Akhirnya PAS terpaksa berkorban lagi dalam isu 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan puasa di Kedah. PAS terpaksa akur dengan desakan yang dilakukan oleh DAP terutama pengerusinya Karpal Singh. Sebenarnya ini bukan lah kali pertama PAS terpaksa mengalah kepada desakan DAP. Setelah terpaksa mengorbankan dasar partinya sendiri dengan mengguggurkan 'negara Islam', kini sekali lagi masyarakat Malaysia meyaksikan peristawa 'pengorbanan suci' terhadap rakan kongsi rapatnya DAP yang diharapkan oleh PAS sama-sama untuk menegakkan Islam di negara ini.
Sudah acap kali PAS telah menjadikan agama Islam yg suci ini sebagai bahan ujiannya terhadap rakan kongsi baiknya DAP, namun setiap kali itulah PAS kalah. Lebih malang, Islam dibuat bahan tawar menawar oleh PAS. Kita ingin bertanya kepada PAS, mana 'semangat juang' yg dilaung-laungkan sebelum ini? Konsep yang PAS bawa kini 'berkorban untuk Islam' apakah sudah ditukar kepada 'Berkorban untuk DAP'? Apa yang kita nampak hanyalah 'Mengorbankan Islam untuk menjaga DAP' Kalau begitu memang dahsyatlah PAS sekarang ni....
Kita masih ingat apa yang dinyatakan oleh pemimpin2 UMNO, bahawa negara kita adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama yang memerlukan kesederhanaan, saling hormat menghormati antara kaum dan agama. Setelah sekian lama, PAS yang jauh ketinggalan nampaknya sudah mula menerima hakikat apa yang dibawa oleh UMNO selama ini betul. Seluruh rakyat Malaysia sedang menyaksikan bahawa PAS sudah mula menerima hakikat itu.
Seperkara lagi yang perlu kita tanya, apakah PAS boleh meneggakkan Islam bersama DAP? Islam yang cuba dilaksanakan oleh PAS di negeri majoritinya umat Islam, di bawah pentadbiran PAS pun DAP campur tangan...dan yang malangnya, DAP menang! PAS kalah dengan tuntutan DAP setiap kali DAP protes. Mana 'telur' PAS? atau sekadar cakap dan berslogan saja? Nampaknya PAS memang jadi juara hanya bila berdepan dengan rakan-rakan seagamanya dalam UMNO. UMNO dianggap seseolah 'kafir harbi' yang wajib diperangi dan dihapuskan sedangkan rakan DAP nya ditatang dengan penuh kasih sayang! PAS sudah lupa orang yang ditatang itu pernah melafazkan "langkah mayat saya dulu kalau nak laksanakan negara Islam" UMNO yang pernah menghulurkan tangan untuk berdamai di 'tampar' oleh PAS...PAS sekarang sudah tidak mengenali antara musuh dan rakan....PAS sudah benar-benar ditimpa penyakit perasan...Merasakan mereka sudah kuat...apatah lagi dikapit oleh PKR dan DAP...PAS tidak mencongak kekuatan yang dimiliki oleh UMNO. Suka dinyatakan bahawa sekiranya UMNO nak 'mati', sebenarnya ia sudah 'mati' pada pilihanraya ke 12. Namun hakikatnya ia tetap segar di hati orang Melayu....Pas perlu mengakui bahawa Datuk Najib kini sudah berjaya membawa kembali kekuatan UMNO...
Dan...setelah satu persatu PAS menggadaikan prinsipnya, maka kita bolehlah melebelkan PAS sebagai sebuah PARTI PONDAN, PENAKUT dan PENGECUT...dan kalau pun berani hanyalah berani dengan UMNO, sebuah parti yang seagama dengannya yang juga sebuah parti yang membela nasib anak bangsa yang beragama Islam! PAS sebenarnya parti PEMUSNAH!