Friday, December 11, 2009

Antara Doa Laknat dan Puji Semangat...

Sebagai sebuah Parti Pembangkang di peringkat pusat, PAS sentiasa mengutarakan masalah-masalah yang berlaku dalam kerajaan, bermula dari yang sekecil-kecilnya sehinggalah masalah yang menggunung besarnya. Tidak ada satu pun yang baik dalam kerajaan, (malah individu dalam UMNO) pada pandangan PAS melainkan buruk semuanya. Saya berpendapat demikian kerana hampir setiap hari saya membaca akhbar HARAKAH, lidah rasmi PAS. Jika tidak percaya, lihatlah rencana-rencana dan berita-berita yang ditulis sebelum ini dalam akhbar tersebut.

Pada hari ini, saya rasa terkejut apabila membaca satu tajuk 'Kelantan Sokong PM Bantu Selesai Konflik di Selatan Thailand'. Rencana ini telah memuatkan rencana berkaitan pujian TGNA terhadap usaha PM membantu dan menyelesaikan masalah Selatan Thai. Malaysia juga telah bersetuju menghulurkan bantuan (kewangan) untuk membantu sekolah-sekolah pondok di sana.

Ironinya, belumpun sepurnama isu doa supaya Dato' Najib dibinasakan sekiranya tidak memberi wang royalti kepada Kelantan, rupa-rupanya orang yang didoakan itu sedikit sebanyak juga ada sumbangan terhadap Islam. Namun dari segi Fardhu Kifayah, PM banyak sekali menyelesaikan tuntutannya terhadap hukum tersebut. Terlalu banyak... Jadi, kalau PM dapat memberi sedikit sebanyak sumbangannya terhadap Islam atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri, apa perlunya anjuran supaya meyebut nama 'Najib' dalam doa dengan tujuan untuk dibinasakan? Dato' Najib telah melaksanakan tugasnya 'sekadar yang dia mampu'. Bukankah ini sumbangannya terhadap agama? Jasa dan usaha gigihnya memakmurkan negara, menjaga keamanan agar rakyat berada dalam kesenangan...apakah ini bukan dari tuntutan Islam? Merancang dan membina sekolah-sekolah dengan tujuan memberi ilmu kepada setiap warganya...bukankah ini ajaran Islam? Atau...Berkumpul dan berdemostrasi, membantah sehingga menyusahkan penduduk awam dan menambahkan kerja polis...apakah ini lebih mulia dan perlu disokong? Atau wujudkan suasana hingar bingar dan tidak harmoni...muliakah begitu..? Ingat...Islam ini boleh diamalkan dan diperjuangkan kerana suasana negara kita aman sentosa hasil dari titik peluh para pejuang inilah..Kalau negara dah jadi kucar kacir...nak bercakap Islam pun dah tak sempat!

Berbalik kepada isu pujian terhadap PM...Rasanya perlu juga diberikan ruang dalam HARAKAH untuk artikel-artikel sebegini diterbitkan supaya dilihat lebih adil. Kalau selama ini PAS menuntut supaya akhbar-akhbar tempatan berlaku adil, maka apa salahnya PAS juga melaksanakan perkara yang sama. Jangan asyik mengkritik dan mengutuk! kerana inginkan undi...semua yang dibuat oleh kerajaan 'ditidakbetukan' oleh PAS.Ingatlah...selain menilai kerajaan, rakyat juga menilai pembangkang!

No comments:

Post a Comment