Friday, December 18, 2009

PAS, DAP DAN PKR BARU NAK DAPATKAN LESEN 'L'

Hari ini, gabungan 3 parti iaitu PAS, DAP dan PKR akan mengadakan konvensyennya yang pertama.Sudah pasti ucapan-ucapan yang akan dibuat adalah berkisar bagaimana untuk memantapkan gabungan 3 parti tersebut.Memandangkan ini adalah konvensyen yang pertama, maka sudah pastilah langkah pertamanya ialah mencari penyesuian antara mereka.

Kalau seandainya penggabungan tiga perti ini menjadi kenyataan, bertanding di atas satu lambang, maka sangat jelas memperlihatkan kepada kita bahawa kredibiliti PAS sangat-sangat tercemar. Apa tidaknya, seluruh dasar keislaman yang dicanangkan sebelum ini hanyalah setakat di bibir sahaja. Bermula dari dasar menegakkan negara Islam, sehinggalah melaksanakan hukum hudud, semuanya akan dilacurkan semata-mata ingin bersama DAP dan PKR. Apakah mungkin PAS masih boleh mempertahankan pendiriannya setelah menggadaikan matlamat negara Islam kerana semata-mata ingin bersekongkol dengan DAP dan PKR dalam PRU 12. Apakah harapan PAS untuk melihat hukum hudud dilaksanakan bila berada sebaris dengan DAP yang terang dan jelas lagi nyata pendiriannya terhadap hukum tersebut?. Sudah lupa kah PAS apa yang pernah diucapkan Karpal Singh dan Lim Kit Siang berkaitan hudud. Antara ketiga-tiga parti tersebut, PAS lah yang paling banyak menggadaikan prinsipnya. Lihat saja di P. Pinang dan Selangor, apakah DAP dan PKR menghormati pendapat PAS? Secara jujur dan mengusap dada, cuba ahli-ahli PAS jawab...seikhlas mungkin...

Dalam soal memperkuatkan Islam,apakah PAS lebih baik memilih DAP berbanding UMNO? Apakah UMNO sudah lebih teruk dari DAP dalam soal-soal keislaman. Kalau begitu anggapan PAS, patutlah PAS sangat setia kepada DAP kerana PAS memberi harapan negara Islam akan tertegak, hudud akan terlaksana, syiar Islam akan terjunjung, kilang arak akan ditutup...bila berasama DAP...Tapi jika kita bertanya, Besar benarkah pengaruh PAS dalam gabungan tersebut sehingga PAS boleh mendominasi DAP dan PKR? Tetapi jika dilihat di Selangor dan P. Pinang, Pas diletakkan di belakang...lihat sajalah dalam soal isu arak di Selangor, ada PKR dengar pandangan PAS?...Jangan sampai nanti menjadi pejuang yang 'ghurur'...Tetapi pada saya, PAS sebenarnya telah jauh tertipu! Paling menyedihkan apabila PAS menolak gagasan Perpaduan yang dicetuskan sendiri oleh presidennya, demi setianya kepada DAP dan PKR.

Namun apa pun, hari ini mereka cuba duduk semeja...baru belajar nak mencari formula untuk mentadbir negara. Kita tidak tahu hasilnya sehingga ke tahap mana, tetapi percayalah mereka baru 'try and error'. Kalau dalam permuafakatan pun baru nak mencuba, apatah lagi dalam nak mentadbir sebuah negara yang mereka sememangnya tidak ada pengalaman. hari ini baru nak dapatkan lesen 'L'. Apakah kita boleh menaruh harapan yang tinggi pada sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mereka...maksud saya begini, apakah kita yakin kepada orang yang belum pernah mentadbir negara berbanding dengan orang sudah 50 tahun mentadbir? Kita yakin mereka akan tercari-cari formula bagaimana untuk mentadbir 26 juta rakyat Malaysia, berteraskan formula 'try and error'. Saya selalu bagi analogi begini, seorang yang belum pernah menjadi 'pilot' ingin cuba untuk memandu kapal terbang, memang sebelum ini tak pernah memandu....hanya ingin cuba-cuba pandu, berbanding dengan orang sudah lama mempunyai sayap terbang, ada lesen...cukup berpengalaman.....yang mana satu kapal terbang yang akan kita pilih...? Jawablah sendiri...

Akhirnya, janganlah kita menggadaikan masa depan kita, menggadaikan prinsip kita semata-mata kerana ingin memberi ruang untuk satu gabungan yang entah bagaimana, yang hanya berteraskan 'try and error' tadi...Slogannya sedap didengar, namun rialitinya belum pasti sesedap itu...

No comments:

Post a Comment