Sunday, January 17, 2010

KETUMPULAN, KECETEKAN DAN KEDANGKALAN PAS JELAS TERBUKTI...

(iv) Rakyat Dibelenggu Ketakutan Dengan Akta-Akta Zalim
Rakyat dibelenggu dengan rasa takut untuk mendapatkan maklumat. Maklumat adalah penting bagi memahami urus-tadbir negara yang melibatkan kepentingan rakyat. Pelbagai undang-undang dan akta zalim seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPA) mengekang pengetahuan rakyat. Media perdana pula menyogokkan maklumat yang hanya mewakili kepentingan pemerintah dan tidak ada ruang bagi memuatkan pandangan lain. Hak asasi rakyat tidak dibela dan kini semakin ditakutkan dengan pelbagai ugutan

Petikan di atas adalah salah satu manifesto PAS dalam pilihanraya ke 12. Apa yang boleh difahami dari perenggan ini adalah kerajaan PAS dan sekutu-sekutunya sangat menentang akta ISA dan akta OSA termasuk juga akta mesin Cetak dan penerbitan, atas kepentingan rakyat umum. Dari sini dua ulasan boleh saya buat:

1. Apabila orang kuat YB Dato'Husam Musa, Syed Azidi dalam blognya 'kickdefella' mendedahkan tentang kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran TGNA, maka sudah ada ura-ura akta rahsia rasmi (OSA) akan dikenakan ke atas penulis ini. Sudah pasti orang yang ingin mengenakan hukuman tersebut merasakan ada kepentingan berbuat demikian. Kalaupun tidak kerana mengancam kerajaan negeri, ianya juga penting dilakukan untuk kepentingan politik. Apapun alasan yang akan diberikan, hari ini PAS sudah mengakuai bahawa akta tersebut adalah perlu demi menjaga keselamatan negeri, apatah lagi keselamatan negara. Jelas bahawa kecerdikan UMNO telah diakui oleh PAS. Langkah untuk menghapuskannya adalah satu kesilapan, sebagaimana juga kesilapan kerajaan Kelantan di bawah kerajaan PAS yang menanggung kerugian kira-kira RM50 juta akibat kesilapan urus tadbir oleh pemimpinnya.Ini satu lagi petunjuk bahawa pemimpin-pemimpin PAS tidak ada wawasan dan gagal membaca suasana masa depan negara. Pemikiran mereka terlalu tumpul dalam hal yang berkaitan dengan urus tadbir sesebuah negeri. Belum pun sampai empat penggal mentadbit Kelantan, terlalu banyak kecacatan yang dapat dilihat antaranya kesilapan dalam projek membina Bazar Tok Guru yang terpaksa menanggung kerugian sebanyak 23 juta. Sebelum ini Kerajaan Kelantan juga menanggung kerugian puluhan juta yang terpaksa dibayar kepada 'Kelantan water'akibat kelemahan mengurus tadbir negeri. Terbaru, Kerajaan Kelantan terpaksa membayar RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan atas perintah mahkamah. Biar apa pun alasan, ianya sangat menampakkan kelemahan pentadbiran yang diterajui TGNA.Alangkah baiknya jika kita berikan posisi yang lebih mulia kepada TGNA iaitu menjaga hal-hal yang berkaitan agama Islam, daripada terus menjadi MB yang tak tahu mentadbir akibat kejahilan dalam ilmu-ilmu ekonomi. Perlu diingat, orang yang pandai ilmu agama, tidak semestinya pandai mengurus negeri...apatah lagi bagi saya, TGNA hanyalah seorang ahli politik yang pandai berbahasa arab dan bukannya seorang ulama' sebagaimana yang digembar gemburkan oleh pengikut taksubnya. Arahan untuk menggunakan gelaran 'Tuan Guru' itu sebenarnya adalah melalui sepucuk surat pekeliling kerajaan negeri. Bagi generasi yang terkemudian, mungkin mereka mengkin menganggap gelaran 'tuan guru'itu diberikan secara sukarela oleh orang ramai...sebenarnya tidak...gelaran tersebut terpaksa dipanggil kerana ianya adalah arahan kerajaan Kelantan melalui sepucuk surat rasmi ke jabatan-jabatan kerajaan....

2. Apabila berlakunya kekecohan yang berkaitan dengan penggunaan nama Allah oleh sebuah akhbar kristian, maka sudah kedengaran dari pihak pembangkang sendiri, terutama individu-individu dalam PAS sendiri agar akta ISA digunakan bagi mereka yang mengancam negara ini. nah...! mengapa sekarang baru nak sedar...sedangkan mereka berarak berdemonstrasi agar ISA dihapuskan. Kalu seorang dua yang mengancam keselamatan, mungkin langkah menangkap adalah lebih mudah, tetapi jika ramai dan berkumpulan...atau sesuatu kaum contohnya, apakah akta yang boleh digunakan agar kekalutan itu tidak merebak sehingga boleh mengancam keselamatan negara? Sudah pastilah akta ISA...Sekali lagi nampaknya PAS dan sekutu-sekutu mereka cetek pemikiran. Mereka hanya mahukan kuasa, namun terpaksa menggadai masa depan negara....

Terlalu banyak jika nak disenaraikan tentang perjuangan PAS yang dauble standard...perinsipnya yang berubah-ubah...sekali boleh, sekali tak boleh...sekali haram, sekali halal....sekali buruk, sekali baik...dan entah apa-apa lagi....

Kepada rakyat Malaysia, sekali lagi saya berseru agar kita pupuk kedamaian yang kita rasakan kini...kita wariskan keamanan ini kepada anak cucu kita dan gengamlah erat-erat, jangan sampai ianya terlepas dari kita...Setelah 52 tahun kita merdeka...langkah pengisian kemerdekaan telahpun dilaksanakan dan kini ianya semakin baik dan maju...apa lagi yang kita mahukan...atau apakah kita ingin digolongkan dalam katogori orang2 yang tidak bersyukur..? Ayuh...bangunlah dan bersama kita bina negara bangsa yang tercinta ini dengan mengekalkan pemerintah yang sedia ada...sudah ada bukti dan jasanya yang ditunjukkan kepada kita....!jangan sampai jadi seperti kata pepatah 'MENDENGAR GURUH DI LANGIT, AIR DI TEMPAYAN DICURAHKAN....

No comments:

Post a Comment