidak untuk tujuan politik...Kedua, dalam Al-Quran dalam surah At Taubah ayat 28 dengan jelas menyebutkan:

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mengdekati Masjidil Haram sesudah tahun ini,maka Allah nanti akan memberi kekayaan kepadamu karunia-Nya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (QS. 9:28)

(Sila rujuk Asbabun Nuzul ayat) Ertinya nak mendekati Masjil Haram pun dilarang apatah lagi membacakan ayat-ayat suci. Apa pun tafsiran, sesungguhnya orang-orang kafir itu kotor setidak-tidaknya kotor dari segi aqidahnya. PAS tak larang pun malah mencari alasan untuk menyonkong...Apa dah jadi ni..?

5. Semasa saya bersama PAS, permainan 'silat jatuh' dan 'tomoi' sangat popular di Kelantan. Begitu juga dengan sukan-sukan lain termasuk bola sepak. Kebanyakkan permainan tersebut dianjurkan oleh ahli-ahli UMNO. Permainan bola sepak dikatakan membuang masa selain pemain-pemainnya membuka aurat. Maknanya siapa yang menganjurkannya akan berdosa. Pada masa itu tidak ada penyokong-penyokong PAS yang menganjurkan permainan tersebut. Saya setuju. Cuma terdapat segelintir ahli-ahlinya yang secara senyap-senyap menyertai pertandingan tersebut. Tapi pelik sungguh!....Sekarang bukan setakat melarang permainan tersebut tapi sudah ada tajaan piala oleh TOK GURU. Piala Menteri Besar. Saya pun pelik...Tidak ada lagi istilah membuang masa.. Demi politik segalanya boleh...

6. Yang ni lah yang saya sungguh pelik...Matlamat perjuangan PAS adalah untuk menegakkan negara Islam. Semua orang tahu. Era 90an saya juga terlibat. Banyaklah ayat-ayat Al-Quran yang dibaca. Antaranya surah Saba' ayat 15.."Baldatunthoyyibatun... " dengan terjemahannya


"Negara yang makmur serta mendapat keampunan Tuhan" (Saba`: 15)

Seluruh negara dicanangkan tentang matlamat negara Islam. saya setuju sangat. Tapi itu dulu...sekarang apa dah jadi..? Tok Guru membawa satu demensi yang sangat jauh dari matlamat tersebut. Apa tidaknya, sekarang dah berpakat pula dengan DAP yang terang-terang meyatakan tentangan terhadap matlamat tersebut. Siapa guna siapa sekarang ni..? Karpal Singh tanpa berselindung menentang matlamat meneggakkan negara Islam. Kalau nak buat juga kenalah langkah mayat Karpal Singh dulu...ini kenyataan yang dia buat. Siapa nak langkah dulu?Tok Guru atau YB Presiden? Bingong saya dibuatnya. Buat pakatan dengan PKR pun sama juga. Berapa kerat yang beragama Islam dalam PKR? Apakah PAS dah pandai menipu..?, dulu ajak kami habis-habisan menegakkan Negara Islam, sekarang konon matlamat tersebut secara tersembunyi...tipu lagi!

7. Sejak berbaik dengan PKR, tiga empat tahun lepas, sering saja pada waktu itu PAS menyebut tentang kronisme yang dilabekan oleh Anwar Ibrahim terhadap pemimpin UMNO. Sehingga pada pilihan raya ke 12 baru-baru ini masih lagi poster yang direka khusus menggambarkan Khairi Jamaludin dan Pak Lah (Mantan PM) untuk meyatakan betapa pemimpin UMNO megamalkan kronisme. Mertua dan menantu...Itu pilihan raya ke 12...cerita lepas.. Mari kita tengok sekarang...! Tok Guru lantik menantunya Ariffahmi Ab. Rahman sebagai CEO PMBK. Apa bezanya ni..? Dia bagi alasan pulak sebab Ariffahmi memang layak sebab ada kelulusan...Habis Pak Lah lantik Khairi dulu tak ada kelulusan ker? Kawan-kawan 'sepernikahan' pun sama lah jugak. Siapa tak kenal Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim...pilih anak jadi calon, sapa tak kenal Lim Guan Eng anak Lim Kit Siang...pilih anak juga jadi calon...tanya pula Karpal Singh... ada tak anak dia yang dia pilih jadi calon. Kalau dia cakap tak ada tu maknanya pembohong BESAR..Anak dia la yang selalu cakap samseng dalam Parlimen, Gobind Singh Deo... Nah! apa lagi bukti yang nak ditunjukkan. Siapa yang cakap tak serupa bikin..Masa tak ada kuasa semua cakap baik...dah ada kedudukan sikit...dah dia pulak yang amalkan kronisme...Guano ni Pok Nik Zid..?

8. Dulu, ayat-ayat ini lah yang selalu dibaca...tujuannya nak menyatakan bahawa betapa berdosanya UMNO yang tidak menjalankan hukum Allah, terutamanya hukum HUDUD...

Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir. (Al-Maidah: 44)

“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim”. (TMQ al-Maidah [5]: 45)
Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. (TMQ al-Maidah [5]: 47)

Tumpang tanya sikit...sekarang ni dah tadbir Kelantan banyak penggal dah...Kedah pun dah dapat...bila nak buat HUDUD?...Kenapa tak buat?...ke kena minta dengan kerajaan pusat? abis kalau dia tak bagi kebenaran, macam mana?...Kalau tak buat HUDUD kerana takut kat kerajaan pusat...apa hukumnya... takkan takut kat makhluk lebih dari takut kat Allah? Apa hukumnya orang yang takut kat makhluk lebih dari takutkan Allah?...Dalam bab-bab tertentu yang kerajaan pusat tak bagi buat, PAS buat juga... kenapa yang ni tak boleh...?

Sikit lagi nak tanya...berapa ramai hakim-hakim dan peguam-peguam Islam yang dah PAS latih..? bagi tau sikit siapa..? belajar kat mane?..takkan yang gi blajar sastera arab kat Mesir, nak suruh jadi hakim kendali Hudud! sebab setiap tahun dok sambut hari HUDUD...bila buat HUDUD nyer? biasa orang sambut hari jadi sebab memang dah lahir...tapi sambut hari jadi yang tak ader...pelik saya..nak kelabui mata rakyat la tu...

9. Semasa rasulullah berjaya menawan Mekah...perkara pertama yg Rasulullah buat ialah memusnahkan patung2 berhala samada besar atau kecil.Itu sirah Rasulullah...Nak tanya sikit...Kenapa plak bila menang saja 'Kerajaan Islam Kelantan',yang di bawah kepimpinan ulama', antara yg awal diluluskan ialah membenarkan pembinaan patung terbesar di asia yang bertempat di Jong Bakar..? (Lebih tinggi dari menara masjid) TGNA plak yang pergi rasmikan...tidakkah bertentangan dengan sirah rasulullah? Masa zaman Mahathir dulu, apabila Dr. Mahathir menghadiri perayaan org2 yg non muslim, dikatakan berdosa dan haram...TGNA pergi rasmi tempat ibadah org non muslim, macamana?..


10. Ni...pasal isu minyak kat Kelantan...bukan main kecoh lagi nak bawa isu ini kat mahkamah dunia...isu ni senang jer...PAS kata ada perjanjian antara PETRONAS dengan kerajaan Kelantan. Memang betul tu..Tapi kena sedar, perjanjian yang ditandatangani dulu adalah di antara kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan BN. Sekarang dah tak ada lagi kerajaan BN Kelantan..(Bukan bermaksud 'royalti minyak ni hok BN, tapi perjanjian dengan kerajaan BN)dengan sendirinya perjanjian itu terbatal! PETRONAS tak pernah buat perjanjian dengan kerajaan PAS Kelantan...!.(Langsung tak pernah berjanji dengan kerajaan PAS) Jadi, pergilah ke mahkamah mana pun..Insyaallah..PAS tak akan menang...memang tak layak dan tak ada perjanjian.
Oleh kerana tak ada kerajaan BN kat kelantan lah (Kerajaan yg pernah buat perjanjian dgn PETRONAS)maka PM atas dasar ehsan memberikan 'wang ehsan' kepada rakyat kelantan melalui JPP. PAS kata kononnya ini hak rakyat Kelantn...Nah..itukan dah diberikan kepada rakyat...Kalau dah hak rakyat, mana-mana saluranpun kira sampai untuk rakyat, kenapa Kerajaan PAS pulak yang beriya-iya benar...ada udang sebalik mee kot!

Kalau nak ikut logik akal mudah jer...ibarat seorang anak yang tak kenang budi, setiap hari mencerca, mengutuk, mengata, mengherdik...dihebohkan kepada semua orang ramai...cakap kasar dengan ayah! tiba-tiba nak minta wang dari ayahnya yang diiburuk-burukkan tadi...agak-agak ayah ni nak bagi tak..?, anak yang baik ke kalau macam ini? ....sama lah juga dengan Kerajaan Pusat...apa lagi yang PAS tak kata pada kerajaan pusat...bukan setakat kerajaan malah secara individu diserangnya...puas la Datuk Najib menjawab isu-isu peribadi yang ditimbulkan PAS...


11. Satu lagi...isu rasuah..kononnya UMNO mengamalkan rasuah. Sedar atau tidak penyokong-penyokong PAS...UMNO adalah sebuah parti yang terbesar di negara ini... maknanya, ahlinya ramai...Berbanding ahlinya yang ramai, berapa kerat sangat yang mengamalkan rasuah...memang ada saya tak nafikan...itupun yang di atas, selebihnya adalah ahli-ahli biasa peringkat cawangan, peringkat kampung...petani, nelayan dsb... apakah mereka ini rasuah? cuba tunjukkan peratus dalam UMNO ahli yang melakukan rasuah...yang ada hanyalah persepsi. Kalau ada dua tiga kerat yang melakukan rasuah...apakah UMNO salah, atau individu itu yang salah?...

Contoh, senang saja...Islam adalah satu agama yang suci... penganutnya juga ramai. Kalau ada individu-individu yang melakukan kesalahan, bertentangan dengan Islam...melakukan dosa, apakah Islam yang salah atau individu yang melakukan dosa itu yang salah?, sama lah juga..yang salah adalah individu itu...kenapa semua dilibatkan... bila sebuat UMNO...Rasuah! tak betul tu...Tok Guru tolong betulkan anak buah...! Dosa kering jer tu..!

Abis...dalam PAS, DAP, Keadilan tak ada ahli yang rasuah ke..? Bagaimana dengan tajaan haji TGNA?. Bila UMNO ambil kata rasuah, bila PAS ambil kata dermalah, tajaanlah dan mcm2 istilah lagi digunakan....Dauble standard!

12. Yang ni plak...berkaitan Kerajaan Perpaduan...kenapa TGNA tolak perpaduan ni? Bukankah perpaduan itu sangat dianjurkan oleh ajaran Islam...Mengapa TG Haji Hadi, Ust Nasaruddin, Salahuddin setuju pada awalnya...sehingga dah minta dari UMNO utk pegang menteri-menteri penting. Apakah Islam mereka berbeza dgn TGNA? Belumpun UMNO pertimbangkan..usaha ini telah dihalang oleh TGNA atas alasan perangkap kononnya...Bukankah bersangka buruk itu adalah dosa? Memang kita tahu sejarah, bagaimana penggabungan yang dibuat tahun-tahun 70an dulu. Kalau dah ada pengalaman, sepatutnya terima ini sebagai pengalaman dan buatlah perjanjian yang sepatutnyanya. Janganlah tolak mentah-mentah. Kita tahu usaha murni ini telah dibuat oleh TGHH (presiden PAS)untuk emjernihkan suasana..kan itu ajaran Islam. Takkan dengan DAP boleh berjanji, dengan sesama Islam tak boleh plak...Lagipun pemimpin dahulu dah tiada...sekarang ni pempmpin yang lain plak...Takkan PAS nak samakan setiap orang. Bayangkan kalau kedua-dua Parti terbesar org Melayu ini bergabung..tidakkah kuat umat Islam di negara ini...Dalam keadaan sekarang PAS kena terima hakikat, bahawa suasana semasa kini, minoriti menentukan majoriti. Betapa sukarnya nak tolak permintaan org India dan Cina demi nk jaga perasaan mereka...baik UMNO atau PAS...Sampai satu tahap, Karpal Singh terang-terang mengistiharkan bahawa sesiapa nak laksana HUDUD agar langkah mayatnya dahulu..! PAS terpaksa berdiam sbb nak jaga golongan ini...Sapa yang rugi?..tak dah tak kenal mana kawan mana lawan...?!

13. Masalah Arak di Kelantan...Sebagai orang yg pernah bersama PAS, dulu beriya-iya benar kata nak hapuskan arak di Kelantan sekiranya dapat memerintah.Dalam kempen-kempen dicanang mengatakan "sapo minum arak pun berdosa, buko kile arak pun berdosa, sapo jual arak pun berdosa, sapo tukang angkat arak pun berdosa dan sapo lulus lesen arak pun berdosa..." disusuli dengan laungan TAKBIR! oleh penyokong-penyokong di bawah pentas ceramah. Nak tanya sikit...kat Kelantan ni dah banyak penggal memerintah, kedai-kedai arak masih ada ni apahal?!...Siapa yang luluskan lesen kalau tidak MPKB-BRI (Bandaraya Islam), MPKB ni bawah siapa? abis...tak berdosa ke?. Kalau nak katakan kedai-kedai ni untuk org bukan Isam....aaaahhh, samalah dengan UMNO dok cakap dulu!

Tuesday, January 12, 2010

PAS DIMINTA BUAT LAPORAN POLIS DENGAN KADAR SEGERA !

Saya masih sibuk dengan tugas-tugas harian...belum berkesempatan mengemaskini blog ini. Apa pun saya pernah menulis dalam blog ini,bahawa sekira terdapat apa saja masalah yang negatif sifatnya, puak-puak PAS dan geng2nya tentu saja mengaitkannya dengan UMNO. Lihatlah betapa sehari dua ini sibuk diperkatakan tentang peristiwa membakar gereja, maka berpakatlah pauk-puak yang mengaku memperjuangkan Islam ini meletakkan peristiwa membakar gereja tersebut kepada UMNO, konon UMNO lah yang membakar gereja...pelik...! macam mana mereka boleh tahu...? Kalau benar mereka tahu orang yang melakukannya, mengapa tak buat laporan polis?. Macam mana pula mereka kenal orang ini orang UMNO?...mungkin masa nak bakar tu, agaknya si pembakar ini memakai baju UMNO kot...! Harap PAS dan pauk2 sekutu mereka dapat membantu polis sekiranya mereka tahu. Tampil lah dengan bukti...bahawa mereka tahu orang yang membakarnya...kalau tidak masakan mereka boleh mengatakan bahawa yang membakar itu orang UMNO kalau mereka tidak tahu...

Dalam satu peristiwa lain, apabila kereta penulis blog 'Kickdefella' atau nama sebenarnya Syed Azidi (anak didik kesayangan Husam Musa) dilontar dengan kapak sehingga pecah cermin belakangnya, maka peristiwa tersebut juga dikaitkan dengan UMNO. Konon orang UMNO yang melakukannya. Sebagaimana yang saya katakan tadi, kalau dah tahu tuan punya yang melakukan perkara tersebut, cepat-cepat buat laporan polis, supaya pihak polis boleh bertindak...Kalau tak tahu, macam mana boleh buat tuduhan...? Ini tidak...cakapnya tanpa bukti dan hanya berdasarkan persepsi. Setahu saya belum ada orang-orang PAS yang mendapat ilmu laduni...atau ilmu yang boleh melihat secara ghaib! hatta TGNA sendiri pun...cakap hanya semata-mata untuk memburukkan UMNO. Tidak ada lagi dosa dan pahala, boleh buat tuduhan asal saja ada kepentingan politik.

Sebenarnya kelakuan penyokong2 PAS sekarang macam cacing kepanasan...nak menutup masalah yang berlaku dalam parti mereka, lalu menjadikannya UMNO sebagai kambing hitam. Ketahui lah...rakyat sudah boleh menilai...rakyat yang selama ini menyangka perjuangan PAS adalah terbaik...tetapi kini PAS ibarat kain buruk yang hanya layak diletakkan dibendul untuk buat lap kaki...! cakap tak serupa bikin...kata orang kelantan.'cakap berdegar-degar, taik lekat celah gelegar!', kata pepatah melayu, 'kokok berderai-derai, ekor dilimuri najis'...ini lah PAS. Jasa tak sebesar mana, tapi macam mereka lah yang jaguh....pada hal kesenangan pada hari ini adalah titik peluh UMNO, yang menuntut dan mengisi kemerdekaan negara ini dan kini maju setanding dengan negara-negara lain di dunia....nak harapkan PAS, habuk pun tarak...!

Kepada semua rakan pejuang sekelian...ayuh bangunlah, berjuanglah untuk agama, bangsa dan negara. Jangan hiraukan si 'pemecah masyarakat' ini...mereka hanya inginkan kuasa untuk cuba-cuba mentadbir negara berdasarkan prinsip 'try and error'...negeri sekangkang kera ini pun tak sempurna pentadbirannya, inikan pula nak tadbir negara. Ayuh...jagalah keamanan yang ada dan kekalkan pemerintahan yang kita kini bernaung di bawahnya kerana sudah 52 tahun kita aman damai dibawah payungnya....jadilah insan yang sentiasa bersyukur di atas keamanan dan keharmonian yang dikecapi selama ini...

Friday, January 8, 2010

BERSATULAH DALAM KEPELBAGAIAN BANGSA DAN AGAMA...

Perbuatan membakar tiga buah gereja di ibu negara adalah satu perbuatan yang biadab dan tidak boleh diterima dalam sebuah negara seperti Malaysia. Di dalam kepelbagaian kaum dan agama, perbuatan sebegini sebenarnya diibaratkan sepeti 'mencampakkan petrol ke dalam api' yang akibatnya terlalu besar. Ianya boleh mencetuskan pelbagai kesan negetif, yang sekiranya gagal ditangani dengan berkesan,boleh menyebabkan negara ini hancur disebabkan perbalahan kaum dan agama. Imej negara juga akan tercalar. Perbuatan sebegini hendaklah segera dijauhi.

Membina kemakmuran bagi sebuah negara bangsa tidaklah semudah yang diucapkan. Demikian pula untuk meruntuhkannya, ianya terlalu mudah. Negara kita sudah mengalami tiga fasa dalam pelan pembagunannya. Fasa pertama ialah proses menuntut kemerdekaan. Ianya telah dilakukan oleh Tungku Abdul Rahman Putera Al-Haj. Fasa kedua pula ialah fasa mengisi kemerdekaan. Ianya telah diasaskan pada masa pentadbiran Tungku dan disambung pada masa pentadbiran Tun Hussein Onn dan diteruskan juga pada masa Tun Dr. Mahathir. Fasa ketiga pula ialah fasa memperkenalkan negara kita kepada negara-negara luar. Fasa ini telah bermula pada masa pemerintahan Tun Dr. Mahathir yang sedikit sebanyak telah dilakukan pada masa pentadbiran Tun Hussein Onn. Ianya pula diikuti oleh Pak Lah dan berterusan hingga kini. Pada masa Dato Seri Mohd najib kini, ianya sudah melangkah ke fasa keempat. Negara kita telah cuba untuk menjadi sebuah negara maju, walaupun pencapaiannya begitu jauh. NaMun apa yang penting, usaha yang bersungguh-sungguh telah dilakukan. Tinggal lagi, kita sebagai rakyat mesti memahami dan bersatu hati dengan mengamalkan sikap teleransi antara satu sama lain. Jangan sekali-kali kita mencetuskan rasa tidak senang hati antara kaum dan agama. Akibatnya kita juga akan rugi...

Berbalik kepada isu perbuatan pembakaran gereja, nampaknya semua pemimpin politik telah menyatakan hasrat yang sama iaitu mengutuk perbuatan yang sedemikian. Tidak ketinggalan para pemimpin PAS, yang juga menyuarakan pendapat yang sama. Nah...kita sebenarnya boleh bersatu dalam hal-hal yang sebegini..Namun apa yang dikesalkan, ada juga di kalangan pemimpin PAS masih menuding jari pada UMNO, kononnya menjadi dalang dalam kejadian ini. Apakah PAS perlu berpolitik dan berpolimik sepanjang masa? Tidakkah ada tempuh bertenang?...ada saja isu yang dibuat untuk memburukkan UMNO. Apa saja situasi yang timbul, kalau ianya buruk, pasti akan dilumurkan kepada UMNO. Kadang-kadang kita perlu mengingatkan PAS, seburuk mana pun UMNO pada pandangan mereka...UMNO inilah yang telah memakmurkan negara ini. Kemajuan yang dikecapi ini adalah hasil titik peluh UMNO! Tenologi yang terbangun kini, seperti teknologi IT yang kini digunakan oleh penyokong-penyokong PAS untuk menghentam UMNO, juga adalah jasa UMNO...kini...setelah UMNO memberikan keselesaan kepada semua termasuk pembangkang, UMNO seseolah ingin dipijak-pijak tanpa ada sedikitpun penghormatan...Inikah orang yang boleh dikategorikan sebagai insan yang mengenang budi..? janganlah kita menjadi seperti 'melepaskan anjing tersepit'...Belajarlah menjadi orang yang bersyukur...kalaupun menjadi pembangkang, janganlah sampai menggadaikan masa depan negara. wariskan kepada anak cucu kita sebuah negara yang harmoni...demonstrasi jalanan ala Anwar Ibrahim harus dihapuskan sama sekali...Namun...alangkan malangnya bila PAS juga terjebak dan bersekongkol dengan petualang ini...malang sungguh!!!! Hentikan lah...kembalilah ke zaman kemakmuran...zaman di mana kita bersatu...

Kepada rakyat Malaysia, ayuh...bangunkan negara kita....bersatulah. Berilah peluang kepada pemimpin membangunkan negara ini dengan selesa tanpa diganggu gugat dengan masalah remeh temeh...Ayuh! kita wujudkan suasana harmonis dalam kepelbagaian kaum dan agama dan berbanggalah dengan negara kita Malaysia...BERSATULAH DALAM KEPELBAGAIAN...SATU MALAYSIA!

Tuesday, January 5, 2010

SIAPA SEBENARNYA YANG LEBIH ISLAMIK...?

Isu penggunaan nama Allah telah menjadi semakin hangat diperkatakan oleh kebanyakan rakyat yang sensitif terhadap agama. Mereka melahirkan kekecewaan terhadap keputusan mahkamah yang membenarkan majalah kristian menggunakan kalimah Allah. Rasa tidak puas hati dilahirkan dengan pelbagi cara. Terdapat banyak pihak telah bangkit untuk menunjukan tanda protes. UMNO juga turut serta melahirkan kekecewaan di atas apa yang berlaku.

Sebagai sebuah parti yang boleh dikatakan hampir 100% dianggotai oleh orang-orang Melayu Islam, UMNO terus menjadi pendesak agar masalah ini diselesaikan dengan sebaik mungkin. Sudah pasti kita ingin melihat kemenangan berpihak kepada Islam...Namun apa yang malangnya, apabila kita bangkit menyatakan kebenaran, membela kesucian Islam sekali gus mengutuk tindakan kristian, PAS dengan nada sinis mengutuk UMNO. Pelbagai tuduhan dikenakan kepada UMNO...konon UMNO ingin jadi jaguh!, UMNO mengambil kesempatan, UMNO mengangguk di air yang keruh, UMNO mencipta isu dan sebagainya. Tidak kah kita rasa hairan sikap dan pendirian PAS? Apakah selama 52 tahun merdeka, Islam tersebar hanya kerana PAS? Angkuh!...itulah yang boleh saya sifatkan kepada si penuduh ini....Jika kita imbas, PAS boleh bercakap Islam (Walaupun sebenarnya untuk kepentingan politik)kerana UMNO telah merintis jalan ke arah kedamaian dan keharmonian. Jasa UMNO lah yang telah memerdekakan negara ini. UMNO jugalah yang bersusah payah memajukan negara sehingga ke tahap ini...Pemimpin-pemimpin UMNO lah yang mengerah keringat dan buah fikiran walaupun penuh dengan caci maki PAS telah berkorban untuk kemajuan. Hari ini PAS boleh berbangga dan menepuk dada konon merekalah jaguh memperjuangkan Islam. Islam pada mereka hanya apabila kita bercakap tentang hudud, tentang negara Islam, membina masjid dan ranting-ranting yang furu'iah. Usaha-usaha pembangunan seperti membina jalan raya untuk kemudahan rakyat...pada PAS,ini bukan Islam, membina sekolah-sekolah untuk tujuan pendidikan...ini bukan Islam, membina hospital-hospital untuk kemudahan rakyat...ini bukan Islam, menarik pelabur asing untuk meningkatkan ekonomi negara...ini bukan Islam, mewujudkan tabung haji untuk kesenangan rakyat ke Mekah...ini bukan Islam...Membina universiti-universiti untuk pendidikan tinggi...ini bukan Islam...Memperteguh dan memperkuatkan ketenteraan untuk menjaga keselamatan negara...ini bukan Islam...Memperteguhkan perpaduan demi keharmoniah dalam kepelbagaian kaum....ini bukan Islam...Inilah yang sedang dibangunkan oleh UMNO. Inilah yang sedang diusahakan oleh PM...Kalau PAS mengiayakan mengatakan ini bukan Islam...tepat sangatlah bahawa PAS telah menyempitkan Islam...Bercakap dan mempergunakan Islam untuk memancing undi dalam pilihan raya! Tetapi jika PAS menerima bahawa ini juga merupakan sebahagian dari tuntutan Islam, bermakna PAS kena menerima hakikat bahawa UMNO juga sedang memperjuangkan Islam...Tindakan memperlekehkan UMNO harus dijauhi kerana UMNO sepuluh kali lebih baik memperjuangkan Islam dari PAS...Bukti boleh dilihat...

Secara sedar atau tidak...sebenarnya kewujudan PAS lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. Kerana kewujudan PAS lah terdapatnya sembahyang dua Imam di Terengganu pada awal 80an, akad nikah dua kali kononnya bernikah dengan berimamkan imam UMNO tidak sah nikahnya...juga berlaku di awal 80an. Sembelihan orang-orang UMNO juga tidak boleh dimakan...semuanya gara-gara PAS. Jika dilihat di kampung-kampung,perpaduan sudah begitu longgar...dilonggarkan oleh ajaran PAS. Masjid yang Imamnya orang UMNO dipulaukan...diwujudkan masjid-masjid berasingan...Ini lah PAS. Nak wujudkan budaya berterima kasih...jauh panggang dari api...Tengoklah kakitangan kerajaan yang berfahaman PAS, tidak habis-habis mengutuk kerajaan, mengutuk PM...sedangkan mereka bekerja dengan kerajaan...inilah yang dikatakakan 'susu diperah, belakang dipiat! (dipukul)

Kepada rakyat Malaysia...marilah sama-sama kita peliharakan kedamaian ini...Berdirilah dan bersatulah demi sebuah negara bangsa yang lebih gah dipersada dunia yang sekaligus mendaulatkan Islam sebagai agama resmi negara. jangan dengar apa hasutan petualang bangsa yang hanya ingin merosakkan negara...Kita pertahankan habis-habisan! Yakinlah....KITA DIPIHAK YANG BENAR...

Sunday, January 3, 2010

DULU SOKONG...SEKARANG SANGSI!

Pada bulan Mac tahun lalu, TG Nik Aziz (TGNA)telah menyatakan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah dalam agama mereka. Sokongan TGNA ini telah ditentang oleh sahabatnya sendiri dalam PAS iaitu Ust. Taib Azamuddin yang terpaksa membuat penjelasan di Parlimen. Mungkin pada waktu itu TGNA tidak terfikir bahawa orang-orang kristian akan menggunakan perkataan Allah untuk memudahkan pihak mereka menkristiankan anak-anak Melayu. Tanpa berfikir kesan, TGNA terus mengiyakan dan bersungguh-sungguh membolehkan perkataan Allah diguna pakai oleh orang bukan Islam. Namun apabila keputusan mahkamah telah memihak kepada Gereja, TGNA yang sama telah melahirkan rasa curiga terhadap penggunaan nama Allah yang akan digunakan oleh penganut-penganut kristian nanti. Apa maknanya ini...? Dulu sokong...dan kini sudah menang pihak Gereja atas sokongan kita juga, dicurigai pula takut2 penyalahgunaan berlaku. Apakah sebelum ini tidak terfikir tentang itu..?

Dalam perkara yang hampir sama,apabila ada orang-orang Cina dan India yang bukan Islam telah membacakan ayat-ayat suci al-Quran, TGNA juga dengan lantang 'membolehkan'nya. Dicarinya nas itu dan nas ini...untuk mengatakan boleh. Persoalannya, tidakkah terfikir oleh TGNA dan penyokong2 PAS, bahawa ayat2 al-Quran itu suci. Macam mana ianya boleh dibacakan oleh orang2 bukan Islam yang aqidahnya begitu kotor...atau setidak-tidaknya Cina dan India yang membacakan ayat-ayat tersebut tidak mandi wajib! Boleh ke kalau baca al-quran tak mandi wajib? Kalau TGNA kata boleh, saya yakin penyokong PAS juga akan mengatakan boleh...

Masalah di atas adalah terlalu simple. Namun kesannya kita boleh lihat sendiri bahawa pemimpin yang tidak ada 'pemikiran terkedepan' atau disebut sebagai 'wawasan', akan banyak membuat kesilapan. Pada saya, TGNA bukanlah ulama tulen...ianya lebih kepada ahli politik yang tahu bercakap bahasa Arab.Pemujaan yang keterlaluan oleh penyokong2 PAS telah menjadikan TGNA dah naik tocang. Siapa pun nasihat tak akan di dengarinya. Kita lihat sekarang ini penyokong2 tegar PAS terlalu taksub menyokong beliau sehingga apa sahaja yang keluar dari mulut TGNA dianggap benar belaka. Inilah bahaya yang sedang menanti...Sebenarnya sudah sampai masanya untuk kita menolak pemimpin sebegini. Kesilapan membuat keputusan akan memberi kesan besar kepada negara, sebagaimana dua contoh yang diberikan tadi. Jelas menunjukkan kelemahan pemimpin ini.

Seperkara lagi yang menarik, apabila urus tadbir tidak berlaku dengan baik...pincang di sana sini, ekonomi negeri begitu meruncing. Apabila Kerajaan Kelantan di arahkan oleh mahkamah membayar 800juta atas kesilapan pentadbiran mereka kepada sebuah syarikat pembalakan, aleh-aleh UMNO dipersalahkan... Apa lagi alasan yang nak diberi untuk menutup kelemahan?. Habis fikir...mereka letakkan kesalahan di atas bahu UMNO...Apa punya pemimpin...tak tahu menari dikatakan tanah tinggi rendah!. Nampak sangat tidak ada kualiti memerintah negeri. Mana mungkin boleh diberi amanah untuk memerintah negara..? Perintah negeri yang sekangkang kera ini pun sudah kelam kabut. Kepada rakyat malaysia...ayuh bangun dan berjuanglah bersama UMNO. Rekod cemerlang 52tahun sudah terbukti...Mari bersama kita pertahankan tanah air tercinta ini. PAS boleh bercakap Islam kerana UMNO merintis jalan kedamaian dan mewujudkan suasana aman damai. Bayangkan kalau negara sudah di ambang kehancuran, demontrasi sana sini, perbalahan kaum berlaku....bayangkan, nak cerita tentang Islam pun tak dapat...! Ayuh! BERSATU, BERSEDIA, BERKHIDMAT.