Monday, December 21, 2009

Untungkah Jika Pembangkang Menang Besar...?

Tidakkah terasa oleh kita bahawa suasana negara sejak akhir-akhir ini begitu berkocak. Suasana ini mula dirasai selepas pilihanraya ke 12 di mana pembangkang telah memenangi kerusi DUN dan Parlimen dengan begitu banyak. Di sesetengah negeri, pembangkang telah menjadi kerajaan. Bermula dari sinilah, suasana hingar bingar dalam negara kita mula dirasai. Keadaan sebegini telah menjadikan masyarakat menjadi serabut dan kurang teratur. Kehidupan sering saja diganggu dengan suasana politik yang semakin hari semakin bercelaru.

Jika kita masih ingat, semasa pembangkang tidaklah begitu kuat, suasana negara sentiasa berada dalam keadaan harmonis, aman damai tanpa diserabuti oleh masalah politik. Masyarakat tidak ditonjolkan dengan pelbagai masalah remeh temeh, menuntut hak itu dan ini.Namun suasana ini sudah begitu jauh dari kita. Ini lah natijah apabila kita telah memberikan kemenangan yang begitu besar kepada pembangkang.

Perlu juga kita sedari bahawa tugas pembangkang ialah membangkang. Lantaran itu setiap dasar yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan pasti tidak kena di mata pembangkang. Buatlah apa dasar sekalipun malah jika diambil pemimpin dari langit sekalipun untuk membuat dasar, pasti tidak disokong oleh pembangkang. Paling malang lagi apabila dasar ini bukan saja dibangkang di parlimen, tetapi juga dibawa pengikut-pengikutnya ke jalan-jalan raya untuk berdemostrasi. Inilah ajaran dari 'mahaguru' pembangkang. Selain itu isu-isu perkauman dibakar agar ia menyala dan membara disetiap hati rakyat. Lihatlah hari ini, lahirlah pelbagai tuntutan itu dan ini, di samping rasa tidak puas hati kaum itu dan kaum ini sehingga merobek kepentingan bangsa Melayu sendiri. Jika kita mengingati semula sejarah keruntuhan Kota Melaka, ia disebabkan oleh ada orang Melayu Melaka sendiri yang menjadi dalang kepada pihak musuh. Nampaknya sejarah itu mula muncul kembali dalam masyarakat kita. Apa tidaknya, sejak kebelakangan ini kerajaan terpaksa menjawab dan menyesaikan isu-isu yang sengaja ditimbulkan oleh pembangkang. Contoh terbaru ialah apabila ada golongan yang telah mencetuskan permusuhan antara Indonesia dengan negara kita Malaysia, sehinggakan rakyat kita di Indonesia sendiri dalam bahaya...Siapa tokoh ini...semua orang tahu!

Selain apa yang dinyatakan di atas, banyak lagi keburukan yang jika kita terus-menerus memberikan kemenangan kepada pembangkang, antaranya:

1. Mempertikaikan hak-hak orang Melayu dan bumiputra atas alasan memperjuangkan hak sama rata
2. Institusi raja-raja Melayu diganggu-gugat, diperbahas dan diperlekehkan sehingga sanggup untuk mengheret raja-raja Melayu ke mahkamah.
3. Wujudnya demontrasi jalanan yang sudah tentu bertentangan dengan undang-undang negara.
4. Wujudnya golongan-golongan subvesif/akstremis kaum yang sentiasa menggugat keselamatan negara seperti Hindraf.
5. Pepecahan dalam masyarakat semakin membesar
6. Wujudnya fitnah-fitnah terancang yang boleh mencemarkan imej negara di mata dunia
7. Kedatangan pelabur-pelabur semakin mengecil akibat hasutan dan aktiviti memburukkan negara oleh pembangkang terutama oleh 'boss'nya yang akibatnya mendatang keburukan kepada ekonomi negara
8. Agenda membantu rakyat dan membangunkan negara terbantut.
9. Hak-hak orang Islam dipersenda dan diperdebatkan seperti mempertikaikan peruntukan masjid, melarang laungan azan dan sebagainya
10. Memperlekehkan agenda untuk menyatukan rakyat seperti gagasan 1Malaysia seseolah penyatuan kaum itu tidak penting.
11. Dan beratus-ratus lagi keburukan jika nak disenaraikan...

Inilah hasilnya jika kita banyak memenangkan pembangkang yang sudah tentu mempunyai agenda untuk memerintah negara. Pada saya lebih baik jangan terlalu banyak memenangkan mereka kerana akibatnya kita boleh saksikan sendiri apa yang terjadi kini...Percayalah...UMNO tidak mungkin ditumbangkan oleh mereka, kerana kalau UMNO boleh ditumbangkan sudah tentu pilihanraya ke 12 baru-baru ini ianya sudah terjadi memandangkan inilah pilihanraya yang paling 'getir' bagi UMNO. Kini usaha memperkuatkannya kembali sedang giat dilakukan dan ternyata ianya sudahpun menampakkan hasil...'BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH

1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt
    Salam 1Malaysia

    Jika dibuat analisa kepada semua keputusan pilihan raya umum yang lalu.... PRU ke 12 bukanlah merupakan keputusan yang paling teruk kepada UMNO/BN. Keputusan PRU 1969 adalah merupakan prestasi yang paling teruk kepada BN.

    Jika dilihat jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO dalam PRU 2008 yang lalu adalah masih baik.... cuma prestasi komponen BN yang lain kurang perform.

    Maka janganlah risau sangat... yakin dan kuatkan perjuangan secara konsisten.... InsyaAllah.

    Allah swt bersama orang-orang yang benar dan sabar.

    ReplyDelete