Thursday, December 3, 2009

Perjuangan PAS ikut cara Rasulullah...?

Pernah pada suatu ketika, Rasulullah ditawarkan oleh kaum kafir Quraisy tiga perkara iaitu harta, takhta dan wanita dengan syarat Rasulullah menghentikan dakwah Islam. Namun ketiga-tiga perkara tersebut telah ditolak oleh baginda. Tidak siapapun boleh mempertikaikan penolakan tawaran tersebut kerana baginda Rasulullah adalah seorang yang sentiasa mendapat hidayah Allah. Penolakannya tentulah berpaksikan kebenaran. Perlu apa Rasulullah kepada semua itu...hanyalah keduniaan semata-mata.
Mangambil iktibar dari penolakan Rasulullah,bahawa tidak mungkin hukum Allah ditegakkan melalui pentadbiran negara semata-mata. Maksudnya begini, sekiranya Rasulullah menerima 'takhta'yang ditawarkan, nescaya baginda akan menjawat jawatan paling tinggi dalam pentadbiran negara. 'Raja' adalah puncak kuasa. Rasulullah boleh 'bermain politik' jika banginda mahu.Berpura-pura mahu berhenti menyebarkan Islam. Nah...setelah jawatan menjadi Raja diperolehi, Rasulullah sudah mempunyai kuasa tertinggi yang pastinya boleh mengarahkan apa saja yang baginda mahu. Tentu saja pada waktu itu baginda boleh menggunakan kedudukannya untuk menyebarkan Islam, malah lebih mudah, kerana sesiapa sahaja yang menolaknya,hukuman terus boleh dilakukan terhadap sipenolak tersebut.Rasulullah boleh menggubal pelbagai akta untuk menjatuhkan hukuman atau setidak-tidaknya untuk menyusahkan sipenentang Islam. Namun..hakikatnya Rasulullah menolak taktik sedemikian kerana ummat manusia perlu ditarbiah dan didakwah terlebih dahulu untuk menerima Islam. Usaha dakwah mesti diteruskan...Memberi fahaman tentang hukum-hukum Islam sehingga tertanam dalam hati setiap insan...Rasulullah menjadi pemimpin setelah amanah dakwah dilakukan sekian lama. Rasulullah tidak meminta untuk memimpin...Inilah sirah Rasulullah.
Saya ingin bertanya, apakah usaha PAS selama ini untuk memahamkan ummat manusia di bumi Malaysia tentang Islam? Apakah betul perjuangan PAS adalah perjuangan Islam sebagaimana sirah Rasulullah?. Jika Rasulullah (pada awalnya)tidak mendidik manusia melalui penguatkuasaan undang-undang, apakah PAS lebih tahu caranya dari Rasulullah? Apakah sekiranya PAS dapat mentadbir negara, semua aspek dalam Islam akan beres?
Saya sekadar ingin bertanya...jawapannya ada pada anda... Namun sebenarnya, jika Rasulullah sendiri lebih menekankan dakwah dalam menyebar dan memartabatkan Islam, tidak mungkin cara politik PAS lebih baik dari cara Rasulullah.PAS hanya memperjuangkan satu cabang dalam Islam iaitu pecahan dari bab 'Jinayat'. Mengapakah bab-bab lain iaitu bab Ibadah,Muamalah, Munakahat tidak diperjuangkan secara jelas. Apakah penekanan terhadap bab tersebut akan diberi setelah PAS berjaya merebut takhta politik Malaysia? Tidakkah ini menimbulkan fitnah kepada Islam itu sendiri?
Dalam sistem politik di Malaysia, sesebuah parti politik yang ingin bertanding dalam pilihanraya mestilah terlebih dahulu meletakkan 'wang cagaran'. Wang ini akan dikembalikan sekiranya jumlah undi tertentu diperolehi, namun jika tidak wang ini akan hilang. Bukankah ini satu perjudian?. Mempertaruhkan dua pertaruhan adalah judi. Bagaimana mungkin Islam akan tertegak melalui judi.Islam adalah suci dan perbuatan meletakkan Islam pada sesuatu yang kotor adalah zalim. Di dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara. Matlamat menegakkan Islam adalah baik, namun wadah perjuangannya adalah kotor. Natijah juga akan pasti tersasar. 'Bagaimana acuan, begitulah kuihnya'.
Dalam memperjuangkan Islam, Rasulullah penuh berakhlak. Kesantunan yang ada pada Rasulullah telah menjadikan Islam berkembang luas. Baginda cukup menjaga tutur katanya. Berbeza sekali akhlak pejuang-penjuang Islam melalui politik kepartian.Dalam konteks politik di Malaysia, untuk memenangi pilihanraya terpaksa berkempen, yang tidak boleh tidak mesti memperlekehkan lawan. Kadang-kadang sehingga membawa kepada mencerca, memaki,memfitnah kepada seseorang. Nama-nama tertentu diumpat dan diperlekeh dan dikutuk sejelas-jelasnya. Dituduh itu dan ini. Selain UMNO, PAS juga mengikut jalan yang sama. Apakah Islam membenarkan umpat keji?. Apakah Islam membenarkan fitnah?...Berdasarkan syak, dituduh itu dan ini...?, Apakah demi untuk meneggakkan Islam, sudah tiada dosa jika melakukan perkara-perkara sebegitu? Apakah ianya selaras dengan Islam?. Apakah kita terlupa, Islam tidak memandang berapa panjang lilitan serban di kepalanya?...Jadi, apakah perjuangan PAS merupakan perjuangan yang selaras dengan Islam yang mengikut sirah Rasulullah? Setahu saya, jika seseorang itu memperlekehkan orang lain dan mengatakan 'pilihlah aku...aku lebih segala-galanya dari dia..'perbuatan ini sudah dikira 'ujub'yang sudah menyeleweng jauh dari ajaran Islam...Nilailah sendiri...