Thursday, December 17, 2009

Mengapa Najib 'Masuk Bakul Angkat Sendiri'?

Apabila PM melahirkan rasa puas hatinya terhadap KPI yang diperkenalkannya sendiri, ramai pengulas-pengulas 'parlimen kedai kopi' menyatakan 'Najib masuk bakul dan angkat sendiri'.Tidak kurang juga penulis-penulis blog pro pembangkang memberikan komen yang hampir sama. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, semua rakyat bebas bersuara dan melahirkan pendapat mereka sendiri. Cuma, apa yang lebih penting, apakah pendapat ini berkualiti dan boleh dipakai?

Kita kena faham, Dato' Najib adalah orang politik. Sesiapa saja yang bergelar ahli politik tidak mungkin 'memburukkan' tindakannya sendiri. Apa lagi kalau perkara yang dinyatakan itu sesuatu yang menepati fakta. Apakah pembangkang menunggu untuk PM menyatakan bahawa kabinet yang dibentuknya sendiri tidak berkualiti? Sepanjang saya berada dalam PAS dulu pun, tidak ada seorang pemimpin pun yang mengatakan bahawa sesuatu yang dibuat oleh PAS tidak berjaya. Cuba nyatakan kepada saya, siapakah pemimpin-pemimpin dalam PAS atau DAP atau Keadilan yang sanggup mengatakan bahawa perjuangan atau usahanya tidak berjaya?.Kita ambil satu contoh, Anwar Ibrahim dengan begitu angkuh bercakap kepada media bahawa beliau akan membentuk kabinet barunya pada 16 September, padahal 'habuk pun tarak!' Tapi mengapa pihak pembangkang tidak mengatakan bahawa Anwar masuk bakul angkat sendiri, padahal jauh dari fakta sebenar? Demikian juga dalam hal-hal yang lain yang melibatkan pembangkang.

Pada saya, apapun yang dibuat oleh kerajaan ianya akan sentiasa dimanipulasi oleh pembangkang demi sekelumit kepentingan politik. Datangkan lah pemimpin dari langit sekalipun, dan buatlah dasar apapun, pembangkang akan 'lanyak' habis-habisan. Namun untuk melihat satu dasar yang benar-benar mantap yang dilaksanakan di negeri-negeri yang mereka tadbir, memang 'habuk pun tarak!' umpama kata pepatah, 'kokok berderai-derai, ekor dilumuri najis'...Fikirkan lah...

No comments:

Post a Comment