Thursday, January 28, 2010

MENGAPA PAS TIDAK MEMBAWA ISU ROYALTI KE MAHKAMAH?

Disebalik keghirahan PAS menuntut royalti minyak di Kelantan, sebenarnya ada beberapa perkara menarik untuk dibincangkan. Perkara tersebut seseolah ingin ditutup oleh PAS dari dibincangkan oleh masyarakat sekaligus sengaja memperbesarkan isu royalti. Isu ini telahpun diperjelaskan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan dengan hujah-hujah ilmiah. Sekiranya PAS merasakan hujah mereka lebih kukuh, maka Pengerusi UMNO Kelantan itu mencabar PAS agar segera membawanya ke mahkamah dan di situlah segala kebenaran akan terjawab. Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Dato' Ibrahim Ali pula memberi masa sebulan untuk PAS membawanya ke mahkamah dan sekiranya PAS gagal berbuat demikian, maka beliau sendiri akan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Kadang-kadang kita juga terfikir, mengapa PAS tidak segera membawa kes ini ke mahkamah sedangkan mereka adalah 'juara' mahkamah. PKR dan DAP juga begitu. Lihat saja dalam kes Nizar di Perak, mereka sanggup turun naik ke mahkamah kerana dikatakan kebenaran milik mereka. Tetapi dalam isu royalti minyak, sudah pasti mereka juga mengatakan kebenaran di pihak mereka, namun usaha membawa ke mahkamah tidak berlaku. Apakah ada rahsia tersirat di sebalik perkara tersebut?

Dalam ceramah-ceramah yang sering saya ikuti sepanjang bersama PAS, tidak pernah tidak ada 'kopiah' berjalan. Setiap kali ditengah-tengah ceramah, si penceramah akan berhenti sekejap untuk dan meminta ahli-ahli yang telah dilantik untuk berjalan dengan membawa kopiah yang ditelentangkan untuk memungut derma daripada ahli-ahli PAS yang hadir. Setiap kali ceramah, PAS mendapat 'untung' yang begitu besar.

Dalam bab royalti minyak, sekali lagi telah memberi 'lesen' kepada PAS untuk mencari dana. Isu ini sengaja diperbesarkan agar ianya mendapat rangking 'tip-top'. Isu ini nampaknya benar-benar ingin dimanipulasi oleh PAS untuk keuntungan segera. Mereka telah mula menggerakkan roadshow mereka dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dengan cara begini mereka sebenarnya sudah mendapat 'royalti' dari isu royalti ini.Dana inilah yang akan digunakan untuk pilihanraya.

Namun bagi kita, rakyat sebenarnya sudah tertipu. Fungsi kerajaan sebenarnya untuk menolong rakyat. Kerajaan yang dibentuk harus memberi kebajikan kepada rakyat, bukan hanya berslogan 'Negara Kebajikan'. Pas nampaknya telah menterbalikkan fungsi kerajaan, di mana kerajaan meminta dan rakyat memberi. Si kaya sepatutnya menolong si miskin, namun dalam kontek PAS, si miskin telah membantu si kaya. Mana perjuangan membantu rakyat?. Rakyat yang dha'if di kampung-kampung yang hanya memperoleh pendapatan dengan cara bertani, menternak, nelayan, pengayuh beca telah bersusah payah untuk ke majlis ceramah PAS, sepatutnya dibantu, namun PAS meminta dari mereka atas nama 'jihad', sabil, derma dan pelbagai nama yang bunyinya kearaban. Perlu diingat bahawa golongan-golongan ini tidaklah setinggi mana ilmunya, maka apabila PAS menyatakan perjuangan mereka kononnya atas dasar Islam, mereka merelakan segala-galanya termasuk wang ringgit. Tidakkah ini sebahagian agenda menipu rakyat...?

Kepada umat Islam di Malaysia, jangan lah lagi tertipu dengan agenda-agenda yang dibawa oleh PAS. Mereka sebenarnya bukan bermatlamatkan Islam.Banyak bukti telah saya bawa sebelum ini. Negara Islam contohnya, tidak ada lagi dibibir mereka apabila bergabung dengan DAP dan PKR. Apakah mereka telah gadaikan satu matlamat perjuangan semata-mata demi politik? Islam tertegak melalui dakwah, bukan melalui caci maki dan kata nista. Bukan juga melalui politik kepartian.Tidak ada parti politik yang namanya 'PAS' pada zaman rasulullah. Dalam Islam, terlalu banyak bab yang perlu diperjuangkan, bukan hanya bab politik yang hanya merupakan cabang dari bab 'jinayat'. Mengapa PAS tidak memperjuangkan bab Muamalat,bab Munakahat, bab-bab akhlak melebihi bab politik? Inilah menunjukkan bahawa mereka tidak ikhlas.
Marilah kita bersatu dengan menolak politik meminta-minta. Carilah kerajaan yang membantu, bukan kerajaan yang meminta dari rakyat. Pilih lah yang boleh 'menolong' bukan memilih yang 'ditolong'

2 comments:

  1. kalu mungkin bole saudara ceritakan pasal akta petroleum 1974? Ku Li berckp pasal menda ni mengatakan kelantan berhak..

    tp tak pulak bercerita detail..kalu ade strong reason,nape tak ke mahkamah?

    ReplyDelete