Monday, December 7, 2009

"Kenapa Najib Yang Umumkan Dividen Tabung Haji?"

Malam tadi saya berada di kedai kopi bersama-rakan-rakan lama dalam perjuangan. Mereka dari aliran politik yang berbeza...Lama juga saya bersembang mengingatkan kisah-kisah silam. Dalam banyak perkara yang dibualkan, timbul persoalan yang dikeluarkan oleh salah seorang rakan berkaitan Tabung Haji. Ada yang dipuji dan tidak kurang juga yang dikutuk. Tak kisahlah tentang itu. Menariknya ada seorang rakan lain yang membuka persoalan itu lebih meluas..."kenapa Najib(PM) yang mengumumkan dividen Tabung Haji baru ni?, bukan ada kena mengena dengan dia pun..., nampak sangat nak menonjolkan diri!"...Banyaklah keburukan-keburukan Dato' najib dibincangkan... Demi nak meraikan pandangan dan pendapat, saya cuma mengangguk...

Banyak sekali jawapan yang boleh diberikan mengenai persoalan tersebut.tapi cukuplah sekadar memberi contoh satu dua perkara...Pertama, Dato Najib adalah Perdana Menteri. Beliau tidak ada sekatan dalam mana-mana organisasi milik kerajaan atau badan-badan berkanun. Cuma nak mengumumkan, apa salahnya...

kedua, Dato Najib adalah orang politik. Biasalah bagi orang politik...apa yang dibuat sedikit sebanyak akan kembali kepada politik. Bagi orang politik, mereka sangat-sangat memerlukan sokongan baru agar sokongan bertambah. Dalam PAS pun keadaan yang sama berlaku. Contohnya, apa perlunya gambar menteri besar Kelantan TGNA sedang tunduk berdoa dipaparkan besar-besar dipondok-pondok menunggu bas? Dua tiga bulan lepas, semasa bulan ramadhan, gambar itu merata ke seluruh pelusuk negeri, di tiang-tiang lampu dan di tempat-tempat awam...apa perlunya? Ada juga kain-kain spanduk yang diletakkan ditepi-tepi jalan,berbunyi "Banyakkan membaca Al-Quraan di bulan Ramadhan" dimasukkan pula gambar-gambar ADUN-ADUN PAS mengikut kawasan masing-masing. Kalau ikhlas, tak payahlah masukkan gambar...Dari perkataan itu sendiripun sudah difahami maksudnya. Maknanya, sudah pastilah inginkan sokongan untuk 'klim'dapatkan keuntungan politik!. Pada saya, perkara tersebut lebih kepada politik, sebab Tok Guru sendiripun orang politik.Di mana-mana saja kita lihat gambar TGNA...lihatlah contoh-contoh spt spanduk Koridor Depu,(iklan Harakah dah ternyata sangat..),Selamat pulang perantau dan terkini 'Kelantan Membina Generasi Al-Quran'...Tidakkah ini nak mencari populariti politik...? Cuba jangan masukkan gambar...biar tak tahu siapa yang buat...lagi ikhlas nampaknya.

Kesimpulannya, janganlah pada orang lain kita sentiasa nampak keburukan sementara pada diri sendiri merasakan sejuta keindahan. Takbur namanya kalau begitu...