Friday, November 13, 2009

Assalamualaikum...

Pertama sekali saya ingin megucapkan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Besar harapan saya agar saudara/i dapat mengambil input-input yang berguna sekiranya ada, namun jika sekiranya ia dianggap bertentangan dengan kebenaran, buangkan saja..
Saya menulis adalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui sepanjang berada dalam pentas politik. Kebanyakan parti politik telah saya sertai. bermula dengan PAS, Semangat 46 (dulu bergabung), UMNO dan KEADILAN dan berakhir dengan PAS. Semasa masih berada di kampus universiti tahun 1999, saya juga aktif dalam politik kampus dan sangat taksub dengan Anwar Ibrahim (tetapi tetap menyokong PAS) Kini, ramai juga kawan-kawan saya adalah ahli politik yang sudah berjaya menjadi ADUN dan AHLI PARLIMEN samada dalam kerajaan atau pembangkang.
Sejak akhir-akhir ini saya sudah kurang minat dengan PAS. Antara yang paling saya kecewa apabila PAS sudah mula bergabung dengan DAP dan KEADILAN dalam gagasan apa yang dipanggil 'Pakatan Rakyat'. Saya beranggapan 'pernikahan' ini tidak akan sampai ke mana...

3 comments:

  1. saya bersetuje dengan pendapat anda kerana itu la pendapat yang berlegar dalam minda saya sekarang. PAS memang berubah

    ReplyDelete
  2. Pas sudah hanyut.....cakap tak serupa bikin...bikin tak serupa cakap.....

    ReplyDelete
  3. saya memang sejak lahir menyokong PAS. Tapi disebabkan melihat PAS sekarang asyik dilamun cinta dengan DAP, saya jadi tak berminat. Saya pun tak sangka diri saya boleh berubah sekelip mata. Saya tak tahu nak undi siapa pada pilihanraya akan datang. PAS mungkin selama ini tak pernah bergaul rapat dengan org seperti DAP, mula2 kenal memangla rasa diaorg tu best sgt. Tapi lama2 nanti kita akan tahu bagaimana sifat sebenar mereka terhadap kita. Biarlah PAS learn their lesson the hard way. Saya bercakap melalui pengalaman.

    ReplyDelete