Sunday, July 17, 2011

PAS TERTEWAS LAGI...! PAS SUDAH TIDAK berTELUR...PARTI PONDAN..!

Akhirnya PAS terpaksa berkorban lagi dalam isu 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan puasa di Kedah. PAS terpaksa akur dengan desakan yang dilakukan oleh DAP terutama pengerusinya Karpal Singh. Sebenarnya ini bukan lah kali pertama PAS terpaksa mengalah kepada desakan DAP. Setelah terpaksa mengorbankan dasar partinya sendiri dengan mengguggurkan 'negara Islam', kini sekali lagi masyarakat Malaysia meyaksikan peristawa 'pengorbanan suci' terhadap rakan kongsi rapatnya DAP yang diharapkan oleh PAS sama-sama untuk menegakkan Islam di negara ini.
Sudah acap kali PAS telah menjadikan agama Islam yg suci ini sebagai bahan ujiannya terhadap rakan kongsi baiknya DAP, namun setiap kali itulah PAS kalah. Lebih malang, Islam dibuat bahan tawar menawar oleh PAS. Kita ingin bertanya kepada PAS, mana 'semangat juang' yg dilaung-laungkan sebelum ini? Konsep yang PAS bawa kini 'berkorban untuk Islam' apakah sudah ditukar kepada 'Berkorban untuk DAP'? Apa yang kita nampak hanyalah 'Mengorbankan Islam untuk menjaga DAP' Kalau begitu memang dahsyatlah PAS sekarang ni....
Kita masih ingat apa yang dinyatakan oleh pemimpin2 UMNO, bahawa negara kita adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama yang memerlukan kesederhanaan, saling hormat menghormati antara kaum dan agama. Setelah sekian lama, PAS yang jauh ketinggalan nampaknya sudah mula menerima hakikat apa yang dibawa oleh UMNO selama ini betul. Seluruh rakyat Malaysia sedang menyaksikan bahawa PAS sudah mula menerima hakikat itu.
Seperkara lagi yang perlu kita tanya, apakah PAS boleh meneggakkan Islam bersama DAP? Islam yang cuba dilaksanakan oleh PAS di negeri majoritinya umat Islam, di bawah pentadbiran PAS pun DAP campur tangan...dan yang malangnya, DAP menang! PAS kalah dengan tuntutan DAP setiap kali DAP protes. Mana 'telur' PAS? atau sekadar cakap dan berslogan saja? Nampaknya PAS memang jadi juara hanya bila berdepan dengan rakan-rakan seagamanya dalam UMNO. UMNO dianggap seseolah 'kafir harbi' yang wajib diperangi dan dihapuskan sedangkan rakan DAP nya ditatang dengan penuh kasih sayang! PAS sudah lupa orang yang ditatang itu pernah melafazkan "langkah mayat saya dulu kalau nak laksanakan negara Islam" UMNO yang pernah menghulurkan tangan untuk berdamai di 'tampar' oleh PAS...PAS sekarang sudah tidak mengenali antara musuh dan rakan....PAS sudah benar-benar ditimpa penyakit perasan...Merasakan mereka sudah kuat...apatah lagi dikapit oleh PKR dan DAP...PAS tidak mencongak kekuatan yang dimiliki oleh UMNO. Suka dinyatakan bahawa sekiranya UMNO nak 'mati', sebenarnya ia sudah 'mati' pada pilihanraya ke 12. Namun hakikatnya ia tetap segar di hati orang Melayu....Pas perlu mengakui bahawa Datuk Najib kini sudah berjaya membawa kembali kekuatan UMNO...
Dan...setelah satu persatu PAS menggadaikan prinsipnya, maka kita bolehlah melebelkan PAS sebagai sebuah PARTI PONDAN, PENAKUT dan PENGECUT...dan kalau pun berani hanyalah berani dengan UMNO, sebuah parti yang seagama dengannya yang juga sebuah parti yang membela nasib anak bangsa yang beragama Islam! PAS sebenarnya parti PEMUSNAH!

Wednesday, July 6, 2011

BERSIH DAN MEMBERSIHKAN NIAT...

Tujuan utama perhimpunan bersih yang dijadualkan pada 9 Julai nanti adalah bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada YDP Agong. Umum mengetahui bahawa tuntutan yang dipohon adalah mengadakan pilihan raya bersih pada pilihan raya ke 13 nanti. Maka tuntutan tersebut sudah semestinya terhadap pihak SPR agar lebih telus dan memperbaiki kelemahan yang mungkin ada. Namun di sebalik tuntutan tersebut ada beberapa perkara yang menampakkan kepelikannya.
Pertama, orang yang beriya-iya benar nak menuntut pilihanraya bersih adalah Ambiga. Siapa Ambiga? dan kenapa Ambiga? Ambiga adalah seorang peguam dan bukannya seorang politikus yang utama. Maka siapa sebenarnya di belakang Ambiga? Mengapa pada peringkat awal tidak pula dijemput wakil-wakil dari parti pemerintah turut sama berbincang sebelum mengumumkan ingin mengadakan perhimpunan Bersih? Cuma selepas mengadap YDP Agong barulah 'offer' ini dibuka kepada parti komponan BN. Mengapa?
Kedua, Kenapa selepas Bersih 1 2007, Ambiga diberi peluang berbincang dan diberi penerangan oleh SPR tentang perkara-perkara yang dibangkitkan, Ambiga telah mengatakan bahawa dia telah berpuas hati. Kenapa pula isu ini dibangkitkan kembali oleh Ambiga yang dulunya mengakui sudah berpuas hati. Apakah ada agenda lain yang ingin dibawa? Pelik bin ajaib....!
Ketiga, Ambiga dan sekutunya ingin mengadap YDP Agong untuk menyerahkan memorandum.....Bukankah kelmarin sudah diberi perkenan untuk mengadap YDP Agong...? Serah sajalah apa yang ingin diserahkan....nyatakan segala yang terbuku....! Kenapa perlu adakan perhimpunan kalau sekadar ingin menyerahkan memorandum. Kalau tak....mestilah Ambiga 'Ada udang di sebalik mee'.....!
Apapun, kalau Ambiga dan konco2nya ingin juga mengadakan perhimpunan, silakan lah....tapi bertanggungjawablah di atas segala risiko yang bakal mengundang. Buatlah di Stadium Shah Alam yang agak jauh dari kesibukan bandar, lagipun untuk memudahkan urusan Ambiga dan juak-juaknya kerana di sana negeri diperintah oleh parti yang boleh mengikut telunjuk Ambiga...Selamat Menguruskan Risiko!